Latheefa's Muslimah Collections

Monday, July 4, 2011

Sosej Tomyam

Mood masak memasak merudum beberapa hari ini sebab banyak benda kena buat dan badan pun tak berapa nak sehat.

Kali ni bundo masak sosej lagi tapi sosej tomyam pula.


Beberapa batang sosej, dipotong ikut suka
2 ulas bawang merah dihiris
1 ulas bawang putih dihiris
1 labu bawang besar dipotong dadu kasar
beberapa kuntum cauliflower
beberapa kuntum brocolli
satu batang carrot dipotong memanjang
1 biji tomato dipotong 6 kemudian dipotong separuh lagi
2 batang serai dititik
beeberapa helai daun limau purut dihiris
beberapa batang cili api, dipotong dua setiap biji
2 atau 3 sudu besar pes tomyam
limau kasturi

Tumis bawang  hiris.  Masukkan pes tomyam, cili, serai dan daun limau purut. Gaul rata. Tambah sedikit air.  Masukkan carrot.  Kacau dan bila separuh masak masukkan brocolli, cauliflower dan bawang besar. Gaul. Masukkan pula sosej dan air limau. Rasakan garam.  Sebelum ditutup api, masukkan tomato.

Sekian.

ibundo

2 comments:

anymz said...

wah!kak ni menu baru kek sey ni kak..tak ponah raso lai nih..

ibundo said...

nim,
lobehkan dan cili api kalau nak lobeh kaw..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...