Sabtu lepas bila bundo balik kampung, banyak benda yang menggamit kenangan lama. Bayangan emak bundo memenuhi ruang rumah. Ingin dipeluk tapi tangan tak tergapai. Akhirnya lemas dalam rindu yang tidak bertepi.
Reban ayam hanya tinggal tapaknya saja. Sudah reput setelah bertahun-tahun tidak berpenghuni. Seolah kedengaran riuh rendah ayam apabila mak datang membuka pintu untuk menabur hampas kelapa atau nasi sejuk atau dedak yang abah beli di kedai aki.
Resepi ini resepi emak. Emak buat dengan menggunakan ikan tenggiri tetapi kali ini bundo ubah masak ayam.
1 ekor ayam
Santan dari 1 biji kelapa
4 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 cm halia*
3 biji buah keras*
5 tangkai cili kering*
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
6 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
3 biji ubi kentang dibelah empat
1 sudu besar kicap pekat
6sudu besar kicap masin
1 keping asam gelugur
Cili hijau dan merah (optional)
Blender bahan yang bertanda*.
Panaskan minyak dan tumis bahan yang diblender dan rempah empat sekawan sehingga wangi.
Masukkan ayam dan kicap. Tunggu sehingga air ayam kering baru masukkan santan.
Apabila kuah mendidih dan ayam separuh masak, masukkan kentang.
Sekiranya kuah nampak macam tak cukup kicap, bubuh sedikit lagi kicap. Agak-agaklah rasanya. Kalau dah cukup masin, tak perlu bubuh garam. Kalau kurang masin, bubuh sedikit garam.
Masukkan asam keping bila kentang empuk.
Biarkan kuah agak pekat.
Sekian.
ibundo
15 comments:
mengancam! keroncong perut...
sedapnya tengok..
anak2 mas suka lauk2 gini..
lapar plak tgk ayam kicap bersantan :P
Hawa dh cuba sambal telur kacang panggang ibundo.. sedap :P Tq sudi berkongsi :)
waa.. tak tau pun ayam kicap boleh bersantan.. kena cuba ni.. tq bundo
Salam ibundo,
Kenagan lalu memang menggamit rasa dan selera. Saya, walaupun masih ada mama, kadang2 rindu nak makan lempeng atau nasi goreng yg dia selalu buat. lain dari oranglain.. :))
nasib dah sarapan kalau tak rasa lapar tadi.. hihihii boleh la dijadikan hiangan lunch ni..:)
sekali tengok macam kari la Bundo
lamo tak tinggal jojak kek dapur akak ni.selalu tu jonguk kek tingkap yo.bukan dapek apo bondo pun..kihkih
hari ni kang bak sini ayam ni semangkuk bosar yo.kocik2 tak cukup..:))))
Aslmkum Bundo
Satu kelainan masak kicap letak santan....menarik resepinya.
tengok apam di bawah tu...ceria warnanya..kembang molek.
Aslmkum Bundo
Satu kelainan masak kicap letak santan....menarik resepinya.
tengok apam di bawah tu...ceria warnanya..kembang molek.
Salam ibundo..first time nak comment nih..selama ni jadik silent reader jer..hehe
Resepi ni kegemaran kami sekeluarga..mmg simple and sedap banget..sebijik cam saye belajar dari MIL sy..bezanya die tak guna buah keras jer..tapi rase lebih kurang jer kot kan..
Btw thanx for sharing!dan salam perkenalan..:)
Regards,
Mamazihan
assalam kak pah..saya pun suko masak kicap besantan..akalu yang yang biaso tak bersantan..saya tak suko..biaso buek masak hati lombu..
hope you had a good weekend kak pah. :) ayam kampung ke ni kak pah?
salam.. salam.. salam.. semua. thanks for dropping by. So many things to do in so limited times. ceria selalu..
salam bundo...
wah macam best ni...ble cube, anak2 suke mkn kalo camni...
Post a Comment