Latheefa's Muslimah Collections

Thursday, August 4, 2011

Roti gulung berinti

Salam ramadhan buat semua yang datang menjenguk bundo. Bundo ni sejak bermulanya ramadhan, hari ni lah baru berkesempatan menjenguk dapur bundo ni. Nampaknya ramai yang menunjukkan juadah untuk berbuka puasa berserta resepinya sekali.  Bagi yang dah menerai nasi kari ayam tu, alhamdulillah rasanya berbaloi bundo kongsi kan?

Semalam bundo buat nasi tomato.  Bundo guna sup tomato satu tin dan airnya pakai stok rebusan ayam. Anak-anak kata sedap tapi bundo tak ambil gambar. Pertama memang terlupa.  Kedua, nak pegang kamera pun tangan dah tergigil-gigil haha..

Bundo tunjuk roti gulung ni je lah.  Ramai yang dah tahu buat ni tapi bundo letak jugalah resepinya.  Mana tahu, korang nak pelbagaikan intinya pula kan.


 Beberapa keping roti sandwich di gelek nipis

inti:
3 ketul dada ayam didadu kecil
1 biji bawang besar didadu kecil
1 ulas bawang putih dicincang halus
8 biji cendawan butang didadu kecil
sedikit capsicum merah dan hijau didadu kecil
sedikit carrot didadu kecil
sedikit daun bawang dan daun sup dihiris pendek
garam
sedikit lada hitam
1 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan sedikit air

2 biji telur campur dua sudu besar freshmilk dipukul ringan
breadcrumbs




Untuk inti, panaskan sedikit majerin/butter dan tumis bawang putih sehingga wangi.  Masukkan  bawang merah dan ayam.  Masukkan sayur-sayur yang lain dan tepung jagung serta garam dan lada hitam. Apabila pekat, angkat dan sejukkan.

Letakkan inti ke atas roti yang sudah digelek mampat. Gulung dan sapu hujung roti untuk melekatkannya. Picit sedikit dengan hujung jari.

Celup roti ke dalam telur dan gulingkan ke atas breadcrumbs.
Boleh disimpan di dalam freezer sementara menunggu masa yang sesuai untuk menggoreng.

Sekian.

ibundo

11 comments:

Gee® said...

adoyai bundo... terasa rangup jer roti tu kan... anak2 balik sabtu ni boleh buat ni... mmg sedap!!

Rabiatun Adawyah said...

salam Ramadhan Bundo..anak2 mestisukamakan roti camni yer..

Ummi said...

Salam Ramadhan Bundo..waaaah kalau wat roti gulung camni..anak2 mesti suka...silap2 mak bapak yg makan lebih kan Bundo..hehe

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum ibundo..
nasi kari ayam tu mmg berbaloi mencubanya akak... diana mmg suka sgt... semua ahli keluarga diana suka makan nasi kari ayam tu.. mmg best!.. terima kasih akak..

roti gulung berinti tu mmg anak2 lg ler sukanya... cepat jer abis tu kan akak.. :)

Acik Erna said...

kak pah..nampak sodap ni..saya ambik resepi yo kak pah

quinnie said...

salam ramadhan buat kakpah sekeluarga...sedap ni...saya suka...:)

izahdaut said...

KAK PAH..SIHAT KE? BIASANYA ROTI GULUNG NI SINONIM NGAN INTI SARDIN KAN. TAPI BILE TENGOK KAK PAH GUNA INTI AYAM GITU.. NAIK SELERO DEN.. NAPSU MEMBUAK2 PULAK NIHA.. HAHAA

Yana Shaiful said...

Salam Bundo..

terasa nk gigit je kerangupan roti tuu..sabar..sabar..puasa lg nii.. tgu berbuka kita bt ek..kat umah ni mmg suka mkn cani :=)

indahhouse said...

Salam ibundo,
cedapnya roti gulung... ada roti nanti nak try jugakla. :)
Moga kak pah sihat selalu..

ibundo said...

gee,
kita ni ikut selera anak je lah kan? hehe..

rabiatun,
memang kegemaran diorang ni.

ummi,
salam ramadhan. hehe.. rangup rangup macam tu memang sedap.

diana,
wlkmsalam.
Diana dah buat nasi kari tu ye. bundo ni pun tak sempat nak bw. badan semput semacam jer ahaks...

ibundo said...

erna,
iyo... memang sodap. rangup yo. Dah nak buko baru goreng tau..

Q,
salam ramadhan.

izah,
nak kata sehat rasa macam tak sehat. Nak kata tak sehat rasa macam sehat pulak. Camno tu....
Ha.. tulah.. balik2 inti sadin yo. Ganti inti. Pasti ada kelainan.

yana,
sabar.. sabar.. hehe

indah,
salam. apa kabar. kpah pun dah lama tak menjenguk ke sana. semputtt..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...