Latheefa's Muslimah Collections

Thursday, October 6, 2011

Apam Belang

Pergi rumah Gee tengok ada apam belang-belang rasa perkenanlah sangat.  Tengok resepi pun tak adalah payah bebenau.  Bahan pun ada. Apa lagi, bundo pun buatlah.

Bibik cakap, buk! kasi saya resepnya buk.  Enak banget .
Haha.. takdenya bibik bundo nak cakap macam tu. Dia dah berbelas tahun kerja dengan bundo.  Cakap pun dah cakap macam orang mesia. Tapi tang dia nak resepi tu memang betul sebab berkenan dengan kelembutan apam ni.




Nak buat? Bundo ambek resepi ni dari Gee. Gee ambek daripada Ita masam manis. Ita ambek daripada ucu faridah. Adei.. panjangnya pertalian. Apa-apa pun bundo berterima kasih pada yang punya resepi asal dan terima kasih juga pada ita dan gee kerana memanjangkannya sampai ke rumah bundo ni. Izinkan bundo cnp di sini pula ye..

Apam Belang
by: Shamama
Sumber: Ita Masam manis

sumber : gee

Bahan-bahan:
4 biji telur
2 sudu teh ovellet
1 sudu teh esen vanila
300 gm tepung gandum
220 gm gula halus
250 ml santan kara (shamama guna 200ml santan kotak + lagi 50ml air)
1 sudu teh baking powder
pewarna



Pukul telur dgn gula dan ovelet sampai gebu.
Masukkan santan dan esen vanilla kacau sebati.
Masukkann tepung yg diayak bersama baking powder dan kacau rata.
Bahagi kepada 3 warna yg disukai dan kacau rata adunan dgn warna.
Tuangkan selapis demi selapis sehingga habis dan kukus 30 minit sehingga masak. (Scoop 3 sudu besar setiap warna dan lapis sehingga habis)



Memang terbaik dari ladang, walaupun belang apam ni lebih macam kuda belang jer tak ada seni langsung.


ibundo

16 comments:

Cendana Kasih said...

amboi...lawanyer apam... menarik perhatian...boleh cuba ni...

cikmanggis said...

hmm bahan bahannya dah ada kat dapur,hanya tunggu seru je ni kak pah :) cantik dah tu belang dia kakpah...

quinnie said...

kakpah...halus betul belangnya..saya sampai sekarang caca merba je rupa belangnya...rasanya saya dah salin resepi ni tapi cam biasa la..duk peram resepi...kekkeke

Deliah's Deli said...

hujan2 ni klu dpt sepotong apam belang2 tu,sedap jg..ada teh 'o' tak kak,nak secawan..:)) kombinasi kaler yg unik.

anymz said...

wah lawa boto apam tu kak.lom ado org buek kaler biru+cekelat lagi..selalu org buek kaler oren lah,hijau lah.ese pun buek kaler merah dgn hijau..
dah lamo boto tak buek apam ni kak...:))))

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Salam bundo.Bukan kuda belang ajekan??? apam pun berbelang...sedap tu

Nazrah said...

memang lawo...dah lama tak buat apam ni... teringin la pulak bila tengok

Gee® said...

waaaa.... syantek!!

kaklong said...

wah..lobih kurang apam pelangi yo kak kan bahan2 ea...

ibundo said...

cendana kasih,
tak rugi mencuba. Lembut jer..

cm,
apa lagi cm. belang tu pada mata kpah tak berapa nak jadik. Nanti cuba lagi ar.

q,
buah cempedak pun kalau diperam dak boleh dimakan dik oi. resepi kalau peram lama-lama nanti hilang aura haha..

del,
kau nak teh meh sini datang bangi.
kombinasi kaler unik ko kata? sebenarnya, tu je kaler yang ada hahaha..

ibundo said...

anim,
mulo-mulo ingat nak buek kaler bendero nogori somilan hehe.. tak cukup korem pulak.

puan ros,
macam2 kan?

nazrah,
bila lagi. Ni lah masanya.

gee,
ala gee.. mana nak lawan sifu punya.

kaklong
iyo ko. Apam polangi pun kpah tak ponah buek nih.

Kak Sam said...

Memang berbelang le mata saya lepas ni. Sana sini belang2

Tijah said...

wiiii. buek hantaran pun lawa tu kak.

Tijah said...

http://www.youtube.com/watch?v=QTGKvRGJGvE&feature=fvwrel

buek la egg ben lak kak.

ibundo said...

tijah,
haah kan?

egg ben? dah terai haritu. melempeng yo tolo e haha..

Tijah said...

tu sey bg link...kek utube dio pakai mould buek benjo tu lotak dlm kuali isi air paneh. elok tak bekecamuk tolo putih eh kak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...