Latheefa's Muslimah Collections

Monday, June 6, 2011

Ayam kampung rendang nanas

Dulu mak aku ada bela ayam.  Bila teragak nak makan ayam, pagi-pagi mak tak lepaskan ayam dari reban. Mak tangkap dulu sekor dua, baru mak lepas yang lain-lain.  Menggelupur ayam ayam tu bila kena terkam.

Ayam kampung ni unik rasanya. Kalau yang dah tua, rasanya memang keras yang amat. Terpaksa dimasak berjam-jam lamanya.  Kalau digoreng gerenti gigi yang elok pun boleh tercabut.  Apatah lagi yang palsu. Tapi rasa ayam kampung lebih sedap daripada ayam town.

Nanas, selain daripada menambah rasa pada masakan, mempunyai fungsi melembutkan daging yang keras. Kalau masak ayam kampung, masukkan nanas supaya ayam cepat empuk.




Bahan:
1 ekor ayam kampung
1 biji kelapa, asingkan santan pekat dan santan cair

B.
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
3 batang serai dihiris
5 biji buah keras
cili api ikut suka pedas
2 sudu besar cili kering
2 sudu besar rempah kari
1 sudu kecil ketumbar
1/2 sudu kecil jintan manis
1/2 sudu kecil jintan putih

C.
4 sudu besar kerisik
1/2 biji nanas dipotong ikut suka
daun limau purut


Cara:
Blender bahan B. Masukkan ke dalam kuali.  Panaskan. Masukkan ayam dan keringkan air ayam. Masukkan santan cair dan nanas. Masak sehingga kuah hampir kering baru masukkan santan pekat, dua batang serai tambahan yang dititik dan daun limau purut.   Bila kuah hampir pekat, masukkan kerisik.




Matikan api sebelum kuah terlalu kering. Biarkan sedikit berkuah.


kakpah

3 comments:

anymz said...

wah,makin laju akak kito ni masuk entri..hehe
kak,ayam kek belakang rumah ni dah makin byk kak..somi sey sogan nak sombolih ayam tu..sapo nak tolong tangkap dan sombolih?..

~ Cik Azz ~ said...

waaaaaaa....

tobau dah rondang ayam kampung akak ni haa... dr jauh dah nampak asap dapor akak tu naik...bokopul2 yoo naik ehh... hehe...

kakpah said...

anim,
mood tongah ado ni.
ala.. sok ghayo sok buek ghondang.

azz,
haha.. iyo iyo yo ekau ni kan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...