Monday, May 28, 2012

Bebola Daging Telur Puyuh

Salam hari isnin.  Memandangkan bundo dah beberapa hari tak masak, bundo hidangkan je lah lauk minggu lepas. Tak payahlah nak mintak seketul sebab dah habis haha.. memang dasar kedekut.

Sebenarnya bundo jalan-jalan makan angin sampai kembung hingga tak ingat nak balik rumah sejak hari sabtu. Petang-petang kang baru nak balik.  Rindu dah rasanya nak berlari-lari anak dalam dapur. Berkungfu dengan periuk kuali sudip bagai. Apalah agaknya sibibik masak dua tiga hari ni.  Pandai-pandai kau lah bik.



Selalunya kalau bundo beli telur puyuh, bundo buat sambal je. Dah gerenti laku.  Tapi haritu bundo mimpi apa ntah teragak pula nak main balut-balut dengan daging cincang. Sebab beberapa kali tengok dalam buku resepi dan dalam majallah. Nampak glemer je telur puyuh tu bila berposing terbelah. Terguda tau.. Tapi tercabar keimanan jugalah bila bundo goreng dia merekah.  Daging mengecut dan menampakkan telur yang di dalam tu.

Rupanya cara untuk menjadikan proses penggorengan berjaya ialah, pastikanlah anda balut tebal-tebal dengan daging. Kalau balut asal balut je, alamatkan menangislah korang.



Bahan:
20 biji telur puyuh direbus dan buanglah kulitnya

400 gm daging cincang ramli.
1/2 biji bawang besar
1 sudu kecil lada hitam
1 biji telur
sedikit serbuk stok ayam/daging
sedikit garam
1 sudu besar tepung gandum
1 tangkai daun sup dicincang halus halus.

Campurkan kesemua bahan di atas. Ambil sekepal daging dan leperkan di tapak tangan.  Masukkan telur di dalamnya dan bungkus kemas. Pastikan daging yang membaluti telur tidak terlalu nipis. Nanti bila digoreng habis terbukak, menangis tak berlagu pula nanti.
Buat seperti itu sehingga habis.
Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.



Untuk kuah:
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 biji bawang besar dipotong bulat
2 biji cili hijau/merah
2 biji ubi kentang dipotong wedges
1 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar tepung jagung dibancuh sedikit air

Goreng ubi kentang.  Ketepikan.
Tumis bawang merah dan bawang putih. Masukkan sos-sos.  Tambah sedikit air dan masukkan tepung jagung.
Masak hingga pekat.
Sebelum dipadamkan api, masukkan bawang besar, cili, kentang dan bebola telur puyuh.

Selamat menjamu selera.


ibundo

18 comments:

adda syuhada said...

kreatif betul..2 dlm 1 ek..mmg jimat masa nk masak..sedap pun sedap..

Gee® said...

waaaa....meratah pon sodap nih

quinnie said...

menariknya resepi ni kak...suka..:)

hazila said...

Kita dah lama tak masak telur puyuh, selalu buat sambal je...

laskar pelangi said...

alahai...menusuk kalbu resepi ni:))
terliur lahhhh:)

Cendana Kasih said...

saya pernah buat ni...tp kaum kerabat dirumah tak brapa suka, diorang teringat citer fear factor...so tak buat dah sampai sekarang....

Unknown said...

salam Bundo alahaiii sedappp nye ni kena cari telur puyuh lagi lah ni rasanya heeee nak tiru jugak mesti sedap sangat ni kan,,,

Nazrah said...

Salam Bundo..kreatif gak .. kalau makan ngan cili sos best gak

ibundo said...

adda,
cuba rasa dulu baru tau sedap ke tak. Tekak bundo ni lalu je. Yang tak lalu batu ngan kayu haha

gee,
tu lah salahnya duduk kat dapur ni. Masak je ratah. Masak je ratah. Badan bundo ni dan mengembang macam belon sebab asek meratah je..hii..

ibundo said...

q,
buleh cuba

hazila,
telur puyuh ni pun tak boleh diamalkan selalu. Banyak kolesterol.

laskar pelangi,
nah tisu haha

cendana kasih,
tu daya imaginasi terlalu tinggi tu..

Nor,
boleh tahanlah. Kombinasi rasa daging dan telur

nazrah,
haah.. cicah ngan cili sos je pun okay.

Shahriah Abdullah Novelis said...

Salam Bundo cayang amboii berjalan tak ingat nak balik yaa.. wahh itu telur salut daging nampak sungguh menyelerakan.. yum! yum!

ibundo said...

sha,
memang tak hengat nak balik. Ni duduk seharian ngadap komputer sampai nak termuntah haha..

rahel said...

Salam Ibundo...
hehe...dapat 1 bijik bebola daging tu pun dah ok..kalau baik ati..bagi la semua yang dalam pinggan tu..leh makan dg nasik...hikhikhik..

Acik Erna said...

kak pah..tak sompek nak balut doh..kalau boli 40 pun seminit yo dah licin..he he..semuo penggomar tolo puyuh

ibundo said...

rahel,
salam. tu je lah yang tinggal dalam pinggan tu. kalau nak copot je la haha..

erna,
kok camtu tak payahlah. Buek tak sonang masak yo kalau masing2 dah duduk koliling botanyo bilo nak masak bilo nak masak. Ghimeh dibuek e.

Mamasya said...

Salam bundo.menariknya masakan telur puyuh disalut dg daging gini.dan bila nengok puding mangga dg sos strawberry kat bawah tu sedapnya...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

wah bundo.. special nampaknya resepi ni... saya kidnap dulu resepinya yer.. mekasih byk2... (buatnya entah bila tak tau lagi.. heeeeee...)

Lady of The Blue Moon said...

salam..

sy bdk baru..

sedappp coz suke telur puyuh..mtk izin copy resepi ni ye..nk try buat..terima kasih bunda :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...