Siapa yang taknak buang toksik dalam badan. Semua orang nak. Cuma yang tak waras saja yang tak endah. Almaklum sajalah, dengan umur yang macam ni macam-macam benda yang dah tersangkut dalam setiap ruang dalam bahagian dalaman anggota ni.
(Membuat aku teringat yang sinki aku petang tadi aliran air keluar agak tersekat-sekat. Mesti ada lemak dan sisa makanan yang dah menyumbat saluran batang paip. No..no..no.. panggil plumber kat sini dah seratus ringgit. Aku buat sendiri saja. Insyaallah tau.)
See, saluran paip tersumbat kita kena lancarkan perjalanannya balik. Kalau boleh dengan kos yang paling minima. Tak payah keluar ratus-ratus.
Saluran darah tersumbat?
Urat temurat yang tersumbat?
Be careful... cegah sebelum parah adalah lebih baik.
Ada kawan mengesyorkan apple cider dengan honey.
Aku buat.
Pagi-pagi semasa perut kosong aku bancuh segelas air dengan satu sudu besar apple cider dengan 1 sudu besar madu. Tak boleh guna sudu besi. Mesti guna sudu plastik atau kaca. Apa hujahnya kenapa tidak boleh, tidak pula aku bertanya. Aku percaya kesannya akan berkurangan.
Petang sebelum aku dinner aku minum lagi satu gelas air campur apple cider dan madu.
Sudah dua bulan aku amalkan.
Kesannya?
Nak kata sakit sendi aku berkurangan, ia macam tu jugak. Nak kata letih letih aku hilang, ia masih ada. Cuma yang aku perasan nature's call aku pagi pagi tersangat mudah. Tak adalah payah duduk termenung lama-lama.
Dan dua kali doktor memeriksa tekanan darah aku dalam masa dua bulan ni, bacaannya 120/80. Muahh... teramatlah cantik.
Masalahnya kita ni, masyarakat kita lah, sukaaa sangat benda yang manis-manis. Air nak yang manis. Kuih suka yang manis. Kadang-kadang masak lauk pauk pun tambah gula begitu punya bersudu sudu sampai terasa sangat kemanisannya.
Kalau dah sakit, takde manisnya lagi hidup kita ni.
Bukan tak boleh. Boleh. Tapi biarlah moderate.
Aku pun tau yang tekak kita ni suka benar benar nak rasa yang sedap-sedap. Kalau dah tawau habau mana ada sedapnya ye tak. Mmm..kena pandai kotrol la.
Macam air ni.
Lemon memang dah terkenal dengan khasiatnya.
Bila kena gaya, air lemon ni bukan saja boleh menghilangkan dahaga,
malah boleh mempunyai daya kesan pada kesihatan kita juga.
Jom buat lagi bersama bundo..
1. Lemon-pudina-green tea
I mug besar air
1 uncang teh hijau
1 biji lemon
beberapa helai daun pudina
1. Teh hijau direndam dengan sedikit air panas. Masukkan teh hijau ke dalam mug dan ditambah air kosong sehingga 3/4 mug.
2. Potong melintang 1/2 lemon. Perah 1/2 ke dalam air. Setengah lagi dihiris nipis dan masukkan ke dalam mug.
3. Masukkan daun pudina. Kacau rata.
nota: kalau ingin rasa sedikit manis, bubuh 1 sudu kecil madu ke dalam air.
2. Lemon-peach pudina
1 mug air
1 1/2 biji buah peach
1/2 biji lemon
Beberapa helai daun pudina
1. Blender satu biji buah peach dengan air
2. Hiris nipis separuh peach
3. Masukkan air peach yang telah diblender ke dalam mug.
4. Masukkan jus lemon daripada 1/2 biji lemon
5. Tambah dengan hirisan peach dan daun pudina.
6. kacau rata.
Minuman ini boleh diambil segera atau simpan dalam peti ais sejam dua untuk mendapatkan rasa sejuk dan segar apabila kita meneguknya.
Sekian.
ibundo
Showing posts with label DRINKS. Show all posts
Showing posts with label DRINKS. Show all posts
Thursday, October 16, 2014
Sunday, September 16, 2012
Air Halia Serai
Kesahnya semalam bundo pergi spa urut-urut kaki yang dah lenguh sampai tahap tak boleh tahan. Sampai situ bundo tengok ada muka baru. Bundo tanya mana minah indon yang lagi dua orang. Dia cakap, balik kampung masa raya dah tak balik-balik.
Minah yang ngurut kaki bundo ni cukuplah peramah orangnya. Sampai tak bagi peluang langsung bundo nak berinternet. Ada saja benda yang nak dicakapnya. Tapi dia punya urutan... aduuu.. sedap betul. Tau je mana nak picit. Tau je mana yang sakit.
Buk!.. ibuk ni banyak angin ni.
Ha.. kat sini buk. Keras sangat ni betisnya.
Dia pun bercerita tentang moyang, nenek, maknya yang semuanya mengamalkan jamu. Moyangnya hidup sampai umur 100 tahun. Neneknya sekarang berumur 90 tahun tapi masih mikul padi. Biar bener deh!!
Maka dia pun bagilah resepi air halia nak buangkan angin.
3 batang serai dititik
Sebesar tapak tangan halia tua dititik
5 cawan air
Rebus serai dan halia sehingga tinggal sebanyak 3 cawan sahaja.
Bila mahu minum, campurkan dengan madu sesedap rasa.
Ibu kalo mau bikin lebih ya boleh. Asalkan serei nya diganjilin. Bisa 5 batang, 7 batang. Airnya juga diganjilin deh. 7 cawan, 9 cawan. Gitu...
Minumnya pagi satu cawan, petang satu cawan.
Burppppp... memang satu hari ni asek keluar angin je bundo. Angin dalam perut ni menggelodak nak keluar.
Mau cobak? Silah.... hehe

Monday, August 13, 2012
Air Soya
Soya drink especially cold is one of the most sought after drinks during the month of ramadhan. Hawkers are making their wallets thick and swollen just by selling soya drink. But if I were to chose, I'll chose not to buy the one that is sold at bazar ramadhan because it is too liquidize with water and the sugar content is so high that makes you want to add more water to it and thus bring the taste down to near zero soya.
I prefer my home made soya drink better. It is thick, creamy and we can control the sweetness we want to it. Lucky for me that I have my maid to do all the 'blendering' and squeezing.
To make it is as simple as abc.
All you need is:
1/2 kilo soy bean
adequate water
sugar to your liking
4 pandan leaves
pouch for squeezing the juice out
Soak the soy bean for a few hours until it is soft and tender.
In batches, blend the bean together with small amount of water. Do so until all the beans are blended.
Also in batches, put the already-blended-beans in a pouch ( I sew one, size approximately 9in x 7 in). Squeeze out the juice and discard the remains.
Boil together with pandan leaves. Add sugar to your taste.
There you have it. Soy drink fresh from your kitchen.

Tuesday, June 28, 2011
Smoothie mangga
Bundo buat smmothie mangga ni dua hari lepas. Berebut-rebut merasa. Kalau ada mangga harum manis lagi sedap. Tapi dapat mangga yaang ini pun jadilah. Itupun kena bubuh gula sikit sebab mangganya tak berapa manis.
Untuk anak-anak bundo, resepinya simpel kalau lain kali nak buat.
Fresh milk 300 ml
100 ml yogurt perisa asli (kalau tak suka masam, kurangkan sikit)
2 biji mangga.
2 atau 3 sudu besar gula
Mangga di hiris dan masukkan ke dalam blender. Masukkkan juga bahan lain. Kisar sehingga halus.
Masukkan ke dalam gelas yang sesuai. Picitkan whipping cream. (Bundo punya seciput saja sebab tak cukup) dan hiaskan dengan potongan buah mangga.

Subscribe to:
Posts (Atom)