Latheefa's Muslimah Collections

Tuesday, September 13, 2011

Nasi lobak cendawan shitake

Harini puasa macam-macam benda teringat nak makan. Godaan sungguh. Teringin nak makan trifle tapi dah tertidur sampai nak masuk asar. Tak jadiklah buat trifle sebab dah sibuk nak masak untuk makan malam. Makan malam kat rumah bundo ni pukul 6 petang. Maka bundo buatlah nasi spesel sikit untuk berbuka puasa.


Idea ni datang semasa dalam kereta nak beli barang dapur.  Puaslah mikir nak masak nasi apa. Teragak kat cendawan shitake ni.  Agak-agak kalau buat nasi rasa sedap tak. Kebetulan kat giant ada jual cendawan shitake yang fresh. Lagilah  bagus, kan.

Seeloknya nasi ni guna beras basmathi atau beras siam wangi.  Bundo ingat stok beras tu ada lagi kat rumah.  Rupanya dah habis.  Bundo guna beras biasa.  Nampak kontot-kontot je lah nasi tu.

Bahan
A
3 pot beras basmathi atau siam wangi
1/2 tin susu cair
Air secukupnya
B
3 sudu besar majerin
1 inci halia muda *
1 biji bawang besar *
2 ulas bawang putih *
1 tangkai daun ketumbar *
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pala
C
12 biji cendawan shitake di potong ikut suka
1 batang lobak diparut kasar
1 genggam kismis
2 sudu besar serbuk stok ayam
1 sudu kecil garam


1. Bersihkan beras dan masukkan ke dalam rice cooker.
2. Blender bahan bertanda *. Panaskan majerin dan tumis bahan yang diblender dan rempah 4 sekawan sehingga wangi. Masukkan ke dalam periuk beras.  Masukkan susu cair  dan air secukupnya.
3. Masukkan cendawan shitake, serbuk stok ayam dan garam.
4. Apabila nasi 3/4 masak, masukkan lobak dan kismis.  Kacau dan biarkan sehingga masak.
5. Hmm.. yummy..

Untuk lauk, korang pandai-pandailah nak buat lauk apa.  Ayam masak merah. boleh.  Rendang, boleh.  Kari ayam atau daging, boleh.  Ah.. macam-macam. Bundo makan dengan ayam kampung masak minang.

Sekian.

ibundo

7 comments:

Acik Erna said...

kak pah..dulu saya ponah buek nasi endawan..tapi guno condawan butang yo..

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum ibundo...
terliur tgk nasi tu ... nampak sedap... tambah2 lg ada cendawan... mmg suka sgt...

Juwita Jamaludin said...

nasi lobak pernah makan tapi kalau guna cendawa shitake ni tak pernah plak.. tentunya sedap dan berkhasiat

K.Nor said...

salam k.pah.. mekasih atas doa tu.. sedap nampak nasi goreng gitu :)

cikmanggis said...

salam kakpah..masyallah cm selalu terlepas pandang blog kakpah yang ni..asyik leka dengan blog kak pah yang satu lagi hehe...selalunya bila baca blog kakpah yg tu Cm tersengih cam kerang busuk ada,terbeliak mata kagum pun ada dan ada yang saspen hehe.

Bila masuk blog masakan kak pah ni ..hmm..gulp gulp menelan air liur..lihat sambal timun tempoyak kak pah kat bawah ni..hai pensan:)

Cheq Sue said...

salam bundo... saya memang dah lama bookmark resepi nasi karot ni...ntah bila nak cuba..

ibundo said...

erna,
cendawan butang pun sodap

diana,
wkslam.. bundo suka gak cendawan ni tapi sebenarnya kena kurangkan makan cendawan hehe..

juwita,
rasanya kalau buat nasi cendawan bubuh cendawan yang pelbagai, sedap gak ni..

nor,
wkslm.. hii..

cm,
blog masak ni pun dua tiga bulan kebelakangan ni je baru jalan. Dulu2 macam memain je haha..

cheq,
ye la cheq.. bookmark dah tu. buat bila lagi ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...