Monday, May 13, 2013

Nasgor

Ek ele... nasi goreng je pun.  Jadiklah.. Dalam masa sibuk cenggini, ini saja lah yang sempat bundo hidangkan.
Apa kabar semua.  Selamat berpuasa kepada yang berpuasa sunat harini.



Tidak ada apa istimewanya nasi goreng ini.
Hari sebelumnya bundo buat spageti dan sos spageti masih ada berbaki. Sayang kalau tak digunakan.
Jadi, bundo cuma potong beberapa batang sosej, belah beberapa biji chicken balls dan dadu sedikit capsicum merah kuning hijau untuk mendapatkan warna pada makanan. Untuk mendapatkan pedas bundo tumbuk 5 biji cili api.




Bundo tumis bawang putih, bawang merah dan cili api. Kemudian masukkan sosej dan chicken balls. Bila dah elok bergaul, bundo curahkan kuah spageti.  Masukkan capsicum dan nasi. Gaul je lah sampai rata dan nasi masak.




Rasanya? Jadilah nasi goreng bolognese hehe..
Sekian. Bundo nak kawenkan anak hujung minggu ni.  Sebab tu sibukkkkk sangat.
Rindu kat you all. Tak sempat nak  jenguk-jenguk dapur you all pun.


ibundo

Friday, May 3, 2013

Pengat Nangka Kelapa Laut

Berjumpa lagi kita pada Jumaat yang tidak jemu datang bertandang.  Hari mendung dari pagi. Mungkin ramai para ibu yang gundah gelana kerana baju basuhan masih belum dapat disidai. Dah mula masuk dapur untuk menyiapkan makan tengahari? Ah.. antara tugas ibu@isteri yang tak berkesudahan. Jangan lupa berzikir semasa memasak. Daripada fikiran merawang tak tentu arah, lebih baik kita penuhi minda dan hati kita dengan selawat dan zikrullah.



Untuk resepi kali ini anda perlukan:
Beberapa biji nangka  ( 6- 8 biji mengikut saiz)
1 tin  buah kelapa laut
1 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
Gula secukup rasa
1 sudu kecil garam
2 helai daun pandan



 
Nangka disiat panjang-panjang.
Kelapa laut ditapis ambil isinya sahaja.
Masakkan santan cair dan daun pandan yang dikoyak dan diikat, hingga mendidih.
Masukkan gula, santan pekat dan garam.
Apabila mendidih , masukkan pula nangka dan kelapa laut.
Bila mendidih sekali lagi, kacau sebentar dan padamkan api.
Bolehlah dimakan



Mmmmm.. yummy.
Selamat makan tengahari dan selamat minum petang.



Pendek dan ringkas je n3 ni kan?  What to do....

ibundo


Tuesday, April 30, 2013

Kelopung Labu

Assalamualaikum.  Alhamdulillah berjumpa lagi dengan izinNYA. Semuga semuanya baik-baik dan sehat-sehat. Bundo.. kaki masih sengal-sengal dan penat-penat sebab bersukan dengan anak-anak kindy ahad lepas. Habis satu main event. Yang menunggu berderet-deret lagi...



Bundo ni tak habis-habis dengan labu.  Bukan apa, kebetulan beli labu haritu kemainlah besar. Guna sikit sikit dan nak bagi habis semua tu bukan mainlah juga lamanya.  Ni kebetulan gula ada, bundo buatlah onde-onde.  Orang kampung bundo panggil kue ni kue kelopung. Gulanya gula anau.  Lagi sedap kalau dapat gula anau yang original.  Yang tak campur dengan gula pasir. Tapi sekarang ni kalau beli kat kedai dah gerenti tak dapat yang ori lagi dah. Gulanya dah tak ada rasa lemak lemak. Manis mendaghat je.



 Kue ni pun dah ramai yang buat. Kalau tak payah ikut sukatan sangat pun takde apa salahnya.  kita agak-agaklah asalkan tepungnya lebih banyak daripada labu.  Kalau tak nanti jadi bubur dalam periuk tu.



Tapi kalau tak berapa pasti, gunakan je lah sukatan ni.

1 cawan labu yang telah dilenyek
2 cawan tepung beras pulut
Air secukupnya untuk menggaul

Bahan lain yang perlu ada:
kelapa parut yang dikukus dan dicampur dengan sedikit garam
gula anau/kabung yang dipotong-potong cube kecil



Tepung dan labu digaul sebati dengan sedikit air supaya dapat satu doh yang mantop, tidak lembik dan tidak keras.
Ambil sedikit doh, bulat-bulatkan dan buat lubang kecil ditengahnya.  Masukkan gula.  Tutup doh dan bulat-bulatkan supaya gula elok cantik duduk kat dalam.
Panaskan air (air ni panaskan dulu sebelum gentel tepung tu), masukkan tepung yang telah diisi gula dan digentel bulat bulat tadi.  Tunggu sampai dia timbul ke permukaan air.  Keluarkan dan golek-golekkan atas kelapa. 



Sekian. Jom makan kelopung dengan air kupi socawan....

ibundo

Thursday, April 25, 2013

Ayam Tambatan Hati

Salam pagi khamis. Banyak benda nak buat harini. Siapa yang tak bizi kan? Semua orang terkejar-kejar berlumba dengan masa yang berjalan tak menoleh ke belakang. Kita je yang berjalan selalu tertoleh-toleh hmmm..
Ahad ni sukan tahunan kindy bundo yang tertangguh sebab spr batalkan tempahan stadium tempohari akan berlangsung. Kali ni dibuat di stadium ukm.  Alhamdulillah..
Rumah bundo ni dah penuh dengan hadiah. Ramai parents yang bermurah hati membuat sumbangan wang dan hadiah untuk cabutan bertuah. Hadiah amat lumayan.
Pertengahan May pula satu lagi main family event akan berlangsung. Bizi bizi bizi.. tapi sempat jugalah masak-masak.

Resepi kali ni? Jom layannnn....


Bahan:
1 ekor ayam
1 inci lengkuas *
1 inci halia *
1 biji bawang besar *
3 ulas bawang putih *
2 batang serai *
1 biji bawang besar dipotong bulat

1 sudu kecil serbuk lada sulah
10 biji cili api diketuk-pecah
6 helai daun limau purut dibuang tulang dan dikoyak
2 sudu besar kicap pekat manis
1 cawan susu cair
1 cawan air
1 sudu besar jus lemon

Cara:
1. Ayam dilumur sedikit kunyit dan garam.  Goreng 3/4 masak.  Ketepikan.
2. Kisar bahan yang bertanda *.
3. Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan kisar sehingga masak.
4. Masukkan air, susu, ayam dan bahan-bahan lain. Tambah garam secukup rasa.
5. Masak sehingga kuah agak pekat.



Sekian.  Semuga hari anda ceria hari ini dan juga hari-hari seterusnya.


ibundo

Monday, April 22, 2013

Pumpkin in coconut milk

Salam buat semua.  Apa kabar. Harap semuanya baik-baik dan sehat belaka. Bundo? Alhamdulillah. Setelah agak lama mendiamkan diri, hari ini bundo hidangkan 'pumpkin in coconut milk' cakap omputih tapi cakap kita 'pengat labooo'.
Resepi ni bundo ambil dari buku 'thai dessert' yang bundo beli di plaza MBK bangkok baru-baru ni. Kebanyakan dessert thai ni lebih kurang sama dengan dessert kita jugak.  Kalau ada beza pun sikit sikit je.




Bahan:
Labu ( 1/4 labu)
1 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
Gula (secukup rasa)
garam secukup rasa
2 helai daun pandan
1 sudu kecil kapur dicampur dengan 3 cawan air



Cara:
-Labu yang telah dipotong-potong direndam dalam air kapur dalam 1/2 jam.  Gunanya supaya labu itu rangup dan tidak lembik bila direbus.
-Labu direbus sehingga empuk, toskan airnya dan ketepikan.
-Santan cair dimasak bersama daun pandan yang dikoyak-koyak dan disimpul, gula dan garam sehingga mendidih dan gula larut.
-Masukkan santan pekat.
-Bila mendidih, kecilkan api dan masukkan labu yang telah direbus tadi.
-Tidak perlu masak lama sebab labu telah empuk.




Semasa bundo ke Wang Pho tercari-cari makanan halal, bundo terjumpa makanan ini (gambar bawah) di gerai kepunyaan thai muslim. Dia bagitau namanya dalam bahasa thai tapi bundo tak ingat apa dia
Yang bundo ingat dia cakap roti coconut.
Ada sesiapa yang tau?


Kulitnya macam roti canai, kemudian dibubuh inti kelapa muda yang digaul dengan telur. Bila masak, dipotong-potong dan dicurahkan dengan susu dan ditabur gula. Sedap.....


ibundo

Wednesday, April 10, 2013

Banana blueberry cake

Dah hari rabu. Bulan April pun dah nak separuh jalan.  Cepat sungguh masa berlalu. Lagi jauh perjalanan waktu ini lagi dekat hendak sampai ke penghujung. Bersyukur kerana masih dipinjamkan hayat untuk menikmati kebesaranNya dan berbakti terutamanya kepada keluarga tercinta.
Sekurang-kurang menjamin yang keperluan makan minum tetap terjaga.

Apa cerita hari ini?
Semuga ceria-ceria sambil menanti-nanti bila agaknya PRU akan berlangsung. Sukan kindy bundo yang dijangka berlangsung pada ahad ini terpaksa ditunda ketarikh lain kerana spr mengarahkan supaya semua tempahan stadium mpkj dibatalkan sehingga selesai pilihanraya.  Alahai..




Satu kotak blueberry sudah lama tersimpan dalam peti ais. Hajat nak buat itu ini memang ada sejak mencapainya di giant tempoh hari.  Cuma penyakit malas yang tak menentu ditambah lagi dengan kebizian melampau maka ia tinggal terperap begitu saja.  Baru pagi tadi bakit bangun dari kemalasan.
Rasanya?
Sedap jugalah pada lidah dan tekak bundo.  Ada kelembapan di situ. Lembut.
Sejak dua menjak ini bundo cuba buat adunan sendiri tanpa bergantung pada resepi sedia ada. Biasalah kan.. ada yang jadi ada yang tak.






Bahan:
250 gm tepung naik sendiri
150 gm unsalted butter
150 gm gula castor
3 biji telur
1 sudu teh vanila
1 cawan pisang yang telah dilenyek
1 cawan blueberry
1/2 cawan fresh milk





1. Blueberry dilenyek sedikit dengan garpu.
2. Ayak tepung.
3. Pukul gula dan butter sehingga lembut.
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji.  Pukul sehingga kembang.
5. Masukkan esen vanila dan tepung . Pukul speed perlahan sehingga bergaul rata.
6. Masukkan pula susu.
7. Akhir sekali masukkan pisang dan blueberry.  Gaul rata dengan spatula.
8.  Alas dulang pembakar dan tuang adonan. Bakar sehingga masak.




Sekian. Kalau nak tau rasanya, cubalah....

ibundo

Monday, April 8, 2013

Ayam kicap berempah

Salam buat semua.
Satu entry yang ringkas sebab nak kena selesaikan banyak perkara.



Bahan:
1 ekor ayam
1 inci lengkuas (lebih kurang) diketuk
1 inci halia diketuk
2 batang serai diketuk
4 helai daun limau purut dibuang tulang
10 ulas bawang merah ditumbuk pecah-pecah kasar
3 ulas bawang putih ditumbuk pecah-pecah kasar
1 sudu besar pes cili kering
1 sudu besar rempah briyani
2 sudu besar kicap masin cap kipas
1 cawan air (boleh tambah kalau tak cukup)
1 sudu besar jus lemon



1. Ayam dibersihkan, dilumur sedikit garam dan kunyit dan goreng 3/4 masak. Ketepikan.
2. Tumis bawang merah, bawang putih, lengkuas dan halia sehingga wangi. Masukkan pes cili dan goreng sehingga cili masak,
3. Masukkan pula rempah briyani dan serai.  Goreng sehingga masak.
4. Tambah air, kicap dan masukkan ayam.
5. Masukkan daun limau purut, jus lemon dan garam secukupnya.
6. Masak sehingga kuah agak pekat.

Silalah....


ibundo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...