Friday, June 29, 2012

Ayam kuziku

Untuk berbuka petang tadi bundo buat nasi tomato berlaukkan ayam kuziku. Rasa seakan-akan ayam kuzi tetapi sebab ada tambah sana sini sikit-sikit, jadilah ayam kuziku hehe.. memandai jelah aku ni kan?

Perut masih kenyang ni.  Bukan kenyang makan nasi tapi kenyang minum air.  Kalau berbuka puasa, yang laris dulu ialah air. Beregelen-gelen masuk air. Makan seciput.  Lepas tu berlumba-lumba masuk billik air buang balik air yang dah diminum tadi.  Adei..



Rasa?  memang ummph. Betul.. Bundo makan jilat-jilat jari.  Anak makan pun jilat-jilat jari. Makan pula dengan nasi tomato kan. Lepas tu ada pula sambal cencaluk. Bila makan gigit-gigit cili api yang ada dalam sambal cencaluk tu. Walla!.. tapi bundo makan sikit je sebab perut dah penuh dengan air.



Bahan:
A:
1 ekor ayam dipotong 12
4 ulas bawang putih
1 sudu besar rempah all sipce
1 sudu teh garam
1/2 cawan kismis
1/2 cawan kacang peacan
1 cawan minyak

Cara:
1.Masukkan ayam ke dalam mangkuk.
2. Tumbuk halus bawang putih. 
3. Lumurkan ayam dengan bawang putih, garam dan rempah all spice. Perap selama 1 jam.
4. Panaskan minyak dan goreng sebentar kacang peacan. Angkat dan toskan. Ketepikan.
5. Gorang sebentar kismis.  Angkat dan toskan. Ketepikan.
6. Goreng ayam 3/4 masak sehingga kekuningan.  Toskan minyak. Ketepikan.




Bahan B.
2 biji bawang besar didadu
3 ulas bawang putih ditumbuk halus
3 biji bawang merah ditumbuk halus
1 cm halia ditumbuk halus
2 batang serai dititik
4 sudu besar rempah briyani dijadikan pes dengan menambah sedikit air
1/2 cawan air
1 tin susu cair (evaporated milk)
1/2 tin kecil tomato puree
1/2 tin besar sup tomato
1 tin kecil kacang peas (asingkan air dan kacang)
3/4 cawan bawang goreng
garam secukupnya

Cara:
1. Ambil sesenduk minyak gorengan ayam.
2. Tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang ditumbuk halus.
3. Masukkan bawang besar dan serai.  Tumis lagi sehingga berbau wangi.
4. Masukkan pula rempah briyani. Tumis lagi hingga wangi.
5.  Masukkan ayam, tomato puree, sup tomato, air, susu cair dan air kacang peas.
6.  Tambah garam secukupnya dan masak sehingga kuah pekat.
7. Sebelum padamkan api, masukkan kacang peacan, kismis, kacang peas dan separuh daripada bawang goreng.
8.  gaul rata.
9.  Semasa menghidang, taburkan separuh lagi bawang goreng di atas hidangan.



Sekian.  Selamat mencuba.


ibundo


15 comments:

Azie said...

As salam. My feveret nih. Cicah dg roti jala pun sedap

ibundo said...

Azie,
wkslm... tadi singgah rumah azie tapi tergesa2 pulang tk sempt tinggal komen.

quinnie said...

saya pun rasa nak menjilat gambar lepas tengok ayam kuzi akak ni...hehehe

dah lama teringin nak buat...tapi duk bertangguh je...huhuhu...rempah all spice lak tak dek....

ibundo said...

q,
Takde rempah all spice pun tak apa. Lumur je dengan bawang putih dan garam.

Yat Maria said...

salam K Pah

how r u K Pah? ishhh K Pah..i suka lauk2 yg menjilat jari dan pinggan nih! tgk kuah dia yg pekat2 gitu wat cicah ngan roti pong kita suka..

Amie said...

Rezeki Allah....enak banget ni Ibundo, kami pun ikut jilat2 bibir ni...

ibundo said...

yat,
bohonglah kalau kata sehat walafiat manjang. Sekali sekala terasa macam skru longgar sana sini..
Memang.. cicah ngan roti pun mabeles..

amie,
bundo pun masih jilat bibir hehe..

Norzie hany said...

Assalam bundo.
Sedapnya....terliur sudah.

Chah said...

mak ai...bundo...sib baik ari ni ai tk pose...mndera sungguh kuziku kuzimu jua tu....

Patyskitchen - Exploring Global Flavor Around The World said...

Wah melelh dibuatnya dengan naik minyaknya cukup cantik...simpan untuk Ramadan..ha..ha

FnF Simple Life said...

Ingatkan ayam kuzi...rupanya kuziku...hebatnye Ibundo...nmpk cantek warna ayamnye... leh cuba ayam kuziku nih nnt

ibundo said...

norzie,
salam.

chah,
kuziku kuzimu jua. Mehlah santap.

patsy,
menu ramadhan memang ok ni

FnF,
lebih kurang je F..

Rohah said...

lama dah teringin nak buat ayam kuzi, tapi tak tahu perencahnya..tq kak, kongsi resepi

kasihredha said...

saya suka mkn dgn roti bundo :)

Mamasya said...

Slmt berhujung minggu Bundo.ayam kuzi sedap cicah pulut...roti jala. pernah buat sebelum ini,kwn bagi rempah kuzi, nengok resepi Bundo guna rempah beriani...boleh cuba nanti..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...