Latheefa's Muslimah Collections

Friday, June 24, 2011

Ayam rendang kari

Salam jumaat.  Kejap dah datang jumaat.  Jumaat yang ni pergi dan kejap lagi dah datang jumaat yang lain.  Cepat sangat rasanya masa berlalu.  Tahu-tahu rambut yang hitam di kepala dah tumbuh uban. Anak-anak yang dikendong dah besar panjang dan dah layak jadi mak dan bapa orang. Tapi yang tak berubah, hari-hari mahu masuk dapur.

Buat rendang ni ada banyak cara.  Buang bahan ni, tambah bahan yang itu, akan menerbitkan rasa yang ada kelainan. Asalkan bahan utama merendang tetap ada. Ayam rendang yang ini aku bubuh rempah kari sedikit. Rempah kari daging. Rasa rendang masih tak lari jauh.



1 ekor ayam dipotong kecil
Santan dari sebiji kelapa
3 batang serai dihiris *
3 labu bawang besar * (sederhana besar)
4 ulas bawang putih *
Sepotong halia *
Sepotong lengkuas *
6 biji buah keras *
15 biji cili api *
kunyit hidup secukupnya *
1  senduk gulai cili kering giling
3 sudu besar rempah kari ayam
1 cube stok ayam
sebungkus kecil kerisik
beberapa helai daun limau purut
2 batang serai diketuk
3 lembar daun kunyit di hiris halus
air asam jawa

Blender bahan bertanda *.
Panaskan sedikit minyak dalam kuali.  Tumis cili kering sehingga garing.  Masukkan rempah.  Tumis lagi hingga naik bau.  Masukkan bahan yang diblender. Tumis hingga masak.
Masukkan ayam.  Masak sehingga ayam kering. Barulah dimasukkan santan. Bila kuah setengah kering, masukkan stok ayam, kerisik, daun limau purut dan serai yang diketuk.
Bila kuah hampir kering, masukkan air asam jawa secukupnya dan daun kunyit yang dihiris.  Jangan lupakan rasakan garam.  Kalau suka boleh juga dibubuh sesudu kecil gula.  Aku tak bubuh sebab dah terbiasa dari kecil tak masukkan gula dalam masakan.



Sedap dimakan dengan nasi impit atau roti arab.


ibundo

5 comments:

Tijah said...

wiiii. bahan sebijik resepi sazah. mmg terbaik nih. antara menu wajib tayang dipagi raya. judu lak mo kuah kacang. pergh!

haih. lapa la plak hah...

kaklong said...

kak,rayo sok kaklong dtg umah,akak buek rondang ni yo...

ibundo said...

tijah,
guru e samo agak e hehe..

kaklong.
ekau jangan tak datang pulak..

Cik Ina Do do Cheng said...

kak pah, tetiba je nak makan rendang ayam kari, gara gara gambar yang mengiurkan tu.

ibundo said...

cik ina,
apa program dapur weekend ni... hii..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...