Thursday, July 7, 2011

Mini Piza Telur

Siapa yang tak suka makan telur kan? Nak nak yang goreng mata kerbau yang kuningnya goyang-goyang. Bundo ni ada satu perangai kalau makan telur yang kuningnya goyang-goyang ni. Bundo akan habiskan yang putih dulu.  Kemudian yang kuning nya, yang masih goyang-goyang tu bundo masukkan terus dalam mulut dan pecahkan dalam mulut. Hmmmmmm.... tak terkata sedapnya. Betul! Cuba terai.

Pagi tadi bundo ajak imah singgah kedai beli roti arab.  Imah tanya nak buat apa.  Bundo cakaplah yang bundo ada satu projek nak buat. Projeknya nilah, buat mini piza telur.  Jom tengok!!




Bahan:
Roti Arab
Butter
Telur
Ajishio black pepper
Mayonis
Sos cili
Mix vege

Cara:
Mula-mula roti arab dipotong bulat.


Tepinya jangan dibuang.  Boleh cicah dengan sup atau kari.
Kemudian roti yang telah dipotong, disapu dengan sedikit butter dan biarkan sekejap di atas kuali leper dengan api kecil. Angkat dn ketepikan.

Masukkan acuan ke dalam kuali leper. Letak sedikit butter dan pecahkan sebiji telur. Kacau-kacau sedikit supaya kuning telur pecah.  Letak sedikit serbuk lada hitam.


Taburkan mix veges di permukaan telur. Picitkan mayonis dan sos cili.  Biarkan sebentar.


Apabila tepi telur sudah mula mengeras, tanggalkan acuan.
Sapu permukaan roti tadi dengan sedikit mayonis dan letakkan telur yang sudah siap di atasnya.
Lakukan sehingga habis.

Letak mini piza telur yang telah siap di atas dulang pembakar.  Tabur dengan mozarella cheese. Dan bakar ikut keadaan suhu oven masing-masing sebentar saja sehingga cheese cair.



Nanti keluar oven jadi macam ni.


Sedap makan berebut-rebut.

Nota:
Boleh juga gunakan roti sandwich.  Tak guna roti dan nak makan macam itu saja pun sedap juga.

Selamat menikmati.

ibundo

12 comments:

anymz said...

lagi sekali kakpah dah kacau jiwo se..se nak try buek jugak lah tapi sodang pikir2 roti apo yg sesuai sbb nak boli roti arab tu se kono ke somban lak..leceh..mm..buek doh piza sendiri pun okay gak kakpah kan?..boleh tak agak2 eh?..

Deliah's Deli said...

ni ada bt home delivery tak bunda? apa no. telefon eh :))))

ibundo said...

anim,
kok buek doh piza beat the purpose la. Ni nak buek yang fast n simple. ekau poi yo boli roti burger tu. Bolah duo.

del,
hikhik.. cal je tupai tupai tu..

Cik Azz said...

Arrrggghhhhhh....

Tak leh jadi ni..

Lapooooooo.... huhuhu...

CT Delima said...

As'salam ibundo

Alahai...mengoda iman pagi2 lihat menu macam ni. sangat kratif, boleh dicuba untuk hidangan anak2 dihujung minggu nanti insyaAllah. tapi acuan nak buat telur tu tak ada yang bulat lahhhh.. :(

Kak Sam said...

Sala kenal bundo.
Tadi nampak kat dapur CT terus mai sini. nampak sedap sangat le. Kalau le dapat buat breakfast pagi ni alangkah bestnya.

quinnie said...

bestnya kak...dah tengok gambar pun tau best...semple plak tuh...kena cuba nih...heheheh

Sheery Dream Cakes said...

Assalamualikum ibundo...
salam kenal dari diana..
cantik n menarik... anak2 pasti ntergoda ngan mini pizza telur nie kan...

ibundo said...

cik azz,
argghhh.. jom makan.

ct delima,
memang kegemaran budak2 ni. buat bentuk lain pun okay gak..

kak sam,
salam kenal. Nanti bundo singgah u pulak.

quinne,
hmm.. cuba lah

diana,
salam dari bundo.
memang kegemaran anak2 ni..

MANIS MANIS said...

salam bundo...yg ini enak nih...mata memandang jadi bikin lapar....

MANIS MANIS said...
This comment has been removed by the author.
farahnas irina said...

den suko bonar resipi nih... x susah bonar nak buek eh... santek... nih plak makan sahur hr jumaat nanti...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...