Thursday, May 14, 2020

AYAM MASAK MERAH

Salam Ramadhan.  Semuga ibdah kita pada bulan yang mulia ini diterima Allah.

Hari ini bundo kongsikan resepi ayam masak merah yang rasanya sangat enak, menurut kata ahli keluarga nenda yang menikmatinya lah hehe.
Gambar adalah ala kadar saja. Ambil gambar dengan henfon saja. Sudah malas nak beriya2 ambil gambar seperti dulu. Kuderat pun dah banyak kurangnya.

1 ekor ayam
2 biji bawng besar *
10 ulas bawang putih *
3 batang serai *
1 inci halia *
1 inci lengkuas *
1 tangkai daun sup
1 tangkai daun bawang
1/2 cawan santan
segenggam kismis
4 sb bawang goreng
5 sb tomato puri
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
1/2 keping gula merah
garam
1 sk serbuk stok ayam


Ayam disalut kunyit dan garam dan digoreng, Ketepikan.
Kisar halus bahan bertanda *
Ambil sesenduk minyak gorengan ayam.  Tumis rempah 4 sekawan sampai berbau wangi. Masukkan kismis, goreng sebentar.  Masukkan bahan kisar dan goreng hingga masak. Kemudian masukkan cili kisar. Masak hingga terbit minyak.
Daun sup dan daun bawang dipotong anggaran 1/2 inci dan masukkannya bersama bawang goreng. Biar daun bawang dan bawang goreng hancur dan sebati dengan kuah.
Masukkan santan, bahan2 lain dan ayam. 
Masak sehingga kepekatan yang dikehendaki. Sekiranya kuah kering, boleh ditambah sedikit air.

Cubalah. Gerenti sedap.

salam dari,
ibundo


2 comments:

Amie said...

Wah! Seronoknya... ada dah teman blogger masakan untuk sembang-sembang. Pakai HP pun ok Bundo, janji gambar tu jelas. Saya pun dah tak tertonggeng terbalik macam dulu, sibuk cari aksesori untuk hidangan. Sekarang ni, asal ada rupa apa yang dimasak, ok dah.

Acuyuhan said...

SELAMAT HARI RAYA!!! Best entry ini :) done follow, follow me back.. thanks P6
http://acuyuhan.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...