I want to make some cookies, jawab aku.
Aish nak enyok, sambil kakinya terjengket-jengket di tepi kaunter dapur untuk melihat dulang yang telah aku isi dengan adunan untuk dibakar.
You grow taller fast, dan aku dukung dia untuk melihat apa yang aku telah buat. Suka sangat dia bila kena dukung. Padahal lengan aku ni macam dah tak terlarat untuk menampung badannya yang montel.
Aish nak!!..
I havent baked it yet. You have to wait.
Dan dia menunggu sehinggalah aku siap membakar beberapa trays.
Memang dia suka makan choc chips. Yang rajin membuat choc chips ni maklangnya. Aku, jarang sekali. tetapi bila melihat chocolate chips famous amos di beberapa dapur yang aku skodeng, maka keinginan nak mencubanya meluap-luap.
Aku ambil resepi ini dari dapur diana yang mengambilnya dari dapur ct delima yang diambil pula daripada Nadz cute oven. Nadz pula mengambilnya daripada mr. Namie. Ohhh.. panjangnya asal usul. Terima kasihlah kerana asal usul yang panjang inilah yang menyebabkan dapur dan seluruh rumah harum semerbak bau cookies.
Resepi di c&p dari dapur diana.
Bahan² Diayak
280 gm ( 2 1/4 cawan ) tepung gandum
10 gm ( 3 tsp ) serbuk koko
2 tbsp tepung jagung
1/2 tsp soda bikarbonate
2 tbsp susu tepung
Secubit garam
Bahan² Lain
250 gm mentega
150 gm gula kastor
1/2 tsp asen vanilla
1 biji kuning telur
100 gm ( 1/2 cawan ) coklat chip _ boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa
100 gm sebarang kekacang ( walnut, badam, gajus dan lain² yang dicincang ) _ Diana bubuh gajus cincang . Bundo bubuh badam cincang.
Kismis _ Optional ( boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa ) _ Diana tak bubuh. Bundo pun tak bubuh.
Cara²
- Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang.
- Masukkan kuning telur dan pukul rata.
- Masukkan bahan² ayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan.
- Masukkan coklat chip dan cincangan kacang atau kismis. Kacau rata.
- Sudukan adunan ke atas dulang pembakar yang dialas dengan kertas minyak.
- Boleh juga diuli menjadi bebola² kecil dengan menggunakan tangan. Susun di atas dulang pembakar.
- PERHATIAN! JANGAN LETAKKAN BEBOLA RAPAT² ANTARA SATU SAMA LAIN KERANA BEBOLA INI AKAN MENGEMBANG DAN MELEPER SEWAKTU PROSES PEMBAKARAN.
- Bakar pada suhu 160°C selama 15 - 25 minit bergantung kepada saiz bebola² adunan anda menggunakan api atas dan bawah.
- Sejukkan dahulu biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.
Dah masyak ke nenda. Aish nak... Tangannya cepat saja mencapai chips yang masih belum berapa sejuk.
Hot.. Tunggu syijuk dulu ye nenda?. Dia menarik balik tangan comelnya bila tersentuh dengan cookies yang masih terasa panas.
Dulu masa anak-anak aku masih kecil, cepat je tangan aku nak membabab tangan kecik yang mencapai sana mencapai sini. Tapi bila anak kecil itu bernama cucu, hati menjadi lembik bagai agar-agar.
ibundo
28 comments:
melampau nih... camner aku nk kuruih ni bundo...
hehe sonot melayan kerenah cucu tambahan yang mula pandai bercakap.Nampak gebu kak pah biskut tu..kalah lah femes amos cam ni dah lah mahal..baikm buat sendiri kan..
hehehe... comel jer cucu ibundo tu .. seronok diana baca perbualan ibundo dengan dia.. seperti dapat diana bayangkan suasananya masa tu.. memang tersgt comelnya dia kan ibundo...:)
cookies nie memang sedap kan ibundo.. masa bakarnya tu mmg harum jer 1 dapur.. cookies yg ibundo buat tu nampak cantik dan membuatkan diana terasa pula keenakannya kat tekak nie lagi
Bundo..dah tak payah gi ke famos amos la ya.Nanti nak raya kita tempah sebalang....
As'salam Ibundo
macam2 gelagat cucu ni kan, itulah penyeri rumah namanya dengan keletah Aish dan gurau senda penyeri suasana :)
amboi Bundo, ct nak yang dalam balang tu, dah terbau2 dah cookies ni sampai kerumah..hehehe
Nenda, aeshah wants some! But i cant wait any longer, can i get one full balang for me? Plis nenda! ;)
Salam..bagusla sempat masuk balang..kalau akak...tak sempat masuk balang...cookies..macam ni kena buat masa anak-anak tak ada...kalau tak...lesap gitu aje.
Ha'ah kan.. Dulu tangan sey ni salu yo kono jontik kok amek lauk tak guno sudu.. hehehe...
Sey skang ni tak ghajin nak buek cookies.. Bilo la nak ghajin balik ni ontah laa...
aduhhh...bila kak pah tulis n3 ni ngan cucu kak pah...teringat lak time main masak2 ngan anak sedara... :(
esok insyaAllah nak beli barang, memang nak buat jugak cookies ni...
Seronok buat kudapan kalau ada yg menunggu cam ni.
chomel je dengar bualan nenda dan cucunya..kekeke..saya pun suka biskut ni..sedappp!!!
baghuu je mamam femes emes yg pecan last weekend.. dappppp!
baghuu je mamam femes emes yg pecan last weekend.. dappppp!
lama dah sy simpan resepi cookies famous amous dari seseorang yg perlu bayar mahal utk dptkan resepi dari famous amous ni dulu (ada cerita disebalik tersebarnya resepi tu.. hehe) tp sampai skrg tak buat2 lg.. tak sure sama ke tak resepi yg ini dgn resepi yg sy simpan tu..
sedap juga buat kudap2 masa lapang ni kan..
Bundo, ada soalan nak tanya sikit..
Lepas adunan tu dicampur dengan chips choc,badam cincang n masa kita nak sudukan ia kat dulang pembakar, mcm mana tekstur adunan ni? dia senang dibolakan dgn tangan ke atau adunan tu tak berapa nak kental?
**Harap Bundo sudi menjawap..saya betul2 dh tergoda..
assalam
kesukaan anak2 sy ni, sekejap je licin x sempat masuk balang kuih he he
nak try resepi nanti tq ibundo share kat sini
Gee,
tak payahlah nak kuruih. Kalau dah namanya duk kat dapur nak kuruih camano.
cm,
faris memang suka cookies ni. Kalau tenngok maklang nya ke dapur, mesti dia tanya nak buat kukis ke.
Diana,
penat kalau melayan dia ni. Macam-macam kerenah dia. Tang bau tu.. alahai.. toksah cakaplah..hii..
Ros,
kalau nak tempah boleh je. Tapi tokenya anak kita tu ha.. Memang dia buat kukis untuk kawan2 dia.
ct,
yang dalam balang tu seciput je..kehkeh..
chah,
wokeh my laling.. no problemo but only one small balang for you.
Paty,
sebab tu kena buat lebih hehe..
azz,
haha..memang kono jontik la tangan tu kalau asek nak menonyoh yo.
cheq sue,
main masak2? haha
hazila,
ramai je yang sudi menunggu..
q,
sapa yang tak suka kalau dah ada cokolat cip kan?
azeeda,
tak payah beli. Buat je. Tu pun kalau rajin ar..
madiha,
bukan senang nak dapatkan resepi yang femes memes ni. Lainlah kalau resepi kita kita ni yang tak femes pun kan?
wendy,
Adunan sedang-sedang kita nak copot dengan tangan. Bundo ambil dengan sudu kecil dan kaut dengan jari. Tray yang pertama tu bundo tak leperkan dia tapi biarkan dia dalam bentuk sebagaimana bundo dropkan dia. Tapi bila dibakar dia tak mencair. So tray yang seterusnya bundo drop atas dulang dan leperkan sikit.
mamasara,
Memang anak-anak suka. Cubalah.
salam kenal ibundo...sungguh menggoda sekut ibundo tu..rasanya nk capai je kt skrin ni...hehehe
ummiaisyah, salam kenal juga dari bundo
Ohh..mcm tu..faham2..kira mcm cekodok la tu kan bundo?
TQ bundo..nak try buat utk gembirakan hati anak2..
Post a Comment