Latheefa's Muslimah Collections

Tuesday, July 26, 2011

Telur Yogurt Kismis

Petang tadi punya cerita.  Bibik tengah kupas kulit telur rebus.
Bundo tanya, nak masak apa ni.
Bibik jawab, nak bikin sambal buk.
Bundo cakap, hah.. tak payah. Ibuk ada resepi best nak buat.

Bundo teringatkan resepi telur berkuah kismis yang anim buat dan anim pula katanya ambil dari dapur dayang jack. Tapi masalahnya, resepi tu ada dalam dapur anim lupa nak ambek.  Nak buka laptop malaslah pula. Sudahnya bundo buatlah masak telur berkuah kismis hantam sajalah labuuuuu...
Minta maap pada dayang sebab bundo ni dah terlebih menderhaka.


Telur bundo ni dah lebih macam sambal.
Anak bundo tanya, Telur ni masak apa ni mak.  Ada rasa macam masakan mamak.
Bundo ketawa je dan tanya, apa rasanya.
Anak bundo cakap, sedappppp...

Sebenarnya bahannya tu ingat-ingat lupa.  Bundo ingat ada bubuh rempah briyani. Bundo cari-cari tak jumpa pula.  Mungkin dah habis bundo tak perasan. Bundo ingat juga kalau tak ada briyani, rempah kurma pun boleh.  Bundo ambil rempah kurma 3 sudu besar. Ambil juga bawang yang dah siap diblender dalam peti ais 3 sudu besar gak.  Gaul dengan rempah kurma.  Campurkan 1 sudu kecil halia yang dah siap diblender. Bundo tumis campuran tu tapi terlupa nak bubuh bawang putih.

Bila dah wangi, bundo masukkan cili giling 5 sudu besar. Masak sampai garing. Kemudian masukkan pula 1 sudu besar sos tiram, 2 sudu besar kicap masin dan 2 sudu besar yogurt perisa asli.  Bubuh setangkai daun ketumbar yang dihiris dan segenggam kismis. Bubuh garam sikit. Bila dah masak, bundo masukkan telur.

Maka jadilah telur yogurt kismis ala-ala mamak haha..


Sekian. Dayang jangan marahkan bundo ya.

ibundo.

9 comments:

Acik Erna said...

kak pah memang terer..apa2 pun air tangan kak pah..seedddaaappp..
kalau saya masak ni kak pah..mau tak jadi lauk ni..jadi ratah je..

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum akak...
hentam jer ler pun nampak sedaaap tu akak... menyelerakan sungguh telur tu... sedaaapnya..

Nuridah said...

Assalamualaikum Kak Pah,

ish jadi seronok pulak bila masuk rumah akak nie...nur suker sambal telur tu...buat lapar perut aje mlm2 nie...hehe...apa yg akak msk nampak sedap gitu walaupun simple...

Kak Sam said...

Bagus..bagus..bagus... lain kali cuba le lagi resepi lain plak pastu kongsi kat sini yea bundo

quinnie said...

kakpah..saya ada satu yogurt yg tak dipakai lagi ni...hehehe...ingat nak sambung buat apam yogurt...tapi nampaknya ada yg jadik masak telor ni nanti..heheheh

Mama Hawa/Mama Nani said...

Salam kak Pah..
walaupun ingat2 lupa resipi..masih menggancam kemerahan sambal telur tuh kak Pah...
Ni hawa pun dh cuba resipi nasi kari ayam ....mmg marvelous kak thnks yer for the recipe :)

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

akak nak recipe....

CT Delima said...

As'salam Ibundo

kalau dah anak kata sedap, memang sedap lah tu Bundo. CT pun tengah cari resipi pasal telur. ingat arini nak masak telurlah sebab semalam dah masak ayam.nape bunda tak letak jer resipi Bundo tu...hihihi

anymz said...

akak memang cikgu bosar yang maleh bukak lappy..hehe..

hantam sajalah kdg2 lai sodap kak..
eh!ese tak lotak yogurt..osah maleh ee akak nih..hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...