Monday, July 11, 2011

Chicken Vege Pouches

Hujung minggu bundo banyak bersilat  di dapur. Tengok dalam freezer ada sebungkus pastry kawan.  Bahan-bahan lain untuk dibuat inti pun ada. Hasil silat sudu garpu, terjadilah bunjut ni yang bernama glemer Chicken Vege Pouches.


Sekarang ni kalau malas nak menguli pastry, beli saja yang dah siap.  Pastry kawan ni bundo dah cuba banyak kali.  Memang boleh introduce pada orang lain. Bundo ni memang malas nak buat puff pastry. Keluar masuk keluar masuk peti ais tu yang bundo tak tahan.


Puff ini lebih kurang sama saja dengan yang pernah korang buat.  Mungkin bezanya, yang bundo buat ni ada berkelopak macam bunga.  Tu yang buat cantik sikit tu.

Untuk  adik-adik dan anak-anak yang masih tercari-cari cara nak buat puff sedap, ni bundo bagi resepi.

Bahan:
1 bungkus puff pastry Kawan. ( 1 bungkus ada 10 keping)

Inti:
Inti ni kalau nak buat inti karipap pun takde hal.  Boleh je. Yang ini ikut kesukaan masing-masinglah.  Tapi kalau nak ikut resepi bundo pun no hal jugak.

2 ketul dada ayam dipotong dadu
1 biji ubi kentang dipotong dadu
1/2 batang carrot dipotong dadu
1 labu bawang besar dipotong dadu
1 ulas bawang putih dicincang halus
1/4 capsicum hijau dipotong dadu
1/4 capsicum merah dipotong dadu
1/2 batang celery dipotong dadu
1/2 biji tomato dipotong dadu
sedikit lada hitam
1 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar butter
sedikit air

Tumis bawang putih dengan menggunakan butter. Bila naik bau masukkan tepung gandum. Kacau. Apabila berbuih, masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi satu adunan yang pekat dan tidak berketul. Apabila masuk air, adunan mestilah dikacau cepat cepat. Kemudian masukkan ayam.  Bila sebati, masukkan bahan lain kecuali tomato.  Rasakan garam. Sebelum matikan api, masukkan tomato.  Ketepikan sehingga suam.

Keluarkan pastry kawan dari peti ais sebaik mahu menggunakannya. Ambil sekeping yang agak-agak sudah boleh digunakan dan gelek sedikit dengan penggelek. Letak inti di tengah-tengah. Ambil keempat-empat hujung pastry dan kumpulkan di tengah.  Ikat dengan tali dan betul-betulkan kelopaknya.



Sebelum dimasukkan ke dalam oven, sapu permukaan pastry dengan telur yang dikocok dengan sedikit air.  Bundo bakar dalam oven 150 deg selama 25 minit.  Oven bundo tak boleh lebih daripada 150.  Kalau lebih, mesti rentung. 

Bila sudah masak, biarkan sejuk sedikit dan gunting tali pengikat.



Bundo masak sepuluh bijik saja sebab banyak tu jelah yang ada pun. Kesian ada orang yang tak dapat.
"Mak!!! mana pergi puff kat meja ni. Kita belum rasa lagi tau!!"

Hmm.. siapa suruh relek relek je kan?

ibundo

11 comments:

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

kretifnyer kak pah...mesti sedap secatik bentuknyer ek...ada lagik???

K.Nor said...

cantik! :)

anymz said...

ni yang maleh masuk dapur kakPah..lom sudah yang lamo dah muncul yang baru..Jap..jap kakpah jap..nanti se sudah kan piza tolur tu dulu yo..huhu

'kawan' se ni dah lamo ado lam poti ais tu kakpah,takdo idea nak buek apo..mmm..boleh angkut lah idea kakpah ni bawak balik yo..

ibundo said...

lady ayu,
rasa sama.. bentuk je lain..

Nor,
tq

Anim,
bilo idea datang dan kerajinan ado.. tak buleh tangguh-tangguh. Tangguh yo kang, tak jadi de..

Sheery Dream Cakes said...

cantiknya... kreatif ler akak nie... suka diana tengok... comel n nampak sgt sedap...

ibundo said...

diana,
memang comel.. cubalah. Untuk birthday party anak2 bagus ni.

CT Delima said...

As'salam Ibundo

rasa terpegun jap... sangat kreatif sukalah pandai ibundo mengayakannya. senang2 kalau ada 'kerajinan' bolehlah cuba buat versi macam ibundo ni :D mesti en abg puji kata cantikkkk... hihihi

Cik Azz said...

Hehehe...

Golak sey donga jawapan akak tu..

Siapa suruh rileks2 je, kann...

Jawapan tu mmg sesuai utk org yg tau makan je... kihh3..

ibundo said...

ct,
cik abang tak sempat nak puji sebab tak sempat nakk tengok pun dah habis haha..

azz,
kihkihkih.. betul betul..

Niena Muhammad said...

comel sgt.. xsanggup nk makan ^^

Anonymous said...

salam...bole tanya..kt mana ye nk dptkn puff pastry kawan ni di bdr baru bangi ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...