Latheefa's Muslimah Collections

Wednesday, October 5, 2011

Ayam Taucu Masak Merah

Saja cuba nak tau apa rasanya kalau taucu dikawankan dengan masak merah. Hmm not bad.

Not much to talk about this time.  Tengah melayan kaki yang berdenyut-denyut sebab terlalu lama berdiri dalam dapur. Ada kengkawan hubby datang untuk dinner, jadi bundo kenalah bersilat berkungfu dengan sudip, sudu, kuali, periuk bagai. Tapi ayam taucu ni masakan semalam.


Bahan:
1/2  ekor ayam
2 sudu taucu
1 peket rempah masak merah maggie
3 ulas bawang merah dihiris nipis
2 ulas bawang putih dihiris nipis
1 biji bawang besar dibelah dua dan dihiris separa bulat
1 cm halia dihiris mancis
2 batang cili merah dihiris menyerong
6 batang kacang buncis dipotong dua
1biji tomato dibelah 6
daun sup dan daun bawang dipotong anggaran 1 inci
1/2 cawan air




Perap ayam dengan taucu lebih kurang 1/2 jam.
Panaskan minyak.  Tumis bawang merah, bawang putih dan halia.  Apabila wangi masukkan ayam bersama-sama dengan taucunya sekali.  Biar sehingga warna ayam berubah.
Masukkan rempah masak merah maggi. Kacau rata. Apabila ayam hampir masak, masukkan kacang buncis. Gaul dan akhir sekali masukkan cili, bawang besar, tomato, daun sup dan daun sadri.  Padamkan api.


Sekian.  


ibundo

17 comments:

Kak Sam said...

Bundo sapa jadi johan yea? bundo @ sudip @ kuali

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Bundo.mangkuk tu cantik..kita suka...

Mas said...

sedapnya nengok ayam tu kak pah..
menyelerakan betoiiiii...

mrs plain-june said...

nampak sgt sedap! boleh terai nanti :)
tengkiu kak.. sudi kongsi resepi..

anymz said...

dah lamo tak kacau akak..sodap boto nampak ayam akak tu hah..bokeh pun cantik.kok nak boghi se jgn buh lam bokeh tu kak tak cukup..hehe

Yat Maria said...

Kak Pah

Tahniah!! sebab gambar Kak Pah jer dah leh wat orang berselera nak mencuba..tu lom rasa lagi tu...

Gee® said...

nmpk sedap la bundo... yummy!!

cikmanggis said...

taucu?eh sodap ni kak pah.aroma taucu tu membangkitkan selera ...masin masin lemak lemak gitu:)

N.U.R.U.L said...

huh kena try nih...sangat menarik & hubby kita memang suka makan ayam.. save resepi!

nak kasi award kat awak...nanti kalau ada kelapangan amik kat blog nurul yer...http://momwithapron.blogspot.com/

Juwita Jamaludin said...

menarik resepi ni boleh cuba nanti

ibundo said...

kaksam,
yang jadi johan.. tu johan rajalawak hiii..

puan ros,
tu mangkuk antik nenek moyang kita punya. Bawak balik dari kampung.

ibundo said...

mas,
nengok jer mas?

mrs plain-june,
thanks for dropping by. Do come again.

anim,
bokeh tu bokeh turun temurun. Isik duo kotul yo cukup e.

yat,
tetonggeng tonggeng amek foto. My hubby selalu ketawakan.

ibundo said...

gee,
cubalah

cikmanggis,
ha.. tulah yang kpah rasa. Kira okaylah gak.

nurul,
cubalah nurul. thanks. nanti I come over.

Juwita,
ada taucu di sana?

Mama Hawa/Mama Nani said...

Salam ibundo..
Lama betul Hawa tak kemari..byk menu2 yg dh termiss...
Mmg kat rumah Hawa tak pernah msk tauco tapi bila tgk ayam tauco masak merah ibundo tak blh tahan lagi..hehehe
Izin kan hawa salin resipi yer :)

Deliah's Deli said...

very nice,colorful..must try!:)

ibundo said...

del,
hehe

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum ibundo...
menyelerakan sungguh tgk ayam tu ibundo... sedapnyaaa...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...