Latheefa's Muslimah Collections

Tuesday, July 26, 2011

Stew Daging

Salam semua.
Dah lama tak makan daging. Semalam tergerak pula hati nak makan stew daging yang dah lama tak buat. Kebetulan bahan-bahan semua lengkap.


Bibik tanya, ibuk masak apa.  Bundo kata masak rebus daging.  Bundo dah biasa sebut stew, tak reti nak melayukan.

Bahan:
A
3/4 kilo daging dipotong besar.
2 biji bawang besar dibelah enam setiap biji
2 ulas bawang putih diketuk
2 hiris halia diketuk
2 biji tomato masak dibuang kulit dan dibelah 6 setiap satu
1 batang celeri dipotong pendek-pendek
1 sudu kecil lada hitam
garam

Masukkan ke semua bahan ini ke dalam periuk dan tambah air secukupnya untuk merebus daging sehingga empuk menggunakan api kecil. Masa merebus lebih kurang 2 jam.

B
2 biji ubi kentang besar dibelah 4 setiap satu
1 batang carrot di potong agak tebal
beberapa batang kacang peas
capsicum hijau, kuning dan merah diambil separuh setiap satu dan didadu kasar
2 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
2 sudu tomato puri
tepung jagung untuk memekatkan kuah
cube stok daging

Apabila daging empuk, masukkan ubi kentang.  Tambah air kalau perlu. Masukkan sos tiram, sos cili, tomato puri, cube stok daging dan rasakan garam. Kemudian masukkan carrot. Bancuh tepung jagung dengan sedikit air dan masukkan ke dalam kuah. Akhir sekali masukkan sayur-sayur yang lain. Kalau ada baby tomato, masukkan sekali.Kepekatan kuah adalah sederhana, tidak cair dan tidak terlalu pekat.

Bundo makan stew daging ni dengan nasi ketumbar.  Bundo tengok ramai sungguh yang buat nasi ketumbar ni. Mintak maaf sebab bundo tak tahu sumber asal.  Tapi bundo ambil resepi dari dapur ct delima.  Mintak maaf jugak sebab bak kata ramai blogger masak, bundo telah derhakakan resepi ni.  Bundo masukkan jagung yang telah dihiris daripada seketul jagung manis yang banyak dipasar. Kebetulan bundo baru beli dari pasar tani ahad haritu. Minta maaf dari tuan asal resepi ni.


Hasilnya.. dah memang nasi ketumbar tu sendiri sedap dan wangi.  Bila tambah dengan jagung, anak bundo kata sedapppp..

Sekian.

ibundo

16 comments:

quinnie said...

salam kakpah...wahhh masak stew daging pulak...addehhhh..kalau ada daging memang hari ni saya masak jugak stew ni...hehhehe...dah lama teringin nak masak stew ni..tapi tak pernah buat...best la kakpah buat nasi ketumbar jagung....lain kali nak copy kak pahlak...hehehhe...boleh buat ketumbar carrot jugak nih...kekkeke

ady said...

as-salam
mesti sedap stew daging ni.. nampak menyelerakan...

Zaliedana said...

Assalam kak pah,ala sedapnya nmpak stew daging tuh,Sy pon wat nasi ketumbar juga klmarin,menu kita sama lah ye,hehe..

anymz said...

adeh kak oi..sakit jiwo se ni hah..dah lamo tak makan stew daging..

Nasi ketumbar ni asal e dari Nor@SecubitGaram tu kak.Org Tgganu..sok2 kito poi tganu kito ajak dio shopping.nak poi umah e dio tak bagi..kok dio baco ni parah se kono marah..balik dulu lah kak yo..sok2 kalau se buek lai nasi ketumbar ni se nak buh jagung gak..cam best yo tu..

Yat Maria said...

Kak Pah

stew daging peberet kita arr..ngan pantas pi copy resepi dulu :)

CT Delima said...

As'salam Ibundo

Rindu dengan masakkan bundo..alahai, tengok stew daging ni memang lama dah tak memasak daging kat rumah. Nampak berselera ni Bundo. insya'Allah malam ni ada pasar malam bolehlah membeli daging kalau ada yang menjual.

nasi ketumbar tu nampak sikit kelainannya bila Bundo letak jagung. sesekali tukar selera apa salahnya kan Bundo :D

Gee® said...

wah...mantap!! nasi ketumbar yg dh berjangkit dapor ke dapor... dapor gee-hut aje yg belum singgah lagi...kena buat nih... nampak sangat mengancam...

Mas said...

kak pah...nak tumpang makan sini..
sedapppnya tengok nasi ngan daging tu...

kzai said...

salam ibundo..menyelerakan hidangan disini..semua npk sedap..

Nurul said...

Salam, ibundo....

Wah, nampak sedappp gabungan nasi ketumbar ngan stew daging tu... :)

ibundo said...

Q,
yang sedapnya masak-masak ni, kita yang buat dia haha.. apa apa je taruk mesti jadi.

ady,
salam.. kalu tak sedap boleh jadikan dia sedap. Chase the yum..

ibundo said...

zaliedana,
o ye ke.. sama menu tuk berbuka?

anim,
o yo ko.. si nor tu yang punya resepi yo. Baguslah tu. Dari tganu sampai satu mesia makan nasi ketumbar. Syabas nur.

ibundo said...

Yat maria,
o ye ke.. Ni pun dah lama tak buat. Buat pun main campak-campak. Cuma kali ni catat resepinya untuk rujukan anak2 jugak.

ct delima,
alahai.. bundo ni pun bukannya terer masak. Stakat tahu je.Itupun main campak2 haha..
Sedap gak nasik tu bila dibubuh jagung...

ibundo said...

Gee,
ha.. bila lagi gee. Terai dulu sebelum masuk bulan puasa ni.

Mas,
mintak maap mas. Dah habis hehe..

kzai,
salam. Nampak sedap zai. Nak tahu terai dulu..

Nurul,
boleh tahan. Tapi bundo tambah dengan sambal sebab lidah bundo ni tak kena je kalau tak pedas..

Nuridah said...

Assalamualaikum Kak Pah

sungguh menyelerakan stew daging tu...nur pun nk masuk list dulu...sedap nie kalau mkn waktu panas2...nyaman gitu.

Diana @ Melley Mey said...

Ya Allah... tak tahan tgk stew daging tu akak... nampak menyelerakan sekali... berpusing2 mata nie tgk.... hehehehe... sedaaapnya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...