Latheefa's Muslimah Collections

Tuesday, June 14, 2011

Sambal daun kayu

Masa arwah mak masih kuat, pasti aku akan meminta dia buatkan aku sambal daun kayu setiap kali aku nak balik ke kampung. Itu pun kalau musim tempoyak tengah banyak. Aku tak tahu orang tempat lain panggil apa.  Tapi kalau di tempat aku, sayur sayur kampung yang dipotong macam bunga rampai dan dimasak menggunkakan tempoyak yang banyak, kami namakan sambal daun kayu.  Cukup rasa pedas, masam, manis, lemak dan terutamanya cukup rasa tempoyak.

Kalau aku makan lauk ni, separuh aku punya sebab suka sangat.  Dan mak aku pun cukup paham.



Kalau di kampung, sayur-sayur senang nak dapat. Di bandar ni nasib-nasib.  Kadang-kadang ada dijual di pasar.  Kadang-kadang tak ada. Kalau tak ada, aku tangkap je apa-apa sayur kampung yang ada.  Tapi nasib baik sekarang ni ada pasar tani.  Selalunya di pasar tani banyak dijual sayur-sayur kampung.

Yang penting mesti ada:
pucuk ubi
serai 3, 4 batang dihiris
daun kaduk(sedikit)
poucuk mangun ( sedikit)
pucuk labu sikit
boleh juga tambah daun tu sikit, daun ni sikit kalau suka (jangan beli daun yang pahit, dah)
petai
tempoyak
udang atau ikan bilis
cili api.  Lagi pedas lagi berdesing
kalau ada terung pipit pun boleh juga bubuh.  Tumbuk sikit supaya dia pecah-pecah.
santan secukupnya.
garam dan gula secukupnya

sayur dihiris macam buat bunga rampai.  Masukkan santan dan bahan lain kecuali tempoyak dan petai. Bila sayur layu, masukkan tempoyak dan petai.  Tempoyak kena banyak, baru ada rasa.

Anak aku adik dan basyir suka makan lauk ni.  Yang lain-lain ada yang suka, ada yang jamah-jamah je.

ibundo

3 comments:

ejaMaria said...

akak, Maria bukan org nogori, tp sbb blajar buat lauk ni, hubby makan terus dia cakap dia jatuh cinta utk kali ke-2.... hehehe
saya pun suke lauk ni... makan nasi panas... best!

kakpah said...

maria,
kalau orang tak suka tempoyak, tak berapa gemar lauk ni..

wifenavy said...

waaahhh.. ni lauk orang nogori nih.. tak sempat blajar ngan mak mertuo.. Join blog ni la..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...