Latheefa's Muslimah Collections

Friday, October 28, 2011

Stuffed Zucchini

Terung ni my all time favourite. Cook it whatever way you want, tetap sedap. Buat masak belado, sambal campur dengan sardin, pajeri, lawar, masak cili api... just name it.  Tak cukup nak buat list. Tapi tengok lidah gak lah kan. Kalau lidah tu memang nak rejek terung, sampai bila pun kata tak sedap.

Resepi kali ni memang menyasar jauh dari yang selalu buat. Ala-ala western gitu..


 Bahan:
1 biji zucchini (terung yanng gedabak tu.  Boleh dapat kat pasaraya)
2 sudu besar minyak zaitun (butter pun boeh, minyak biasa pun okay)
1 biji bawang besar dipotong dadu
1 ulas bawang putih dicincang halus
100 gm daging ayam didadu kecil
1/2 batang carrot didadu
1 biji tomato, dibuang biji dan didadu
1 sudu besar daun sadri yang telah dihiris
garam dan lada hitam secukupnya
1 biji telur
mozarella /cheddar cheese


Cara:
-Belah dua zucchini.  Buang isi tengah menjadikan terung itu berlubang di tengah. Dadukan isi terung.  Ketepikan.
-Panaskan minyak. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. Masukkan ayam dan isi terung. Masak sehingga lembut. Masukkan pula tomato, carrot dan daun sadri. Perasakan garam dan lada hitam. Masak lebih kurang dalam 2 minit.  Angkat. Masukkan ke dalam mangkuk.
-Pukul telur. Masukkan ke dalam bahan yang dimasak tadi.  Gaul rata.
-Taburkan sedikit garam dan lada hitam ke atas terung.  Sudukan gorengan tadi ke dalam lubang terung.  Penuhkan dan taburkan cheese di atasnya.
-Panaskan oven 180 degC dan bakar selama 30 - 40 minit atau sehingga masak.




Dalam esbok cuma ada parmesan cheese.  Sebab tu jadi tak cantik.  Sepatutnya dia mencair kat atas terung tu.


Sekian

ibundo

14 comments:

cikmanggis said...

satu lagi resepi menarik dari dapur kakpah ni:)bila teliti bahan-bahannya boleh buat menu org diet ni kak pah.

CT Delima said...

As'salam Ibundo

lamanya tak dapat BW kesini. keja dah satu hal, line yang sering kali slow pun selalu gak kena. apa taknya ada 3 laptop kat rumah ni. anak2 kalau dah main game hancuslah nak pegang laptop kan..hehehe

sebenarnya ct ni jenis yang tak makan terung dan first time makan terung berlada tu..rupanya sedap juga. tapi lepas makan tu macam ada sebu kat ulu hatilah. nampak sedap menu yang bundo buat ni. tapi nak buat kena tanya dulu siapa yang nak makan kalau ct buat lah..hehehe

Gee® said...

sama lah kita bundo...terung is my fav too... sedap nmpk terung ala western ni, mesti cuba nih...

anymz said...

kak,menu ni se simpan dlm hati dulu yo..eh se simpan dlm draft,esok2 bilo nak masak2 western baru se keluarkan menu ni dr dapur se pulak..sodap ni kak..hari ni baru lah se pueh hati dapek boli torung gedabak tu.selalu se tonung yo mat bangla boli torung tu kek pasar..kaum2 diorang yg suko makan torung gedabak tu kan?...

Chah said...

Bundo saya penah mkn terung ala2 gini kt shangrila kl.peghakk tahap jakun ingatkan menatang apo zucchini tu...bila tgk byk cheese meleleh ingatkan lasagna stail baru, kaut setgh pinggan besau...kehkeh....rasa2 laaa mcm terung... Boleh tahanla rasa dia, malu ai!

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

bundo sedap tu...kita suka...

Acik Erna said...

kak pah..memang lom ponah makan terung masak cam ni kak pah..

ibundo said...

cm,
kalau nak diet, buang cis tu hii..

ct,
biasalah kan ct, memasing bizi. Bundo pun tak dapat nak berjalan sangat.
Yelah.. kalau dah alahan tu nak buat macamana kan? Kalau masak pun, bundo suka masak benda yang sumer orang suka makan. kalau anak2 dan abang kita tak suka, takkan nak pandang je kan?hehe..

ibundo said...

gee,
gimme 5.

anim,
torung ni memang gedabak. Masak sobijik habih sekampung boleh makan..

Chah,
kalau dapat cheese yang meleleh-leleh tu memang kecur air liur..

Ros,
samalah kita.

erna,
lum ponah tu diponahkan..haha

Juwita Jamaludin said...

salam kak pah.. menariknya menu ni.. ni makan macam tu je dah tentunya sedap..:) tambah letak sos..

Mamasya said...

Aslmkum Bundo

belum pernah mkn terung berinti gini...nampak menarik resepinya ada taburan cheese...
mcm2 hantu ada tu..hantu cencaluk pun ada...hi...hi..sy pun ada angkut cencaluk masuk kontena..lepas rindu mkn cencaluk...

Nieza said...

menarik dan tertarik la menu akak ni...sedapnya! harus dicuba ni...tq kak:)

Naz / Nadz COSK said...

Assallamualaikum Bundo..
Ermm..naz pun suka terung. Masak berlado mmg terangkat. Yg ni resepi ala2 western eh kak. Kalau cheese tu cair lagi mengancam kan kak.. Yummy lah...

AzeedA said...

kakpah.. sori nk nanye.. bukan terung=eggplant ke? zucchini setau teman ijo kalernye.. ke teman silap?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...