Monday, October 31, 2011

Bankuong

Bundo agak bizi.  Alhamdulillah, kebizian bundo yang satu ini selesai sudah. Tapi akan diganti dengan kesibukan yang lain pula. Biasanya begitulah.... kan?

Di tempat bundo tinggal ni, ada satu restoren yang signature dishnya masakan kampuchea. Bundo dengan hasben selalu ke sini makan bankuong selepas selesai berjoging. Bundo sebelum berjoging cuma minum air kosong dan makan roti kosong sekeping.  Lepas joging, mestilah perut pun kosong. Memang dah lazim macam tu, hasben belanja minum selepas berjoging.  Buang lemak tambah lemak.

Selepas hariraya haritu, kedai ni macam bertutup je tak bukak-bukak.  Dulu bundo pernah tanya sekali kenapa jadi macam tu.  Bos dia cakap perkerja balik kampung.  Kampung pulak nun jauh kat indon. Alahai.. Jadi, oleh sebab teringin sangat nak makan bankuong, bundo ambillah inisiatif buat sendiri.



Bahan:
(Bahan ni bundo tak letak berapa banyak.  Semuanya terpulang berapa banyak nak buat)
Rice paper
bihun yang telah dicelur lembut
udang secukupnya
carrot yang diparut halus
tauge dicurah dengan air panas sebentar
sedikit daun ketumbar dihiris kecil
sos ikan

untuk sos:
2 tbs rice vinegar
1 tsp gula castor
1/2 cawan air
1/4 cawan sos hoisin
2 tbs kacang tanah yang dipanggang dan ditumbuk kasar

pelengkap:
timun
salad
daun ketumbar
kalau ada sup ayam, letaklah bersama sup. Kalau tak ada, tak apa.



Kalau tengok dalam bahan tu ada guna rice paper kan? Melilau bundo cari rice paper ni. Dekat-dekat sini tak ada jual.  Dulu bundo beli di restoren vietnam di mid valley.  Haritu pergi, restoren tu dah tak ada lagi dan dah diganti dengan kedai lain.  Bundo turun cari di jusco. Ke hulu ke hilir bundo cari di bahagian basah, dalam freezer tu.  Tak jumpa gak. Setelah memang penat ke hulu ke hilir, akhirnya jumpa di bahagian noodles. So, kalau nak cari, pergilah ke jusco di mid valley kalau tempat anda tak ada jual benda ni.  Pergi bahagian mihun ye!


Bagi yang belum pernah tengok rice paper dan nak tahu rupanya macamana, ha.. tu seperti yang dalam gambar tu.



Cara nak buat.
-Masukkan bihun dan sayur-sayur ke dalam mangkuk.  Letak lebih kurang 1 sudu besar sos ikan.  Gaul rata.
-Udang dibuang kulit, belah belakang dan dicelur masak.
-Letak air panas di dalam besen. Jangan terlalu panas. Ambil sekeping rice paper dan rendam dalam air panas.  Rendam sekejap saja sebab ia cepat lembut.  Keluarkan dan bentang dalam pinggan.
-Letak campuran bihun dan sayur di bahagian yang hampir dengan anda.  Susun 3 ekor udang di atasnya.  Lipat tepi kiri kanan dan gulung.
-Buat seberapa banyak yang anda mahu.

Untuk buat sos:
Masak gula,cuka dan air di atas api sederhana besar sehingga gula hancur. Jangan sampai mendidih.  Masukkan sos hoisin dan kacau rata.  Masukkan kacang dan padamkan api.



Kalau, rajin buatlah sup ayam yang simpel. Hasben bundo suka makan ni dengan sup ayam.  Kalau pergi restoren kampuchea tu pun, kami mesti minta sup sekali.


ibundo

17 comments:

cikmanggis said...

dah lama Cm tak buat benda ni.Jika kakpah nak cari kulitnya tu tak yah ke mid valley kakpah.Datang je Alamanda kat Cold storage,ada dijual kat sana.Hai teringin la kak pah:)

ibundo said...

cm,
oo ye ke. Tak tau pulak kat cold storage ada.

CT Delima said...

As'salam Ibundo

Rindu dengan masakkan bundo ni. selalunya bundo akan masak lain dari menu orang lain tu yang ct suka :D serius memang suka dengan hidangan kali ni, macam nak cuba tapi kena kurangkan sukatan semua tu. sebab kalau nak cuba kena buat sikit dahulu next time kalau ada yang suka boleh cuba lagi. betul tak bundo :) Terima kasih bundo untuk resipi ni.

Harap bundo sentiasa sihat ya :)

Mama Hawa/Mama Nani said...

Assalam Ibundo..miss u hehehe lama hawa tak BW disini byk yg dh termiss resipi2..

Something new mmg tak pernah nmpk apa lagi mkn org kampuchea. Unik sekali!

Chah said...

Waaa..saya suka ni! Tapi rasanya rice paper ni susah sket nk dpt kt bangi...penah nampak kt giant kajang dulu...tq bundo? Bundo beli kt bangi ke tu?

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Wah bundo sedap tu.Ros pernah buat skali lama dulu sblum jadi blogger.Kita suka but laling tak brapa berkenan dgn rice paper tu.Janji kita suka kan? sebab kita yang masak......

anymz said...

apo lambek bona akak post resepi ni.anak se baru balik tang vietnam kak oi...osah lah akak ni kan?..kan?..ayoyoyo...kono gak lah se ke alamanda..seb baik kak cm dah bg tau ado mondo alah ni kek alamanda kok tak nak rodah mid valley maleh tul raso ee..nak ke situ semato2 mencari rice paper..huhuhu

Gee® said...

macam2 idea bundo nih... sedap nmpk...

Tijah said...

alah sodap eh. dah la aritu teringin nak makan sekali tak bukak la plak. nampak macam sonang tu tapi kono cari rice paper dulu la ni. buek pakai topung biaso kang jadi kuih ketayap lak kak kan...

Acik Erna said...

kak pah..tak ponah makan..kalau dah kak pah ulang2 mesti sodap tu.

ibundo said...

ct delima,
mula2 buat kena buat sikit dulu. Cuba kalau orang perkenan ke tak hehe.. sebab lidah kita ni tak sama.

ibundo said...

mamahawa,
makanan orang sebelah vietnam, kampuchea gitu.. tapi rasa okay. Boleh kata makanan sehat gak lah.

chah,
ko carik kat cold storage alamanda. Kok tak pun pergi jusco mid valley.

ros,
haha.. tu yang klakar tu. Kita masak, ko makan. kalau tak makan ko lapar kehkeh

ibundo said...

anim,
nak buek camano kan? ekau poi yo lah rodah alamanda tu. Banyak guno e rice paper tu. Inti e buleh buek memacam.

gee,
bagi yang suka sedap lah gee.

Tijah,
cubo buek kue kotayap cocah mo sos e tu. Kok tak pun colup dalam sup kahkah..

erna,
nak konfem sodap ko tak, ekau tanyo tijah. Dio dah ponah makan.

izahdaut said...

Oo masakn vietnam rupo eh. Patut la pelik sangat mendengarnya... Menarik n tertarik saya kak pah.

Sheery Dream Cakes said...

diana x perna lg buat.. makan pun x perna lg rasanya... nampak menarik n sedap tu ibundo

quinnie said...

memang saya tak pernah makan ni kak pah....jakun je tengok..hehhehe

qUETIm ThE wARRIOr said...

salam kak... tgk bnda ni teringin nak buat tapi kat penang ni ntahlah kat mana nk cr tak tahu... puas rayau jusco queensbay penang ni, xde jumpa... yang byk seaweed kering tu... kang ganti seaweed jadi lain plak... bgus menunya untuk org yg nk kurus ni.... hehehe... manalah nk cr banh trang ni... puas dah crnya... tp x kira nk juga cuba...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...