Saturday, March 24, 2012

Sup ayam

Assalamualaikum.
Lama benar dah rasanya tak menulis di sini. Sejak kebelakangan ni mood untuk menulis merudum teruk. Ditambah pula dengan kesibukan yang tak berkesudahan. Nak tunggu kesibukan reda, sampai bila pun tak reda-reda.

Untuk kali ini aku sajikan menu simpel yang tak lapuk dek zaman.  Sedap untuk dihirup-hirup ketika masih panas. 



Bahan:
Beberapa ketul ayam bahagian tulang dan potong kecil
6 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
sedikit halia *
1 tsp lada sulah *
1 tsp jintan manis *
1 tsp jintan putih *
penumis 4 sekawan
baby carrot
1/2 lobak putih
2 biji kentang dipotong wedges
4 biji cili api
2 tbs air perahan lemon



Tumbuk bahan yang bertanda*. Tumbuk.  Jangan blender.
Panaskan sedikit minyak extra virgin olive oil.  Kalau tak ada, guna minyak biasa.  Tumis bahan yang ditumbuk dan rempah penumis 4 sekawan sampai naik bau.
Masukkan ayam dan kacau sebentar.  Bubuh air secukupnya dan masukkan kentang.  Apabila kentang setengah empuk, masukkan pula carrot dan lobak putih.
Tambah garam, cili api dan perahan lemon.  Kalau suka, bubuhlah cube ayam seketul.



Selamat menjamu selera.


ibundo

Friday, March 16, 2012

Puding Soya Koktel

Salam hari jumaat.  Dah jumaat dah harini. Pejam celik pejam celik cuti sekolah pun dah nak habis.  Minggu depan hari rabu result spm pula keluar. Anak-anak yang ambil spm tu mungkin punya rasa yang pelbagai. Ada yang teruja, ada yang tenang, ada yang gemuruh. Tapi aku tengok anak aku relek je. Kita doakan sajalah anak-anak kita dapat yang terbaik. Usaha dah dibuat.

Berbalik pada puding ini.  Sedap juga rasanya.  Bibik aku siap tanya resepi. Dia kata nanti balik indon dia nak buat. Mana tahu nak bejual ke , katanya.  Haha.. ye lah tu.



Puding ni aku letak dalam bekas plastik ni sebab senang nak store dalam peti ais. Kalau nak makan, ambil je satu satu. Bila masukkan dalam bekas macam ni, anak aku sibuk tanya; mak ni buat bebanyak ni nak jual ke.  Ada ke orang nak beli?  Kalau ada, nak juga.



Bahan:
A
4 sudu teh serbuk agar-agar
1000 ml air
400 ml air soya
200 gm gula castor
100 ml susu cair
1 tin koktel buah-buahan

 B
2 sudu teh serbuk agar-agar
500 ml sirap dari koktel buah-buahan (ditambah air untuk mencukupkan 500ml)
1/2 sudu teh jeli segera perisa lemon ( apa-apa perisa pun boleh)
beberapa titik warna hijau


 
1. Masakkan serbuk agar-agar bersama air. Kemudian campurkan susu soya dan gula.  Masak sehingga gula larut.
2. Tambah susu cair dan gaul hingga sebati.
3. Tuangkan campuran susu soya ke dalam bekas kecil.  Biarkan separuh keras baru disusun buah koktel di atasnya.
4.  Masak kesemua bahan B. Tuang ke dalam bekas di sebelah atas buah koktel.
5.  Sejukkan.



Sekian.


ibundo


Thursday, March 15, 2012

Prata Bungkus Berinti Daging

Salam cuti-cuti sekolah.  Mungkin ramai yang sedang bersantai-santai di tempat percutian, bersenang lenang menikmati keindahan alam ciptaanNya.
Dan tak kurang juga yang masih terperap di dapur namun menikmati setiap saat silat menyilat bersama periuk belanga kuali serba serbinya.


Menjengah ke dapur CT delima tempoh hari, aku disambut dengan prata bungkus berinti daging yang rupanya sangatlah menyelerakan. Melihatnya saja hati sudah jatuh cinta dan tertawan. Belum lagi merasanya. Kebetulan ayam dan kentang ada untuk dibuat inti, roti prata jenama kawan juga ada dibeli semasa ke ekonsave.



Terima kasih CT untuk resepi yang enak ini.  Cuma intinya aku ubah mengikut selera sendiri dan juga mengikut bahan yang ada dalam simpanan.



Bahan:
1 bungkus roti prata
1 biji telur dikocok

Bahan inti:
4 ketul dada ayam diambil isinya  dan dipotong dadu
6 biji ubi kentang dipotong dadu
3 sudu besar rempah kari daging
1 biji bawang besar dipotong dadu
2 ulas bawang merah dihiris nipis
2 ulas bawang kecil dicincang halus
1/2 cawan frozen veges
1 sudu besar tepung jagung dibancuh denan sedikit air



Panaskan sedikit minyak.
Tumis bawang merah dan bawang putih. Bila layu dan naik bau, masukkan rempah kari. Goreng sehingga masak.
Masukkan ayam,kentang dan bawang besar. Tambah sedikit air. Sekiranya air kering dan kentang belum empuk, tambah lagi air.
Akhir sekali masukkan air tepung jagung dan mix vege dan masak sehingga pekat dan kering.  Jangan lupa garam.


Cara:
Kalau tak ditunjuk oleh CT, aku pun tak tahu macamana nak melipatnya.
Seperti yang dinyatakan oleh CT, sekeping roti prata ini dibahagi 4 bahagian. Letakkan inti di setiap bahagian dan lipat menjadi 3 segi. Setiap puff yang telah dilipat ini di letakkan di atas dulang pembakar yang telah dialas dengan kertas minyak. Sapu permukaan puff dengan telur yang telah dipukul dan bakar di dalam oven selama lebih kurang 20 minit atau sehingga kekuningan.



 Cara melipat bolehlah dilihat dalam blog Ros Jintan Manis.  
 Terima kasih pada Ros yang mahu berkongsi.


Memang sedap.  Memang mengancam. Boleh selalu buat. Boleh dihidangkan  semasa ada tetamu yang datang bertandang.


Sila... sila..
Sila makan ya!!!


ibundo

Monday, March 12, 2012

Asam Pedas Tempoyak

Semalam balik melaka.  Ada sedara buat kenduri kawin.  Orang melaka tak sah kalau tak ada asam pedas.  Macamlah orang nisemilan yang tak sah kalau tak ada lemak cili api. Tapi sedara aku yang buat kenduri tu tak ada pulak buat asam pedas.  Tertanya-tanya gak.

Haritu aku buat bawal asam pedas tempoyak.  Saja buat eksperimen apa rasanya kalau asam pedas ni dibubuh tempoyak.  Tak sangka pulak rasanya mengancam. Sesiapa yang ada simpanan tempoyak dalam peti ais tu, cubalah buat kalau nak tahu rasanya.



 Bahan asam pedas aku:
1 ekor bawal (bawal pun mak oi mahalnya)
2 sudu besar tempoyak
8 tangkai cili kering *
6 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1/2 inci halia *
1/2 inci lengkuas *
1 batang bunga kantan
1 batang serai dititik
beberapa helai daun limau
air asam jawa secukupnya



Blender bahan bertanda *. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan blender sehingga masak. Masukkan air asam dan bahan-bahan lain. Pastikan semua rasa seimbang.

Sekian.


ibundo

Saturday, March 10, 2012

kentang bilis krap krup

Dah breakfast? Pagi ni aku makan nasi lomak. Ala.. seciput je buat alas perut. Kalau makan nasi lemak ni aku kena bajet supaya tak overdose. Almaklumlah dalam usia macam ni.  Masak masak juga.  Makan kena makan.  Tapi kena jaga biar berpada-pada.

Goreng kentang bilis rangup ni sedap dimakan bersama nasi lemak.  Dengan nasi biasa pun sedap juga. Lagi sedap kalau masak belado.  Gorengan yang ini aku tak letak cili sebab nak cepat.  Itu pun masih laku sebab bila makan berderap derup gitu.


5 biji ubi kentang diparut halus
1 sudu kecil kapur
1 besen kecil air
sedikit garam
1 cawan ikan bilis kecil
minyak untuk menggoreng tenggelam


Gaul kapur ke dalam air di dalam besen.  Parut ubi kentang ke dalamnya. Biarkan sebentar dan cuci bersih. Taburkan sedikit garam.  Gaul rata.  Goreng tenggelam sedikit sedikit sehingga kekuningan. Angkat dan toskan di atas paper towel. Buat sehingga habis.
Goreng pula ikan bilis sehingga rangup. Angkat dan toskan minyaknya.
Di dalam mangkuk berasingan, gaul kentang dan bilis yang telah digoreng.



Sedia untuk dimakan.
Selamat berhujung minggu dan selamat menghadapi kerenah anak-anak di cuti sekolah.

ibundo.

Thursday, March 8, 2012

Nasi tomato serai

Orang yang tak suka masak akan selalu berada dalam kerugian.  Rugi kerana tidak boleh bereksperimen dengan segala jenis bahan-bahan masakan yang beranika. Dan memasak ini juga tidak ada rules and regulations. Tambahlah apa pun.  Masukkanlah apa pun. Campaklah apa pun. Selagi cukup keseimbangan rasa, menjadilah dia.

Dulu.. dulu dulu, aku juga tidak suka masak. Bila emak ke dapur, aku buat-buat sibuk dengan buku. Bila masuk sekolah asrama, lagilah aku tak pegang pinggan mangkuk. Balik sesekali, aku tengok emak masak gitu gitu saja. Bila kahwin barulah menggelabah.

Untuk anak-anak perempuan di luar sana, rajin-rajinlah ke dapur bermain-main dengan air tangan.



Agak lama juga aku tidak membuat nasi spesial.  Nasi spesial ni istilah aku anak beranak.  Kalau aku masak nasi selain daripada nasi putih, kami namakan nasi spesial. Nasi spesial aku kali ni adalah nasi tomato serai.  Mula-mula nak masak nasi briyani tetapi rempah briyani pula tak ada.  Bila geledah loker, terjumpa dengan tomato puri. Ada pula lebihan santan cair untuk gulai ayam. Stok serai baru tambah petang semalam. So, campur itu, tambah ini jadilah nasi sepertimana yang ada ni.


Bahan:
5 cawan (cawan rice cooker) beras basmati
1/2 tin kecil tomato puri
3 sudu besar butter/majerin
2 biji bawang besar bersaiz kecil, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 inci halia muda, hiris nipis
2 kuntum bunga lawang
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
1 batang serai dipotong dua dan dititik
1 genggam kismis
1 cawan susu cair
3 cawan santan cair
air secukupnya
1 cube stok ayam
1 sudu kecil garam




Panaskan butter/majerin.  Tumis bawang merah,putih, halia dan rempah penumis.  Goreng sehingga berbau wangi dan kekuningan.  Masukkan tomato puri dan goreng sekejap.  Masukkan ke dalam rice cooker bersama beras yang telah dicuci.
Masukkan susu cair dan santan ke dalam beras.  Tambah air secukupnya.
Masukkan serai, garam dan cube stok ayam.
Apabila nasi hampir kering airnya, masukkan kismis.
Gaul perlahan-lahan apabila nasi telah masak supaya beras tidak patah.




Kami makan nasi ini dengan ayam kampung masak kari kurma.  Resepi lauk, lain kali. Kalau rajin, buatlah acar.



Selamat mencuba.


ibundo

Wednesday, March 7, 2012

Sardin lemak cili api

Assalamualaikum.
Begitu lama hilang, muncul muncul bawak lauk sadin je? Haha.. Bundo yang  tergelak ni.
Tapi kan, lauk sadin sedap apa.  Macam-macam gaya kita boleh buat dengan sadin ni. Misalnya lauk sadin masak lemak cili api ni.  Hah, taruk cili segenggam, berkepul-kepul asap keluar tang telinga memasing.

Ini salah satu lauk imegensi.  Kalau dah tak tahu apa nak masak, masaklah sadin. Makan nasi dengan kuahnya pun dah sodap.



Bahan:
2 tin sardin tin kecil
Santan dari sebiji kelapa *
cili api ikut suka hati banyak mana nak bubuh, ditumbuk lumat *
1 batang serai diketuk *
1 keping asam keping
1/2 inci halia diketuk *
1/2 inci lengkus diketuk *
4 helai daun limau purut *
2 biji ubi kentang dibelah 4 *
1 sudu kecil kunyit serbuk *

Cara:
Masukkan semua bahan yang bertanda * ke dalam periuk.  Masak sehingga kentang empuk.  Masukkan sardin dan asam keping. Masak lagi sehingga kuah pekat.



Hidang dan makan dengan nasi panas.  Pasti berpeluh punya.

Sekian n3 ringkas dari bundo.  Biar ringkas daripada tak ada langsung, kan?

ibundo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...