Latheefa's Muslimah Collections

Thursday, June 21, 2012

Roti Goreng

Selamat berpuasa kepada mereka yang berpuasa hari ini. Cuaca panas di luar sana tu amat mencabar bagi orang yang berpuasa. Panas terik membuatkan tekak kering.  Bertuahlah mereka yang duduk di dalam bilik berhawa dingin sepanjang hari.




Dah ada plan nak buat apa untuk berbuka puasa harini?
Kalau belum ada, cubalah buat roti goreng ni. Tak susah mana pun.  Satu adunan ni dapat dalam 22 (atau 23.. dah tak ingat) biji.  Baru semalam buat, dah tak ingat.  Kalau famili kecil, buatlah setengah adunan.

Mula-mula ingatkan tak boleh  habis roti banyak tu. Kira besar juga setiap biji sebab satu biji bundo timbang 40 gm. Bundo dah berkira-kira nak bawak pergi opis pagi ni bagi staff rasa.  Tapi pagi tadi bundo tengok roti tu dah tinggal dua ketul je di atas meja.



Bahan inti:
2 biji ubi kentang dipotong dadu kecil
1/2 batang carrot dipotong dadu kecil
3  ketul dada ayam dipotong dadu kecil
8 biji cendawan butang dihiris 
1 biji bawang besar dipotong dadu kecil
2 ulas bawang putih dicincang
1  tangkai daun sup dan daun bawang dihiris
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar lada hitam ajishio
1 sudu besar  parsley kering
1 sudu kecil oregano
1 sudu besar serbuk stok ayam
garam secukupnya
2 cawan air




Panaskan sedikit minyak agak-agak dua sudu besar.  Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.  Masukkan tepung dan gaul rata supaya tidak berketul.
Masukkan ayam, kentang dan carrot.  Tambah 1 cawan air.  Gaul rata.
Masukkan bahan-bahan lain kecuali daun sup/bawang.  Tambah lagi 1 cawan air. Masukkan parsley dan oregano.  Masak hingga kuah benar-benar kering. Gaulkan daun sup dan daun bawang.



Adunan roti:
500 gm tepung High Protin
1 bungkus (11gm) ragi
75 gm gula pasir
secubit garam
250ml susu cair
50 gm majerin
1 butir telur
Minyak untuk menggoreng



Campur tepung, ragi, gula pasir dan garam ke dalam mesen pengadun. Menggunakan speed slow, gaul. Tuang perlahan-lahan susu, telur dan majerin. Uli dengan menggunakan high speed selama 5-10 menet. Tutup dengan towel basah dan biarkan mengembang dua kali ganda.
Kempiskan adunan dengan meninjunya. Timbang adunan seberat 40 gm setiap ketul.
Ambil seketul adunan dan leperkan.  Letak inti dan tutup kembali dan bentukkan lonjong.  Biarkan mengembang sekali lagi.
Sapu adunan dengan sedikit air dan tabur permukaannya dengan biji bijan.
Panaskan minyak dan goreng diatas api perlahan.  Kalau api besar, nanti di luar dah hitam tetapi di dalam belum masak.



Nampak tak roti yang dah kena cubit tu.  Yang tu kerja Faris cucu bundo. Asek merengek nak roti nak roti padahal di dalam tu banyak je lagi. Oleh sebab geram sebab bundo tak layan, dicubitnya roti tu.



Beginilah rupanya roti yang dah kena cubit.

Sekian.


ibundo


18 comments:

Sheila Shafeareen said...

Assalamualaikum, salam sejahtera..menarik sekali roti goreng tu...ni buat bekelah atau bekalan ank2 sure dia org suka...nak pulak yg berinti mcm ni....tq atas resepi.... insyaAllah nnt nak cari bhn2 boleh buat,,,, tq Ibundo :-)

Amie said...

Selamat pagi Ibundo,
yang duduk di bawah penghawa dingin pun kering juga, he he hehhh habis air di badan kena serap kedinginan!
Wallahhh.... roti tu sungguh mengancam! Comel gebu!

Bicara Kak Noor said...

Assalamualaikum jugak buat bundo tersayang hee
menarik sekali roti nampak sedap walaupun dah kena cubit ke ape tetap manarik jugak,kalau dkt nak minta yg kena cubit tu cukup lah ,saya pun nk try jugak pasti anak2 suka ni

Asyifa Mustaffa said...

Assalamualaikum Ibundo,..selamat pagi...:)

nmpak sedapnya roti inti gitu ye...sy x pandai nak buat roti tu....hehe....tp nnti nak try juga lah...


cntik gambarnya...! siap photoshoot kat luar lagi tu....hehe...

Qasey Honey said...

asslm Bundo...1st..gambo2 tu semua cantik2 la...tu yg mbuatkan roti tu nmpk btmbh sedap lg...resepi tu QH dh bkenan dh...masuk list siap2...tq yer..

Nieza said...

sedapnya tgk roti goreng ni bundo...tak sempat nak tumpang mkn yer dah abis tu..laku la tu kena terai buat la nanti.hehe

zila norazila said...

salam bundo
wahhh menu roti menarik..mewah inti..klu mkn seketul pun dh kenyang tue..:)

Gee® said...

wah! menggoda...

Chah said...

hukhuk...beberapa sajian enak bundo saya dah missed...tulah asek baca bundo kata bz...akupun ngengada tetiba bz gak 2,3 ari ni....sopan dan rupawan roti tu bundo...ari ni saya tk bz...bolehkah? bolehkah saya menumpang lepak di kebun munger tu sambil suap perlahan2 roti itu dan bawak balik bakul syantim tu dan akhir sekali nyanyikan bundo lagu gadis dan munger... * gian lama x ngomen....hakahkak...

ibundo said...

Shiela, inti tu boleh dipelbagaikan. Bubuh inti tuna pun sedap

Amie, pagi ni hujan sekejap kat sini. Dapatlah sejuk sikit..

Nor, anak bundo suka. Mungkin anak nor pun suka juga

ibundo said...

asyifa, roti ni mudah je nak buat. Ikut je step tu insyaallah jadi.

QH, kalau dah buat nanti jangan lupa bg bundo pengeras dalam dua tiga ketul hehe..

Nieza, nak bg nieza pun dah takde lagi ni hii

Zila, memang gerenti kenyang

Gee, sengaja nak goda kau gee

Chah, bundo memang bz chah. Rumah ko pun lama tak pegi melawat. Err.. Nak bekelah katnsini marilah. Tapi jangan dtg makan je. Bawak bekal sekali haha..

Norzie hany said...

Assalam bundo.
Nampak sedap sangat roti goreng ni.Terliur sudah.

~ Cik Azz ~ said...

Sey nak amek resepi roti tu yoo.. Tang inti tu ghaso ehh nak lotak sadin.. Sonang sikit kojo.. hehhe..

Mekasih kak kongsi resepi.. Sodap la tu sampai tinggal 2 kotul yoo... Sokotul utk akak, sokotul lagi utk hubby akak.. Pandai anak2 Kak Pah bagi2 an.. hehehe...

Shahriah Abdullah Novelis said...

As'kum Ibundo cayanggg.. sedap sangat ni.. cantik gambar dan cantik kejadiannya... waduhhh teringin nak mencuba.. masuk dalam list.. tq bundo.. cayang dia.. muahzz

IZA AKMA said...

Assalamualaikum Ibundo,
waahh dah gaya berpicnic nampaknya...cantik roti hasiltangan ibundo, sure sedap...gambar pun cantik :) Iza amik resepi dulu ya

rahel said...

Salam Bundo..
menarik sangat roti goreng ni..nanti nak try jugak la...

CT Delima said...

As'salam Ibundo

berkenan dimata terus melekat dihati sangat menarik, pasti akan dicuba Insya'Allah :)

rohazliza ramlee said...

assalam, bundo..terima kasih atas pkongsian resepi..sy dh cuba resepi ni semalam..roti tetap lembut wlaupun dh lama sejuk :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...