Latheefa's Muslimah Collections

Thursday, June 30, 2011

kuih lapis marble kopi

Sudah agak lama juga ibundo memiliki buku resepi talam dan kuih lapis ini. Buku ini adalah keluaran alaf baru dan resepinya disediakan oleh puan hanieliza. Belum banyak yang ibundo cuba sebab anak-anak tidak berapa gemar makan kuih lapis dan talam. Kalau buat satu adunan boleh tahan dua tiga hari dalam peti ais sebab tak berapa ramai yang nak makan.

Ibundo cuba buat kuih lapis marble kopi ini dan rasanya sedap walaupun ada rasa pahit-pahit koko dan nescafe. Dah namanya pun kopi, mestilah ada rasa macam tu.





Di sini ibundo turunkan resepi kalau ada yang nak cuba.

Bahan A
2 cawan santan
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula pasir
2 sudu makan tepung beras
2 sudu makan tepung kastad
1 sudu teh garam


Bahan B
1 sudu teh coklat pes / emulco
1 sudu makan serbuk koko
1 sudu makan serbuk nescafe
1/4 cawan air suam
     Dibancuh semua dan ditapis.


Bahan C
1/4 cawan air suam.



Cara:
1. Gaul semua bahan A hingga sebati.  Tapiskan. Bahagikan adunan kepada dua. Masukkan bahan B ke dalam satu adunan. Kacau rata.

2. Adunan yang separuh lagi masukkan bahan C.
3. Masukkan adunan koko ke dalam loyang dan kukus 5 minit.
4. Masukkan pula adunan warna asal, kukus 5 minit.
5. Lakukan berselang seli sehingga adunan habis.


 Selamat mencuba.

ibundo

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...