Isnin lepas masak nasi daging. Biasalah kalau ramai yang berpuasa di rumah ni. Mesti aku buat nasi ala-ala special sikit daripada biasa. Nak buat tak ada lah susah mana pun.
Perlukan:
Daging dihiris nipis. Agak-agak 300 gm.
Beras basmati
6 ulas bawang merah dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
2 inci halia muda di hiris
kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pala
3 sudu mentega untuk menumis
1 sudu besar rempah kurma
sedikit daun ketumbar
kacang peas
kismis
Rebus daging sehingga empuk. Air mestilah cukup untuk menanak nasi. Bila sudah masak, tapis dagingnya.
Panaskan mentega di dalam kuali. Tumis bawang, halia, rempah empat sekawan sehingga naik bau. Masukkan rempah kurma. Ketepikan.
Sediakan beras. Setelah dicuci bersihkan toskan airnya. Masukkan air rebusan daging secukupnya. Kemudian masukkan bahan yang ditumis tadi berserta daging. Masukkan juga daun ketumbar. Apabila air nasi kering, masukkan beberapa titik pewarna kuning dan gaul. Hiaskan dengan kacang peas dan kismis.
Selamat mencuba wahai anak-anak.
ibundo
5 comments:
salam ibundo,...kihkih..sodap tul nasi daging ni kakpah.sey dah ponah buek rayo dulu..makan dgn air asam daging tu kan?..
kak,bilo akak nak tukar komen ni ke kotak kocik bolah kiri ni..tenet se ni kdg2 lombap ,sakit jiwo nak nunggu..
oo iyo ko.nantilah kakpah godek2.
kak pah..dah macam2 pesen resepi saya jumpa ni..kali ni nak cubo resepi ibundo lak..timo kasih kak pah..
Gulp!!!
Tolan liur nengok ehh...
aik x yah buek ko cecah asam eh nih??? nanti ibundo share skalik resipi kuah asam tuh yo... ;)
Post a Comment