Tuesday, November 1, 2011

Chicken Scallop goreng sos thai

Terlalu banyak perkara yang bermain-main dalam kotak fikiran bundo sekarang. Jadi, bundo straight to the point.  Masakan ni masakan mudah. Masakan cincai-cincai. Yang penting habis licin sampai menjilat pinggan.





 Bahan:
1 bungkus chicken scallop brand SAUDI
1/4 cawan sos cili thai
2 sb sos tiram
1 biji bawang besar dipotong separa bulat
2 ulas bawang merah dicincang halus
1 ulas bawang putih dicincang halus
1/2 biji capsicum hijau di dadu kasar
1/2 biji capsicum merah didadu kasar


Goreng scallop ayam sehingga masak.  Ketepikan.
Panaskan minyak.  Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
Masukkan scallop yang telah digoreng tadi. Letak sos tiram dan sos cili thai. Masukkan capsicum dan bawang besar.  Gaul rata.
Bubuh sedikit air sekiranya kuah kering. Setelah capsicum masak (biarkan rangup), padam kan api.
Tidak perlu ditambah garam.




Senang.  Tak sampai setengah jam dah siap.


ibundo

13 comments:

Chah said...

cincai tapi sedap bundo..beh arr byk resepi bundo yg praktikal..lebiu!!

Yat Maria said...

Kak Pah...sungguh menggoda itew gambar..nasib baik takder adegan jilat screen...muahahha!

Cik Azz said...

Solalu ehh yang cincai2 ni la yang sodap ehh kak...

Sheery Dream Cakes said...

Assalamualaikum ibundo...
wah cincai2 pun nampak sgt menyelerakan tu ibundo... nampak sedap sesangat...

K.Nor said...

salam k.pah.. anak dara nor suka sgt dgn ciken scallop saudi ni.. tp tak pernah pulak terpikir nak buat lauk.. nor kopipes ya.. tq :)

kaklong said...

baru kaklong tahu sos chili thai tu boleh diguno an tuk memasak,selalu ea buek penciciah yo....
lopeh ni buleh try!

Ena said...

lamanya tak scallop.. sedap kan kakpah.. goreng gitu je pun kejap je abis... ni yg wat tingin ni.. hehe

ady said...

as-salam ibundo
ratah2 macam gitu pun dah sedap ni..nampak sgt menyelerakan resepi ni ibundo..masuk list dulu...

Deliah's Deli said...

Salam Kak Pah, homework kita dah siap :) tak berani nak datang komen selagi tak siap assignment..takut pula kalau2 lecturer ni marah :))) please visit my blog :) thanks!

dell & family

Tijah said...

barang brand saudi best2 tak kak? ada gak nak try tapi ujung2 tgn ni capai ayamas gak.

Nadz Nazharzan said...

Assallamualikum bundo..
Waaaaa..nangis..nangis tgk lauk bundo ni.. Sodap ni.. Meleleh air liur dah ni bundo..

ibundo said...

Salam. Terima kasih yang datang beri komen di sini. Cubalah. Pasti tak nyesal.

AzeedA said...

tghari ni nak gi beli saudinye scallop kat alamanda le.. ;)

tijah.. so far akk cube yg saudi tak mengecewakan.. tapi taste masing2 kan.. try le!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...