Bundo buat ni untuk dinner petang tadi. Ada gaya western sikit. Bundo dan ayahndo ratah macam tu saja tetapi anak-anak tak boleh tak dapat nasi. Diorang makan nasi lauk pucuk paku campur-campur dengan kubis cina gulung ni.
Tak payahlah bundo cakap banyak ye. Bundo letak resepi di sini.
2 ketul dada ayam dibuang tulangnya.
1 biji bawang besar didadu.
1/2 batang carrot dihiris memanjang
Beberapa batang kacang buncis dipotong dua.
1/2 biji tomato didadu
sedikit capsicum hijau didadu
5 helai kubis cina yang agak lebar (didihkan air dan rebus sebentar supaya batang kubis lembut)
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar tomato puree
1 sudu kecil gula
2 sudu besar butter
mozarella cheese
Stok ayam (kalau tak ada, 1 cube ayam campur dengan secawan air)
Ayam dan bawang diblender kasar. Bubuh sedikit air. Sedikit saja. Masukkan dalam bekas dan bubuh sedikit garam. Masukkan tomato dan capsicum. Bubuh tepung jagung dan gaul rata. Ketepikan.
Panaskan butter dalam kuali. Masukkan tepung. Kacau hingga berbuih. Masukkan stok ayam sedikit demi sedikit sambil dikacau. Sekiranya terlalu pekat, tambah sedikit air. Masukkan tomato puree. Masukkan gula dan rasakan garam. Bila kuah pekat, padamkan api. Ketepikan.
Ambil sehelai kubis cina. Bentang dan letak dua sudu besar adunan ayam.
Rasanya gambar sudah menyatakan langkah.
Kemudian susun ke dalam bekas tahan panas. Bubuh sos tomato tadi dan taburkan dengan keju mozarella. Bakar selama 15 minit.
Sedia untuk dinikmati.
ibundo
10 comments:
Assalamualaikum akak..
nampak sedap ... cantik gitu lagi... tergoda diana tgk tau mama... sedap
mcm makan jepun gak nie....but kat sini mcm tawar sket...
nampak menarik lah bu..
tapi ita mmg tak pernah makan.. apa lah rasanya tu kan??
As'salam Ibundo
Kalau diamati betul2 ada ala2 macam popia basah kan Bundo. ct suka masak bening jer kobis cina ni. satu kelainanlah resipi yang Bundo buat ni. menarik sangat2 :D
dengar cheese kecur air liur, sedapnya bunda. nanti nak tirulah.tumpang ambik resepi ye.
konpem se buek kak.
apo2 akak tunjuk se buek.anak murid yg patuh ni kak..apo tak bukak sekolah masak2 yo..leh se dgn omak sedaro se tu join..
eh!yot pun rajin gak masak merapu2 cam akak ni..dah masak talipon kitorang suh datang.bayangkan dari rombau ke gombak poi semato2 nak makan piza buatan dio..hahaha
macam kimchi, mknn org korea tu.
gulp!
Perrgghhhhhh...!!!
Moleleh nengok ehh..
Assalamualaikum Bundo, lompat dari dapur Anim nih...salam kenal dari Kuantan...hehe, tertarik dgn menu2 Bundo...izinkan saya link ya...terima kasih, moga kita boleh sama2 share di alam maya ni... ^__^
Salam Bundo..
saya pun lompat dari dapur kak Anymz jugak.. teruja nak tengok cemana cara2 menggulung tu... berkenan sungguh nak mencuba.. kalau rajin & ada masa terluang bolehlah cuba resepi bundo ni... saya follow ye bundo.. salam perkenalan dari MaDiHaA
Post a Comment