Latheefa's Muslimah Collections

Sunday, October 23, 2011

Homemade vanilla ice-cream

Salam hari minggu.
Bundo nak pergi berjoging pagi ni. Sebelum tu, letak dulu resepi aiskrim mudah.  Kalau ada sesiapa yang minat nak buat aiskrim sendiri, bolehlah cuba. Sonang.. Lolap mato pun boleh buat.



 Bahan:
150 gm coffemate
100 gm gula castor
250 ml fresh milk
250 ml whipping cream
1 tsp esen vanila



Cara:
1. Larutkan cofffemate, gula dan susu.  Ketepikan.
2. Putar whipping cream hingga kental.  Campurkan dengan 1.
3. Simpan dalam bekas bertutup dan letak dalam freezer sehingga separuh beku.
4. Keluarkan dan pukul lagi dengan mixer dengan kelajuan maksima selama lebih kurang 8 minit.
5. Masukkan semula ke dalam bekas bertutup dan simpan di dalam freezer sehingga beku.  Ambil masa lebih kurang 8 - 10 jam.



 Kalau tak sabar nak makan, tunggu je lah depan peti ais tu.  Bawak bantal sekali.




Sedap juga dimakan bersama sos strawberi atau sos coklat.



Sekian.


ibundo

9 comments:

quinnie said...

rajinnya kakpah buat aiskrim sendiri..saya kalau nak makan beli je..hahhaha..tapi kan dahlama betul saya tak makan aiskrim....

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Wah bundo ,kelas gitu...buat aiskrim home made.Pastinya ros nak cuba!

Liza said...

Salam bundo...bestnya dpt mkn eskrem homemade..terjamin segala2nya kan..

iva said...

salam kak, sedapnyer nampak ice cream! kat melb ni sangat panas and this post is just nice for our weather. inshallah will be making it onbe of these days.

ibundo said...

Q, sebenarnya dah lama tak buat aiskrim. Ntah apa mood ntah mengada-ngada pulak buat sendiri..

Ros,
jangan tak cuba ros..

Liza,
Salam. Betul.. betul..

iva,
memang sedap je tekak tu kalau makan aiskrim kala musim panas. Tapi rasanya lah kan.. kalau nak hilangkan dahaga tekak, sedap lagi makan aiskrim mesia je haha..

Juwita Jamaludin said...

Salam kak pah.. memang teringin nak buat ais krim sendiri tapinya coffemate tak de plak kat sini.. huhuhuhu.. sedapnya.. cantik gambar tu

ibundo said...

ita,
salam...
hiii..

Sue @ Nenie said...

Salam Ibundo..wahhhh senangnya..teringin gak nak wat sendiri, tapi apakan daya...virus M senantiasa bergayut2 ni tak mau pergi2 ... ha ha ha alasan....

Nieza said...

sedapnya!!..suka tgk pic ni....cantik!!:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...