Latheefa's Muslimah Collections

Monday, October 24, 2011

Ayam Kunyit Thai

Bangkok tengah alert sebab banjir. Simpati kita pada mereka yang terpaksa melalui bencana alam ini. Namun begitu, kebanjiran masakan thai telah lama berlaku di negara kita. Sebut tomyam, terbayang rasa masam manis pedas masin yang seimbang. Dengar nama saja sudah boleh membuatkan kita menyedut kembali air liur yang keluar.

Resepi ini kepunyaan chef Sarji melalui bukunya 'Masakan Thai rsepi ala gerai'.  Banyak masakan yang sempoi sempoi di sini. Rasa pun, sedap. Bundo kongsi di sini.



A
1/2 ekor ayam dipotong kecil
1 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam
minyak masak

B
2 ulas bawang putih dihiris nipis
1 biji bawang besar dihiris separa bulat
3 biji cili api diketuk
3 batang kacang panjang dipotong 1/2 inci (bundo tak bubuh sebab takde stok)
1/4 biji capsicum merah dihiris nipis
1/4 biji capsicum hijau dihiris nipis
1 helai daun kunyit dicarik ( tak ada. bundo ganti dengan serai)
1 sudu perahan limau nipis
1/2 cawan air.



1. Ayam digaul dengan kunyit dan garam. Perap 10 minit.
2. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga 70% masak. Ketepikan.
3. Keluarkan setengah daripada minyak dan masukkan bahan B.
4. Masak dengan api kecil selama 10 minit. Masukkan ayam dan gaul sehingga masak.
5. Hidangkan bersama nasi putih.

ibundo

8 comments:

ady said...

as-salam ibundo
menyelerakan pagi2 npk ayam kunyit thai ni..

kaklong said...

stok sumo ado dlm esbok tu,nak cubo la kak,lagi pun sonang yo bahan2 ea..
:)

Naz / Nadz COSK said...

Wahhh..menyelerakanlah ayam ni.. Kaler kuning nya tu cantik dipandang dan sedap dimakan..

Cheq Sue said...

pagi bundo... nampak ayam ni sgt la menggoda...sedap ni kalau dapat dengan nasi panas...

indahhouse said...

Salam ibundo,
Kenapa tiba2 saya jadi kecur? Trbayang2 masam pedas ketulan ayam di atas tu! hehe..

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Yang sempoi tu la yang sedap kan bundo.

Sue @ Nenie said...

Salam..Ayam kalau masak potong2 bite size macam ni sanang siket, main ngap2 je ...

ibundo said...

ady,
salam.. dah ready untuk dinner ady?

kaklong,
sonang yo.

Naz,
makanan nii ikut tekak masing2. Tekak bundo kata okay jer.

indahouse,
apa kabar.. kpah pun dah lama tak menjenguk dapur indah..

ros,
biasanya gitu lah kan?

Sue,
salam. haah.. senang terus ngap je.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...