Latheefa's Muslimah Collections

Thursday, September 22, 2011

Bergedil ayam

Banyak tahun yang lalu anak-anak bundo mengekek-ngekek ketawa bila ternampak satu menu yang terpampang di sebuah restoren di lapangan terbang sukarnoe hatta. Bila bundo tengok, bundo pun mengekek sama sebab tak pernah ada satu menu pun di mesia yang bernama sup buntut sapi. Lepas tu puaslah bundo menerangkan pada mereka apa makna sebenar perkataan tu. Ye lah.. masa tu anak bundo dua orang yang ngikut tu baru darjah satu dan darjah dua.

Cerita di atas tu tak ada kena mengena dengan cerita seterusnya.  Cuma bundo ni ada sedikit musykil dengan perkataan bergedil ni sebab ada orang sebut pergedil.  Mana satu yang betul ya? Walau apa-apa pun bergedil ni bibik bundo yang buat. Bila tengok bergedil bundo teringatkan bibik. Bila teringatkan bibik, bundo teringat indon. Bila teringat indon, tu yang teringat balik cerita kat atas tu.

Dia ni cukup suka dengan bergedil. Kejap-kejap buat bergedil.  Kejap-kejap buat bergedil.  Anak bundo pulak suka meratah. Buat sikit tak jadi lauk sebab habis kena ratah. Bibik bundo kena buat banyak-banyak. Selalunya kalau ada lauk ayam yang tak habis, bibik akan buat 'make over' jadi bergedil pulak.



 Ni resepi bergedil bibik.

500 gm ubi kentang
100 gm daging ayam kisar atau dicincang halus
1/2 cawan bawang goreng
1/4 cawan daun sup + daun bawang dihiris halus
garam secukup rasa
 2 biji telur


Ubi kentang dipotong kecil dan digoreng. Tumbuk sehingga lumat.
Masukkan bahan-bahan lain kecuali telur ke dalam bekas ubi kentang yang telah ditumbuk. Gaul dan bentukkan.
Telur dikocok. Celup adunan ke dalam telur dan goreng.

Sekian.

ibundo

18 comments:

Sheila Shafeareen said...

salam ibundo- sdp saya suka bagat dekat manu begedil ni nak pula bila dpt makan sama soto ayam

ejaMaria said...

sama la resepi bibik ngan resepi yg slalu Maria buat... sedap kan ?... ;p

Acik Erna said...

kak pah..bibik kak pah goreng kontang e yo..nak cubo la..saya selalu rebus dulu..

Rabiatun Adawyah said...

assalamualaikum...sedapnyer bergedil..tun suka jugak..

cahya indah said...

bergedil ni faveret...suka sangat. nak soto dgn bergedil, letak sambal kicap.

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Bertuah ibundo ada tukang buat make over,kat umah ni ada tukang makan je.

ady said...

as-salam ibundo
sedap bergedil ni mkn dgn cili kicap atau ratah2 aje pun sedap ibundo...

ibundo said...

sheila,
selalunya makan dengan soto lah kan.. tapi makan dengan nasi sedap gak.

maria,
hii.. tekak aku ni sedap je..

erna,
goreng na.. kalau rebus nanti lembek..

ibundo said...

cahya indah,
pergh!!!

puan ros,
suruh tukang makan tu sesekali buat make over pulak haha

ady,
ratah sedap. makan dengan kicap lagilah terangkat. Pedas pulak tu.. berpeluh2..

quinnie said...

sedapnya kakpah...saya suka ratah2 je bergedil nih..paling suka bergedil ayam...:)

aroha mizwa said...

syok nyer dpt mkn bergedil tp nk buat malas byk keje pulak rasanya tp mmg dok plan nk buat nk mkn dgn soto hehehe

Mas said...

my peberet bergedillll...
sedapp tu cicah ngan sos..

Deliah's Deli said...

klu daging kambing bt bergedil agak2 sedap tak kak..

Ena said...

bergedil pun dah lama tak buat.. malas sungguh puan rumah ni.. adeihhhh...

ibundo said...

q,
wa.. samalah kita.

mizwa,
makan soto takde bergedil tak sahlah soto tu.

mas,
kalau makan bebanyak boleh gemuk tak ek..

del.
ko jangan cakap pasal kambing. kakpah ni tak makan kambing. mencik!!

ena,
aduhai.. apa kan daya.

Juwita Jamaludin said...

suka dengan bergedil.. nak try buat la nanti .. sedapnya makan dengan soto

ibundo said...

juwita,
soto takde bergedil kurang ummph..

Diana @ Melley Mey said...

bergedil ayam ler.... sedaaapnya tu ibundo.... kena buat gak nnt nie..mkn ngan soto sedap.. tp soto nya mmg diana x reti nak buat.. ehhehehee...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...