Tuesday, July 26, 2011

Apple Cobbler

Yang ini anak bundo, Kirin yang buat.  Biasalah budak-budak ni kalau poket dah kering kontang, hujung minggu diorang akan memerap di rumah je. Kalau awal bulan dan bahu dah ghebeh sandang henbeg yang masih berat, mahu dia duduk rumah? Takde mananya..  Ni sebab duit dah takde dan duduk rumah pun boring takde benda nak buat, maka ke dapurlah dia. Kirin ni masak nasi belum tahu boleh masak tapi bab-bab masak benda macam ni, memang kesukaan dia.


A:
Apple Mix:-
 
2 Apples yang besar
1 tbsp tepung serbaguna
7 tbsp gula
1.5 tsp lemon juice

B:
Cobbler mix:-

3/4 cawan tepung
3/4 tsp baking powder
1/4 tsp baking soda
secubit garam
1 tbsp sugar
2tbsp butter (30 gm)
1/2 cawan buttermilk (nak buat buttermilk sendiri, masukkan 1tbsp lemon juice/vinegar dalam 1 cawan susu)


Cara2:-

1. campurkan semua bahan Apple Mix dalam bekas besar(lebih senang kalau buat dalam mangkuk yang boleh masuk dalam oven terus). Gaul rata. Biarkan selama 1/2 jam

2. Dalam mangkuk yang lain, campur tepung,baking powder, baking soda, garam, gula, dan butter. Sile gunakan hujung jari time nak campurkan bahan2 tu ye. picit2 sikit.(tips: amik butter dengan hujung jari, gosok2kan ngan tepung bagai tu) buat sampai die ade rupe bread crumbs. Masukkan buttermilk dan campur semua sampai semua bahan tercampur elok. err..sampai buttermilk tu meresap dalam bahan yg lain.
(Ni bundo ambil bahasa kirin bulat-bulat. Malas dah nak edit)

3. Tuang Cobbler Mix tadi atas Apple mix. Tak payah gaul.

4. Masuk dalam oven yg dah di pre-heatkan dalam suhu 210 darjah selsius selama 30 minit (atau atas die berwarna perang). Kalau intai2 nampak juice apple tu gile menggelegak, kompem dah masak.


 Makan masa tengah-tengah panas tu sedap.  Apa lagi bila berebut-rebut.

ibundo

6 comments:

Gee® said...

sedapnya... kirin, bg untie sikit yer...

KTS said...

haip! kenapa awak sgt menggiurkan, apple cobler?

Nuridah said...

tersangat lah sedap nampak gayanya...kalau berebut2 nie..sape cepat dia dapat....hehe.

anymz said...

ese pun buek apple potang tadi kak..apple pie..hehe

Sheery Dream Cakes said...

yg nie pun nampak sedap ler akak... kalau ler dapat makan nie.. alangkah bahagianya... :)

CT Delima said...

as'salam Ibundo

Pandai anak bundo masak. anak2 ct harapnya kalau dah pesar panjang bolehlah belajar masak sendiri..hihihi

nampak sedap ni Bundo, epal memang sentiasa ada stok kat umah ct ni, sebab Hb ct dan anak semua memang gemar makan buah selepas makan. bolehlah cuba resipi dari Kirin ni :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...