Latheefa's Muslimah Collections

Saturday, July 23, 2011

Ayam Kicap Selasih

Salam hari sabtu.  Sekejap dah sabtu.  Tak lama lagi dah masuk bulan ramadhan. Sudah sediakan menu untuk sebulan berpuasa? Setiap kali ramadhan bundo akan buat menu untuk satu bulan. Selalunya puasa hari 1 sehingga hari 15 bundo akan sediakan menu berbuka dan sahur.  Untuk hari ke16 dan seterusnya bundo ulang balik menu tadi. Senang.  Bila tiba masa nak memasak bundo tak payah terpikir-pikir nak masak apa.  Lagipun bahan-bahannya bundo dah boleh siapkan awal-awal.



Bundo ada tanam pokok selasih di belakang rumah.  Elok pula tumbuhnya. Kalau korang nak buat masakan ni kenalah cari daun selasih di pasar yang ada jual sayur-sayur kampung.




Bahan:
A
1/2 ekor ayam
3 sudu besar kicap masin (bundo guna cap kipas)
sebiji limau kasturi
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil lada hitam.

B
segenggam daun selasih
Carrot
Kacang peas atau kacang buncis
capsicum merah dan hijau
6 biji cili api
kicap masin ( bundo guna cap kipas)
sos tiram
1 sudu besar tepung jagung
1 biji bawang besar dibelah dua dan dihiris separa bulat
2 ulas bawang putih
Air


1.  Bersihkan ayam dan perap bersama bahan A sekurang-kurangnya selama 1/2 jam.
2. Untuk sayur, agak-agaklah berapa banyak nak bubuh. Carrot dipotong ikut suka. Kalau tak ada kacang peas, boleh guna kacang buncis. Cili api tidak payah dipotong, biarkan begitu saja.
3. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih hingga wangi. Masukkkan ayam.  Bila ayam bertukar warna dan kering airnya, masukkan air perapan ayam tadi bersama dengan sos tiram. Tambah air mengikut selera banyak mana.  Kalau suka berkuah, banyakkan airnya.
4.  Bila mendidih, masukkan sayur-sayur dan daun selasih. Tambah tepung jagung yang telah dibancuh dengan air. Kalau kurang pekat, tambah lagi tepung jagung. Kalau kurang rasa kicap, tambah lagi kicap. Sebelum padamkan api, masukkan cili api.




Sekian dari bundo.

ibundo

10 comments:

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum ibundo...
tengok ayam tu sungguh sedap ler akak... tergoda betul tgk.. ermm.. kalau x der daun selasih x jadi ler resipi nie kan akak... :). ari tu diana ada cari daun selasih kat pasar tp x jumpa2.. huhuu.. tu ler ada juga kebaikannya menanam pkoknya sendiri kan akak...

wah seronoknya dah sediakan menu untuk sebulan berpuasa tu yer akak.. yer ler kan.. lebih senang nanti..masa tu nnt diana mesti bosan sbb x dapat memasak.. :D

kaklong said...

kak,kicap tu kicap apo?kicap masin?kicap manih?kicap pokat?kicap cair?


tanyo yo jgn mrh lak....

anymz said...

kak,pes laksa johor dari hj sernan dah lamo tersimpan dlm esbok.tak buek2 lagi sbb raso tak longkap tak ado daun selasih tu..ni akak bg pulak ayam kicap ni guno daun tu jugak..
pos kek sini 1 bundle daun selasih kak..:D

Gee® said...

sedapnya ayam bundo nih...terbaek!!nk kena beli daun selasih la pulak...

ibundo said...

diana,
bundo ramai anak dan semua minta masakan hasil air tangan mak dorang ni masa bulan puasa. Kalau dapat rehat2 satu bulan tak payah masuk dapur macam diana best kan..

ibundo said...

kaklong,
tu kakpah dah bagitahu kicap apo tu. Lupo nak cakap maso buek n3. Kpah pakai kicap cap kipeh warno hijau. Kicap lain okay gak asal yang masin.

ibundo said...

Anim,
kek kampung tu takkan takdo pokok selasih. Poi carik dan tanam kek bolakang ghumah tu. Sonang yo nanam e. Patahan dahan e dan cucuk. idup lah de...

ibundo said...

Gee,
senang ke nak dapat kat pasar... pasar tani ada kot.

Deliah's Deli said...

msk kicap mmg fav..tp yg ada selasih ni nmpak ada kelainan...unik! :)

CT Delima said...

As'salam Ibundo

nampak sedap ni, daun selasih pun ada tu dalam petiais. bolehlah mencuba, wangi daun selasih mesti menambat selera ni kan Bundo :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...