Latheefa's Muslimah Collections

Wednesday, November 2, 2011

Apam Labu

Pendekkan cerita,, bundo pergi kedai asalnya nak beli barang basah untuk masak tengahari.  Ternampak labu bergolek-golek dalam raga.  Belek belek, terus cekup sebiji dan masukkan dalam bakul bundo.  Beli labu tu sebab teringatkan abah bundo yang gemar sangat makan labu masak lemak. Dah tu pulak sebijik tu bukan main besar.  Kalau masak sebijik takkan habis bermakan. Sebab anak ambil kuah je. Labu, atuk diorang yang makan. So untuk tak membazir, bundo masak suku je. Lebihnya, masuk dalam esbok.

Masuk dapur Yat maria ternampak apam labu yang nampaknya tersangatlah sedap. Masuk rumah chah, nampak serimuka labu. Memang bepinau mata bundo haritu asek nengok labu.  Bila selongkar lemari dapur, bahan untuk buat apam, lengkap. Maka, berlakulah kejadian apam labu ini.  Sedap.... Anak bundo yang kecik yang tak suka makan apam tu pun habis menibai dua ketul.

Bundo kongsi resepi ya.  Asal resepi ni dari madiha.  Bundo ambil dari Yat pula yang telah mengopi (hehe) dari izah.




asal resepi: Madihaa@fotopages
source: Yat Maria

Bahan A:-
2 sudu teh yis segera
1 sudu teh gula kastor
3 sudu makan air suam

Bahan B:-
230 gm labu direbus lembut (asal menggunakan 200gm keledek)
150 gm gula (asal menggunakan 180 gm gula)
1 biji telor
150 ml santan pekat

Bahan C:- (ayak bersama)
200 gm tepung gandum (yat switched to cake flour - works fine - lembut &damp; sedap)
1  1/2 sudu kecil baking powder (asal menggunkaan 1 sk double action b.powder)





Cara Membuat:-
Campurkan bahan-bahan A dan kacau hingga sebati. Kemudian biarkan adunan selama 5 - 10 minit.
Kemudian campurkan semua bahan-bahan B dan kisar halus. Tuangkan ke dalam mangkuk adunan.
Masukkan bahan C ke dalam adunan B yang dikisar sedikit-demi sedikit dan kacau rata.
Masukkan pula bahan-bahan A tadi dan kacau hingga sebati. Biarkan adunan sehingga 1 jam ( tutup mangkuk adunan).
Panaskan kukusan dan bolehlah dituangkan adunan tadi ke dalam loyang besar atau acuan-acuan kecil yang telah disapu dengan sedikit minyak dan kukuslah hingga masak (Ummi guna acuan kecil dan kukus selama 15 - 18 minit).
Hidangkan bersama kelapa muda parut yang digaul dengan sedikit garam dan kukus kelapa sebentar agar kelapa tidak mudah basi.




Tengahari makan nasi lauk labu.  Minum petang makan apam labu. Sebelah malam perut aku dah berputau gaya washing machine. Labu angin ke? Selongkar lemari ubat, terjumpa ubat buang angin yang dah bertarikh tiga bulan. Ngap jugaklah. Nasib baik tak melarat.



Sesiapa yang belum mencuba tu, cubalah.  Sedap. Gerenti sedap.


ibundo

23 comments:

kaklong said...

tu deh,dah kuar dah...nanti nak poie cari labu lahhh....!heheheh!

Juwita Jamaludin said...

kak pah .. cantiknya nya.. nampak amat tergoda dan cantik sangat.. yum yumm ada labu dalam peti tu..:)

Acik Erna said...

kak pah..mak ai..cantik e apam labu ni..
saya dah buek dulu kak pah..tak naik bona..sikit lagi nak jadi bingko labu..
nanti nak cubo laie lah..ikut resepi kek sini pulak..

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Apamnya sedap dan gambarnya cantik...ok la tu...

Nazrah said...

sama caler ngan bunga la ...

CT Delima said...

As'salam Ibundo

Selamat malam, datang sini nak tumpang makan apam labu yang cun tu. dah macam kerabat diraja kaler di bundo menarik sangat..hehehe

ct pun ada labu sebiji saiz kecik jer kat dapur tu. tak tahu bila nak memulakan projek melabu juga..hehehe

Yat Maria said...

Kak Pah

lawo ni apam labu!! next taim kita beli labu kita bagi 2...separuh apam lagi, separuh nak menerai itew serimuka labu..rasa2 sodap arr!!

anymz said...

mmg sodap apam labu ni kak..MIL se suko boto apam ni.skang ni kalau poi balik somban rumah MIL mesti dio mintak apam labu ni atau pun pizza..dio kato pizza se lagi sodap dari pija hut..hahahaha..(kombang semangkuk tau kak)

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum ibundo...
mmg cantik sungguh apam labu tu ibundo... gambar2 pun cantik... diana kalau bab labu gini mmg suka sgt makan.. sedaaap...

Chah said...

Nak bundo! mmg terasa je lemak manis masin kena ngan nyor muda tu...terbaekkk lah!

nOOrsha said...

waahh..sedapnye nampak apam labu ni bundo :)..mesti lemak2 rasenya kan :)

ibundo said...

kaklong,
carik kaklong..kok belobeh buleh buek pongat.

ita,
apa lagi ita. melabu.. hehe

erna,
kpah ikut sebijik sebijik macam dalam resipi tu. jadik. cubolah.

ros,
memang kembang kuncup idung nengok benda yang menjadik

ibundo said...

nazrah. kebetulan bunga tu tengah melambak kat depan rumah

ct,
ct tak nampak ker yang bundo pun pakai baju kuning gak haha..

yat,
itu seri muka labu pun nak terai jugak. Lepas ni mesti si labi jeles sebab asek melabu je tak melabi

ibundo said...

anim,
mangkuk kombang takpo gak nim. Jangan idung kombang, buruk na nampak e haha..

diana,
wkslam.. bundo pun nak terai buat sup diana tu. meliurkan..

chah,
kalau kau duduk sebelah rumah bundo ni kan senang.

noorsha,
kena dengan kelapa parut tu hmmmmm....

cahya indah said...

Bundo, sekarang kalau Cahya teringin makan something tengok2 Bundo masak pulak..macam ada telepathy. Hehe. Teringin makan labu masak lemak..cantik color apam tu, Bundo.

Gee® said...

ahai...tergoda i..!! sgt cantek dan menyelerakan...

Nurul said...

Bundo, nampak cunlah apam labu tu posing... hehe :)
Sedappp tu...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam bundo...

nampak cantik sungguh apam tu berposing.. nampak lembut aje kann.. baru je nak copy resepi td.. tapi bila dibelek2.. eh ehhhh... rupa2nya resepi sendiri punya.. hahahaha.. t.kasih lah ye bundo sudi mencuba resepi apam labu tu yer..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

eh.. lupa nak bgtau.. sebenarnya resepi asalnya gunakan keledek.. kalau tak silap.. kak ummi yg mengadaptasikan resepi ni dengan menggantikan keledek kepada labu.. nnt bolehlah madiha cuba gunakan labu pula.. hehe..

quinnie said...

tengok ramai yg dah buat apam ni ..saya duk salin resepije..buat tak pernah lagi...hehehhe

~ Cik Azz ~ said...

Ghumah sey ni ado 2 biji labu kak.. Omak sey ni ghajin boli labu tp tak tau nak buek apo..

Sey pun kurang suko makan labu ni walaupun sodap... Sobab labu ni angin...

ibundo said...

cahya,
labu masak lemak bubuh sikit daun kunyit. memang lemak dan harum..

gee,
memang bangkit selera gee..

nurul,
sedappp.

madiha,
salam. Sedap resepi madiha ni. Asalnya keledek ye. Kalau macam tu bundo tak bagi kredit pada ummi yang telah melabukan keledek itu haha.. mintak maap ummi.

Q,
biasalah kita ni kan. Bila pekenan, salin resepi tapi sebab dah terlampau banyak salin, sampai terlupa nak buat.

azz,
ha.. tu kau. Sobab tu porut akak menggelodak malam tu sobab banyak na makan labu.

Khairul niza said...

saya dah buat dah...sedap...saya ikut resepi ibundo nielah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...