Latheefa's Muslimah Collections

Sunday, June 19, 2011

Pajeri betik ikan masin

Mungkin ramai yang tak pernah buat pejeri betik ni.  Aku pun tak pernah.  Inilah pertama kali.  Dan percubaan pertama ini mendapat thumbs up dari abah yang memang suka makan pejeri nanas.





1 biji betik yang mengkal
santan pekat daripada sebiji kelapa
3 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
sedikit halia
3 sudu besar rempah kari daging
1 sudu besar cili kering yang digiling
rempah tumis 4 sekawan
ikan kering secukupnya (ikan jenahak atau ikan merah)
3 sudu besar kerisik
2 sudu besar gula
air asam jawa


1. Betik dibelah empat, dibersihkan dalamnya dan potong anggaran setebal 1 inci.
2. Tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan rempah empat sekawan.  Bila naik bau, masukkan rempah dan cili. Kacau hingga masak.
3. Masukkan santan dan ikan masin.
4. Biarkan mendidih seketika dan masukkan betik, kerisik dan gula.
5. Bila betik separuh masak, masukkan air asam jawa.
6. Rasakan manis, masam dan masin. Masak hingga kuah pekat.


Makan panas-panas bersama nasi.  Makan dengan roti pun sedap.

ibundo

2 comments:

Acik Erna said...

kak pah toringat pulak arwah omak yang goma bona makan pajeri.
saya tak pandai masak pajeri kak pah..saya cuma masak kan arwah masak lomak cili api botek..itu pun arwah suko makan.

ibundo said...

erna,
buek rondang botek sodap. kakpah selalu gak buek.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...