Latheefa's Muslimah Collections

Monday, September 24, 2012

Nasi goreng huhahuha

Setelah senyap beberapa hari bundo kembali dengan nasi goreng. Nasi goreng je.
Tapi nasi goreng berasap kepedasan.  Sebab tu huhahuha.. sambil makan sambil kipas-kipas mulut sambil jelir jelir lidah haha. Tak cukup minum air segelas.

Bukan tak sengaja buat nasi goreng pedas.  Sengaja. Saja nak merasai nikmat tersebut.



Nak cuba ke?

3 cawan nasi sejuk 
3 ketul peha ayam dipotong kecil
3 batang sosej dipotong serong
carrot dipotong julien
4 batang kacang panjang dipotong pendek
10 biji cili api
2 biji cili merah
1 biji bawang besar didadu
2 ulas bawang putih dicincang
1 sudu besar cuka
1 sudu kecil serbuk stok ayam
garam secukkup rasa

1. Tumbuk halus cili api dan cili merah
2. Tumis bawang putih dan bawang merah.  Masukkan cili.  Kacau sehingga masak.Tambah cuka.  Kacau.
3. Masukkan ayam.  Gaul rata. 
4. Masukkan sayur, sosej, garam dan serbuk stok ayam.
5. Masukkan nasi dan goreng sehingga masak.



Pastikan sediakan air secukupnya..hehe..


ibundo


18 comments:

kasihredha said...

pedas sgt ke bundo?
saya suka pedas

hazila said...

Salam bundo. Saya datang bawa ais kepal ni. Lepas makan nasi goreng boleh hilangkan pedas.

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam bundo..klu kat umah atie mmg suka mkn masakan yg pedas2 nih.
Klu xder pedas...xder selera nk makan :)

cahya indah said...

tengok gamba kat blog bundo ni mesti telan air liur..hehe

rahel said...

Kalau bundo tak tahan huhahuha...bak mai nasi goreng tu...biar gue yang perabih...hihihi...

laskar pelangi said...

yumyum!
tgk pon dah terliur ni..hu3

Bicara Kak Noor said...

salam Bundo
saya suka yg huhahuha ni kalau tk huhahuha mana best mesti cari jugak benda kasi kick cantik lah gambar Bundo tu tertarik sungguh saya

zila norazila said...

bundo..mesti dah berasap telinga nie..zila fav pedas2 tp huby langsung x leh pedas..nampak sedappp:)

Mamasya said...

Aslmkum Bundo.cantik gambar nasi goreng dg air sirap ni.nengok cili padi byk....mmmg kena minum air cukup ni....

Qasey Honey said...

Bundo nmpk sedap la nasi grg huhahuha ni...sempoi...pedas ke kak..tp QH suka yg mcm ni..

Bundo gambo dh semakin cantik..suka la tgk..mantop..

Sonia ~ Nasi Lemak Lover said...

Tengok gambar Tak macam pedas pula, tapi tengok recipe sudah tahu ini pedas, hehehe ..

Shiela said...

bundo.. huhahuha lah baru mantoppp.. kann.. :b

ibundo said...

kasihredha,
ada yang meleleh air hidung makannya.

hazila,
ais kepal? Lamanya tak merasa. Dah berpuluh tahun ..

atie,
lagi pedas lagi mengancam kan?

cahya indah,
nak buat camne kan?

rahel,
whoa.. rahel ni memang suka pedas ye.

laskar pelangi,
ala.. kita pun semua pandai buat nasi goreng kan?hehe

ibundo said...

Nor,
sebab tu belakang dapur bundo ni banyak tanam cili api sebab senang kalau nak huhahuha..

zila,
hubby bundo pun tak makan pedas. Perut tak tahan. kena buat lain untuk dia.

mamasya,
haha..

QH,
Bagi yang tak tahan pedas memang meleleh leleh ingus.
Gambar takde la best sangat. Masih belajar ni.

Sonia,
agak-agak you boleh makan tak ..

shiela,
betul..betul..

Marsita yahya said...

salam perkenalan bundo...saya suka pedas...tapi anak tak tahan hua ha ha...

ibundo said...

marsita,
salam kenal. selalunya macam tu lah tapi anak bundo semua dah besar. Diorang belasah je haha.

Liza said...

salam bundo...betul tu kan, kdg2 tekak ni terasa nk mkn yg pedas menyengat je....hihihi

ibundo said...

liza,
salam. Ada masanya tekak kita ni mengada2 heee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...