Setelah beberapa hari di CH, bundo sampai semula di rumah maghrib tadi. Sampai di rumah makanan telah sedia terhidang di meja. Nampaknya bibik masak ayam dan sambal udang petai. Tapi bundo tak makan sebab masa singgah di RnR tapah tadi bundo dah makan mi kari. Kenyangnya masih terasa.
Kali ni bundo nak letak masak ayam yang bundo dah buat minggu lepas. Masa di CH bundo ingat nak masukkan ke dalam N3 baru tapi oleh sebab line internet terlalu lembab, bundo batalkan saja niat.
Resepi ini pun resepi yang bundo telah belajar masa mula-mula kawin dulu. Sebelum kawin memang bundo tak pandai masak. Bila dah kawin bundo mula belajar, itupun setelah banyak kali ditertawakan oleh hasben bundo. Macamanalah tak kena ketawakan. Hasben suruh masak daging goreng, bundo hiris-hiris daging tu, letak garam dengan kunyit dan goreng macam goreng ikan. Sampaikan keras kejung . Kalau makan memang boleh tanggal gigi. Banyak lagi kesilapan bundo dalam hal masak memasak ni. Tapi kita ni belajar dari kesilapan, kan?
Lepas tu bundo rajin cari resepi di library. Bundo tinggal di penn state masa tu. Dulu-dulu mana ada kemudahan internet macam ni. Dan bundo terjumpa satu buku masakan indonesia yang banyak resepi sedap-sedap. Salah satunya resepi yang ini. Nama masakan ni bundo dah lupa tapi bundo namakan dia salero basamo.
Bahan:
1 ekor ayam
1 biji kelapa diambil santannya
beberapa helai daun limau purut dibuang tulangnya
sedikit lengkuas diketuk
2 biji limau kasturi diambil asamnya
Bahan kisar:
6 biji cili merah
10 biji cili api (boleh tambah kalau mahu pedas)
2 biji bawang besar sederhana besar
2 ulas bawang putih
2 batang serai di hiris nipis
1 sudu kecil jintan manis
1/2 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil ketumbar
kunyit hidup secukupnya
1 inci halia
2 biji tomato yang masak, dibuang kulitnya (kalau tomato kecil, bubuh 3 biji)
2 biji buah keras (optional)
Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar dan masukkan juga lengkuas yang diketuk. Masak sehingga berbau wangi. Masukkan ayam, bubuh garam dan biar air ayam kering dan menyerap rasa bumbu. Masukkan santan. Biarkan mendidih dan masukkan daun limau purut. Masukkan asam limau. Masak sehingga kuah agak pekat.
Sekian. Kalau nak cuba, bolehlah cuba.
ibundo
10 comments:
salam kakpah..saya suka makan gulai masak cam gini..lebih kurang macam masak opor....sedapnya...akak kisarkan sekali dgn tomato ye...tak pernah lagi buat cam gini...lain kali memang nak cuba...:)
lupa pulak..selamat menyambut ramadhan almubarak buat kakpah sekeluarga..moga kita semua mendapat keberkatan dibulan yg mulia ini...:)
salam bundo.. sedapnyer ayam ni..tgk pun dah tau sedap..mmg berselera kalau dapat makan waktu berbuka :)...
selamat berpuasa untuk bundo sekeluarga yer..moga same2 kite dpt menyucikan hati & diri dibulan mulia ini.. insyaallah.. :)
sedapnya ayam ni...boleh buat berbuka esok nih...
salam ramadhan bundo
Salam, bundo....
Nampak sedapp ayam tu... cam sesuai juga untuk menu berbuka... leh la nurul try juga nanti...
Salam Ramadhan buat bundo sekeluarga... :)
bundo kat rumah cik ina ada restoran selero bersamo plak, ada kena mengena ngan ayam tu agaknya. buat bukak puasa sedap ni.
Assalamualaikum Kak Pah,
salam ramadhan dan selamat berbuka ya...sebentar lagi dah tiba waktu berbuka disana....nur kat sini berbuka pada jam 7.18 mlm nanti....ayam tu boleh masuk list dulu...terima kasih kak pah berkongsi resepi.
salam ramadan bt kak pah n keluarga..
ayam ni tgk gambar pun dah selero..sy klu ada santan mmg leh mkn bnyk..sedap!:)
Selamat poso ibundo,dah abih mantai ko? sodap nampak yam tuh, leh try nih.
sedapnyer...terbau2 smpi sini...hehe...nti nk try la...time kasih...
klu sudi jemputlah follow blog saya yang tak seberapa ni:
www.hatimamaz.blogspot.com
Post a Comment