Adik nak makan chopstick!!
Haha.. berderai gelak kami. Kalau tersalah cakap , memang membuahkan rasa geli hati yang teramat sangat.
Hasben bercerita, dulu ada budak mesia yang nak mintak stampedkan borang daripada profesornya. Orang kita selalu cakap, cop. Cop borang lepas tu tandatangan. Budak ni selamba bawak borang dan suruh chop.
Tercengang orang putih tu.
What chop?
This chop? Sambil dia buat gaya potong zip zap...
Tergolak den.
Itu cerita sampingan. Bundo nak penuhi permintaan anim ni. Dari puasa haritu dia suruh tunjuk resepi chicken chop. Nim, resepi ni akak belajar dari sifu. Ekau ikut betul2 breading procedure tu. InsyaAllah jadik. Dia punya formula, every 100% tepung gandum, yang lain2 tu 30%. Kalau buek banyak atau sikit, ingatkan percentage tu. Tak boleh lari.
Bahan
Beberapa ketul peha ayam yang telah dibuang tulang dan dileperkan.
(Boleh juga gunakan dada ayam dan ketul leper dengan pengetuk daging. Kalau nak senang, beli ayam khas untuk chicken chop di kedai frozen food.)
A
Tepung penyalut:
100 gm tepung gandum
30 gm tepung beras
30 gm oat
30 gm bread crumbs warna oren/kuning
30 gm tepung ayam adabi
Gaul semua bahan tepung di atas dan ketepikan.
B
3 biji telur dipukul sedikit. (tambah telur kalau tidak cukup)
Cara:
-Celup ayam dalam telur dan golekkan atas tepung.
-Celup sekali lagi dalam telur dan golekkan lagi atas tepung.
-Goreng.
Nota: Tepung penyalut ini boleh digunakan juga untuk fish filet.
Hidangkan ayam bersama side dish kegemaran anda. Bundo suka makan dengan sayur. Anak suka makan dengan fries.
Sos lada hitam:
100 gm butter
2 ulas bawang putih dicincang halus
3 sudu besar tepung gandum
1/2 cawan susu segar
2 cawan stok ayam. (kalau tak ada, campurkan air dengan 1 cube stok ayam)
1/2 cawan sos lada hitam
sedikit garam.
Cara:
-Panaskan butter. Tumis bawang putih sehingga naik bau. Masukkan tepung. Kacau hingga berbuih.
-Masukkan susu. Kacau pantas. Kalau nampak mengental, masukkan stok ayam sedikit demi sedikit. Kacau pantas supaya sos tidak berketul. Sekiranya nampak kuah terlalu pekat, boleh tambah air mengikut kesesuaian.
-Masukkan sos lada hitam dan garam secukup rasa.
-Masak sehingga kuah pekat.
Sekian.
ibundo
15 comments:
hani dan aiman suka chicken chop cenggini..izinkan LadyD mencuba resepi ni ye..
Lawak dan lunch dihari cuti.Ketawa dan kenyang kan bundo??
jap lagi nak poie bangi lah...heheheh!!
sedapnya kak pah..dah lama betul saya tak makan chicken chop...suka makan chicken chop masa kat kg baru dulu...dgn air mangga...:)
kak, kalu xde breadcrumb pakai beskot cracker yg diblend kering bleh tak?
okay2 noted kak..mokaseh banyak2...mmmuuuaaah..lap u lah kakpah..
insyaAllah nak buek nanti.kono round somban nak cari ayam tu dulu sbb raso2 ee tak berapo nak rajin nak loraikan tulang poho ayam tu..pisau se tumpul....hehe
Assallamualaikum kak Pah aka Ibundo.
Kak, akak duduk Seremban ker? Ermm tak jauh la kita (kalau Naz balik kg lah hehehe..)
Chix chop ni mmg kegemaran anak lelaki Naz.. Bagilah cam ne cara memasaknya.. Ada sos black paper tu..laju jer makannya. Naz jer yg lama dah tak buat..
Aslmkum Bundo..
Chicken chop belum pernah buat sendiri....teringin juga nak masak...anak no 1 mmg suka.
cantik gambar nasi tomato kat bawah tu....rasa nak makan juga nasi Bunda hidangkan ni....
Ada yang cakap Cicken Pox...hehe
hani,
silakan hani. ni resepi yang bundo belajar dan bundo panjang-panjangkan di sini.
Ros,
lawak cuti cuti.. anak2 bila konvo. kitorang sunday ni.
kaklong,
ekau datang pun dah habih dah minggu lopeh kahkah..
Q,
chicken chop ni kalau makan selalu pun muak. Biar sekali sekala..
Tijah,
ekau janganlah memandai nak lawan sifu kehkehkeh..
wei, ko kan selalu naik kl. Singgah bangi pergi kedai yummy tu. Melambak kek situ. Biskut biskut ni mano main..
anim,
memang. Boli yang dah siap sonang.
naz,
bundo ni duduk kek bandar br bangi. Selangkah je dari seremban. Kalau naz balik kampung, bolehlah singgah. Err.. kampung somban ko.
mamasya,
cubalah buat. Cuma peha ayam tu kalau nak buat sendiri mungkin terkial-kial gaklah hehe..
cklah,
murid kakpah ada yang cakap chicken pop haha..
Salam Bundo..mula2 nk ketawa dulu bc citer tuu..hehee
Bestnya chicken chop..yana xpnh bt sndiri..klu rs nk mkn terus je p restoren western..nnt nk try resepi Bunda..mintak izin copy ye Bundo :=)
yum yum..suka chicken chop dulu tak pandai buat suka beli je.. sekrang lebih puas makan masak sendiri..:)
Bundo, sedap tuh...kalah haa ciken cop kt mana2 kedai kt bangi nun...
Post a Comment