Sunday, July 10, 2011

Beautiful Blogger Award


Bundo dapat award ini daripada Noor Story of Mama. Bak kata Anymz, duduk salah berdiri salah selagi assignment ni tak berbuat. Nak nak pulak dapat jolokan sebagai bloger jelita hehe..
Apa nak cerita ye.  Bundo ni tak pandai nak cerita (hiiii..) tapi bundo cubalah ya untuk memperkenalkan diri sebagai bloger yang baru saja tercebur dalam dunia masakan ini.

1.  Bundo lebih dikenali sebagai kakpah dari blog secawan kopi panas. Menjaja kopi panas memang dah lama tapi menjemput orang masuk ke dapur barulah beberapa minggu ni melakukannya secara agresif. Dapur ni dah lama dah berasap sebenarnya tapi orang tak nampak sebab pakai pendinding. (Paling kelakar rasanya bila Del datang menyapa sambil mengucapkan salam kenal padahal dah lama pun kenal dan minum-minum kopi panas)

2.  Bundo ni umur dah lebih setengah abad.  Anak lapan orang dan cucu dah ada dua orang. Yang lelaki berumur 2 tahun dan yang perempuan baru 6 bulan.  Dua-dua cucu tu dari emak yang berlainan. Tapi kadang-kadang bila usik mengusik tu macam tak sedar pulak yang bundo ni dah masuk usia warga emas.  Rasa macam mudaaaaa je.  Tambah-tambah pulak dapat award bloger jelita ni haha.. Cakap pasal warga emas ni teringat pula perihal minggu lepas.  Bundo ke bank islam di bandar baru bangi ni. Di cawangan ni kalau warga emas dapat nombor giliran yang spesial.  Syaratnya masukkan kad pengenalan kat slot mesen yang mengeluarkan nombor tu. Jadi, bundo keluarkan ic dan masukkan ke dalam lubang yang disediakan.  Datang pekerja bank ni "Eh.. eh.. kak.  Yang tu untuk warga emas je kak".  Err.. korang paham ke tak paham ni kahkah..

3.  Bundo ni ramai anak.  Anak sendiri macam yang bundo cakap ada 8 orang.  Anak orang pula ada beratus. Sebab bundo ni selain daripada berbloging bundo ada kerja lain. Bloging ni kerja sambilan.  Mengusahakan tadika dan taska adalah kerja tetap. Masa mula-mula buka tadika dan taska dulu anak-anak kecil-kecil lagi. Ramai dan kecil-kecil bersusun paku. Pernah datang satu keluarga ke rumah sebab nak daftarkan anak. Dia tak menyempat-nyempat nak tunggu ke opis tadika sebab tu datang rumah.  Bila dia tengok anak-anak bundo yang ramai-ramai tu, dia tanya..." puan bukak taska kat rumah juga ke".  Adei..

4.  Tiap-tiap minggu bundo akan ke tesco beli barang-barang kegunaan tadika dan taska. Kalau ke pasar borong tu tugas menantu. Kadang-kadang je bundo ke pasar borong sekiranya menantu ada tugas lain. Kalau ke tesco tu bundo akan pergi dengan bibik ataupun hasben.  Barang banyak, mesti pakai dua troli. Yang tak tahan tu orang aseklah tanya... banyaknya baraaaaangg..  Berniaga ke. Tiap-tiap kali pergi mesti ada saja yang bertanya sampaikan dah naik malas nak menjawab. Cashier pun sibuk nak bertanya.  Tapi sekarang ni tesco kajang dah tukar jadi tesco xtra. Boleh beli barang in bulk.  Jadi tak payahlah nak jawab lagi kenapa beli banyak sebab bila pakai bisnes card mestilah ada bisnes kan...

5.  Bundo ni banyak kegemaran.  Kegemaran bundo pula bermusim.  Kalau time gemar berkebun bundo akan berkebunnnnn je  pagi petang. Berkebun yang bundo maksudkan ni bukan saja cucuk tanam sayuran tapi juga pokok-pokok bunga. Kejap-kejap nanti bundo akan ke nerseri cari pokok bunga.  Kejap-kejap nanti bundo akan ke nerseri cari pasu. Bundo akan terbongkok-bongkok buang rumput.  Bundo akan terbongkok-bongkok repotting pokok. Sampailah ke satu tahap bila boring bundo akan tinggalkan dan kerja diambil alih oleh bibik pula. Kegemaran bundo beralih kepada yang lain pula. Crafting contohnya.  Kalau tak pun photo shooting. Kalau tak pun cooking.  Bila dah gila cooking macam-macam kursus bundo masuk.

Kegilaan sekarang adalah cooking dan photo-shooting. Kedua-dua hobi ni makan duit..haha..

6.  Bundo ni penakut. Penakut pada yang bukan-bukan. Kalau masuk bilik air bundo takut tengok cermin. Sebab tu bilik air bundo, bundo tak bagi hasben letak cermin. Bila pandang cermin macam ada orang lain yang menyeringai. Bundo juga phobia kat tempat yang tertutup. Bilik air bundo tu bundo tutup dan kunci bila time buang air dan mandi saja. Lepas tu cepat-cepat buka kunci dan biarkan pintu terbuka sikit. Selain tu, bundo phobia naik kapal terbang. Dulu masa muda-muda tak ada pula perangai ni.  Dah tua-tua ni je baru jadi. So kalau naik kapalterbang bundo akan jumpa doktor dulu minta ubat penenang. Pelik betul kan?

7.  Bundo dulu bersekolah di sekolah asrama penuh di jalan larkin.  Ada seorang kawan baik bundo namanya Yot berasal dari rembau. Masa bundo terjebak dalam dunia bloging ni, bundo bekenalan dengan seorang bloger otai masak-masak ni.  Nama dia Anymz tapi bundo panggil dia anim je. Dah lama kenal baru bundo tahu bahawa kawan bundo yang bernama Yot itu adalah makcik kepada Anim ni. Anim ada seorang lagi makcik bernama Fauziah yang tinggal di bangi ni. Si Fauziah ni pun kawan bundo. Hai.. kecik sungguh dunia ni.


Dah habis dah cerita pasal bundo.  Kan tadi bundo dah cakap bundo tak pandai bercerita.  Tapi bila dah termula tak reti pula nak berenti.

Siapalah bundo nak tag ni ye.  Bundo ni kan orang baru.  Kawan masak pun belum ramai.  Yang bundo kenal semua dah kena tag. Kalau bundo skip yang ni aci tak.  Aci tak Nor.... Kira aci je lah ye.


ibundo

11 comments:

noorsafone said...

terimakasih kakpah yo...sudi gak amik award tu..Noor pun serba salah..sebona eh maleh nk buek kojo sokolah tu...tp kakjee dh bg amik yo lah...

quinnie said...

seronok juga bila ada tag ni...boleh tau serba sedikit latar belakang masing2....mesti kakpah ni muka nampak muda..:)

K.Nor said...

dah ada cucu ya... tahniah :)

Deliah's Deli said...
This comment has been removed by the author.
Deliah's Deli said...
This comment has been removed by the author.
ibundo said...

Noor,
tak po.. Elok yo tu. Kok tang kang melangok yo takdo kojo.

quinnie
Tu lah pasal. Dpat juga kenal-kenal. Err.. tak de mananya. Dah tua dah.

Nor,
Dah.. alhamdulillah.

Del,
Terdedak kau ya.
Dan.. ayat2 ekau tu memang buek den tegolak sebab den pun tak paham haha..

Acik Erna said...

kak pah..tang ponakut tu..samo bona2 tu kak pah..

ibundo said...

erna,
hahaha...

anymz said...

waaaaaah!!..terror makcik kito ni buek tag..haha..
Kak oi jangan lah kato wargo omeh tu kak..sensitip na bunyi ee..

Kok takot naik kapal terobang akak naik yo lah ketapi..dapek yo tiket wargo omeh..muhahaha

Unknown said...

salam kenal kak....nice blog..saya follow yer..:)

Ayuni Ismail said...

Assalam bundo....Nice blog..N thanx sbb blog bundo ni banyak membantu saya belaja masak...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...