Latheefa's Muslimah Collections

Monday, November 14, 2011

Telur Dadar Aneka Rasa

Lawak mega minggu lepas ada cerita pasal telur. Bundo kenapa ntah tak suka sangat kalau telur dibuat bahan lawak sebab otak ni selalu kaitkan telur yang dibuat bahan lawak itu dengan kaler biru.  Tak suka.

Tapi telur dadar ni bundo suka buat dan yang penting orang suka makan. Apa tah lagi kalau isinya dipelbagaikan. Taruk macam-macam supaya rasa tak adalah plain sangat.



5 biji telur
8 ekor udang sederhana besar dibuang kulit dan dipotong kecil
4 batang jejari ketam dipotong kecil
1/2 biji tomato dibuang biji, dihiris dan dipotong dadu
sedikit capsicum merah didadu kecil
sedikit capsicum hijau didadu kecil
sedikit daun bawang dan daun sadri dihiris kecil
2 sudu besar fresh milk
segenggam cheese mozarella parut
garam secukupnya




Masukkan kesemuanya ke dalam mangkuk dan kacau sebati .
Panaskan kuali leper saiz kecil. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan goreng menggunakan minyak yang sedikit agak-agak setengah sudu besar.




Sediakan untuk dimakan. Dengan nasi boleh, makan dengan sos pun boleh.

ibundo

20 comments:

Chah said...

Uih ..nama je mkn nasik lauk telur...tp ni mmg mewah tak hengat!

kaklong said...

ni kek kodai tak do jual ni...

nak poie ngicak kek bangi jap lah...!

Liza said...

salam kak pah...kalau letak ubi kentang pun sedap ni...dh jadi ala2 piza pulak kan....hihihi

Nieza said...

sedapnya tgk telur dadar ni kak...memang best mkn ngan nasi ni:)

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Salam bundo.Kita tok nak makan dgn nasi le..nak makan macam tu je..boleh ke???

mokwo® said...

ratah saja pun elok gak nih...ala2 diet ..
sekarang kan perkataan 'egg-less' pun sudah di banyak ertikan...hemmm!

noorsafone said...

Salam Bundo...telur dadar ni mkn dgn nasi paneh pun sodap..

~ Cik Azz Abu Bakar ~ said...

Pergghhh...!!!

Ni la namo ehh flat tolo dadar... Bosusun tolo ehh... hahaha...

ibundo said...

chah,
mewah macam ni takleh buat selalu. Mewah badan jadik nye.

kaklong,
meh..meh..

liza,
haah.. letak je apa yang kita nak.

ibundo said...

nieza,
makan saja-saja macam tu pun sedap

ros,
boleh..

mokwo,
tu lah pasal..

noor,
botul tu

azz,
kondo la azz...

quinnie said...

akak..patut la nampak tebal telornya...akak buat susun berlapis2 ye...cantik jadiknya..:)

Naz / Nadz COSK said...

Assallamualaikum Kak Pah..
Kak, mcm pizza lak Naz tgk telur dadar ni. Konyang ni kalau makan tolor ni.. Macam2 isinyooo.. Anak2 Naz panggil telur dadar telur pizza sbb lepas masak selalunya Naz potong cam potong pizza..hehehe

Cantik puding akak kat bawah tu..

Gee® said...

sedapnyaaa....nakkkkk!!!

CT Delima said...

As'salam Ibundo


telur dadar ni memang menu yang sangat ringkas dan penyelamat segala hidangan dalam masakan. ct pun kalau dah tak tahu nak masak apa, telur jerlah yang ct buat untuk hidangan.

selalunya kalau buat telur dadar ni Hb ct lebih gemar potongkan cili padi ngan bawang jer bundo, yang lain2 tak berapa suka nanti anak2 kuis2 letak tepi :)


berkenan lah denagn agar2 puding bundo tu sangatttt cantik colourfull :D

Jun said...

amboi kak pah..berlapis2 telur tu..x d lebih k? hehehe....

ibundo said...

Q,
saja nak bagi nampak tinggi. Tu yang lapis2 tu.

NAz,
telur pun boleh jadi pizza kan?

Gee,
burp..... dah habis

Ct,
telur ni memang masakan kegemaran anak. Buatlah stail apa pun, pasti habis. Tapi tak boleh gak amalkan makan banyak2 ek..

Jun,
tak dak hehe..

anymz said...

meriah boto tolur dadar akak..kalau se ni se makan dgn roti..nak pinjam sekoping..boleh??

Mamasya said...

Aslmkum Bundo
suka telur dadar letak mcm2 gini tp anak2 pula suka telur dadar kosong...letak bawangpun diorg tak nak.
cantik puding Bundo kat bawah tu...warna2 ceria.

ibundo said...

anim,
jangankan sekoping, serobuk e pun dah tak ado.

mamasya,
kita ni yang masak2 ni selalu jer mikir mikir apa benda nak tambah sana sini kan?

Diana @ Melley Mey said...

cantiknya telur dadar yg akak buat tu.. gambar2 semuanya menarik...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...