Latheefa's Muslimah Collections

Tuesday, September 27, 2011

Arab in the pool

Dah lama tak pergi swimming. Kaki pun dah tak larat nak mengayuh. Baju swimming entah kemana. Pernah anak ajak beberapa kali tapi bundo ada je alasan nak bagi. Kawan yang duk di putrajaya tu pun dulu selalu sms ajak pergi. Oleh sebab selalu je bagi alasan, lama-lama diorang pun dah tak ajak-ajak lagi dah. Bukan apa.  Swimming tu is a kind of exercise that is good for your heart. Di putrajaya ada pool yang khas for ladies.

Ada kena mengena dengan tajuk? Mestilah ada. Ni bundo nak cerita pasal arab yang kena rendam dalam pool. Ceritanya bermula banyak tahun dulu bila bundo pergi jalan raya ke rumah kawan.  Dia hidangkannya kacang pool yang dimakan dengan roti arab. Haha.. roti arab.  Bukan orang arab. Rasa boleh tahan dan dia siap bagi resepi lagi. Masalahnya nak cari kacang pul tu kat kedai manyak susah. Bundo pun asek terlupa nak tanya dia beli kacang pul di mana. Sampailah akhirnya ada kawan lain pula yang cakap, kalau tak ada kacang pul, pakai sajalah bake beans. (Ada sesiapa yang dah tengok johnny english? Bundo nampak dalam iklan astro muka mr bean nampak chubby)



Kalau nak tahu, yang belakang tu arab.  Sebelah depan tu pool.  Nak ceburkan arab dalam pool tu caranya, koyak-koyakkan arab dan celet sama itu pool dan ngap.  Makan bersama telur dan bahan sampingan macam yang dalam gambar.

Okaylah.  Pagi ni bundo banyak memain pulak.  Bundo bagi resepi tapi resepi ni bundo tak bubuh minyak sapi sebab bundo ni agak fobia dengan minyak sapi.  Kepada sesiapa yang nak guna minyak sapi, silakan.


Roti arab (beli di kedai)
Kacang pool:
2 tin kacang foul (ganti dengan baked beans kalau tak ada)
500 gm daging kisar
100 gm butter (boleh tambah kalau tak cukup) atau 1 tin kecil minyak sapi
3 ulas bawang putih*
1 biji bawang besar*
2 cm halia*
4 sudu besar rempah briyani
Bahan sampingan:
beberapa biji telur digoreng mata kerbau
2 biji bawang besar didadu
5 biji cili besar hijau dihiris (buang biji)
limau kasturi




1. 1 tin kacang foul/baked beans di kisar bersama airnya.  1 tin lagi dilenyek kasar.
2. Blender bahan yang bertanda*
3. Panaskan butter.  Tumis bahan kisar.  Bila wangi, masukkan rempah briyani dan daging kisar.  Kacau dan biarkan air daging kering.
4. Masukkan baked beans. Rasakan garamnya.
5. Kuah jangan terlalu cair. Padamkan api bila rasa kepekatan dah cukup.  Jangan terlalu pekat.
6. Siap. 

Hidangkan kacang pool bersama roti arab, telur goreng, bawang yang didadu dan cili potong.  Cara makan: masukkan kacang pool ke dalam pinggan, letakkan telur di atasnya, taburkan dengan bawang dan cili dan nikmati bersama roti arab.  Ada orang suka curahkan minyak sapi yang telah dicairkan ke atas kuah. Takoooot weh.


Sekian.

ibundo

17 comments:

ena said...

hadoi... lapar la tengok gambo ni...

ejaMaria said...

kite pun baru je kelmarin masak kacang pool ni... ;p

anymz said...

apo akak tak tak boli kacang tu byk2 maso akak ke mokah hari tu?..ko kacang tu pun takdo kek arab?..hehe

eh!kak, ese dan kak erna dah rancang nak ke rumah akak..tgk time dulu lah..dio kato kalau ke rumah akak jgn lupo ajak dio.ni se sdg cari maso yg sesuai lah ni..oooo..akak nak ngeko se poi gader2 lah hari tu yo.kok tau se ajak akak..akak jadi kepalo ee sbb akak yg tuo..hehehe

ibundo said...

maria,
kau masakke kau berendam hehe

anim,
orang arab pun tak ghoti nak masak kacang pul hehe. Ekau kalau nak datang, jangan main teghojah yo. Bagi tau dulu. Takut kang akak takdo kek ghumah, niayo yo ekau datang bibik yang nyambut. No tel akak ado kek erna.

cahya indah said...

arwah nenek suka makan ni, cahya pulak tak penah makan Bundo..hehe. nak try buat yang ni jugak. asyik kumpul resepi..bila nak start buat? selalu macam tu.

Chik Mimi said...

Assalam kak sedapppnya kacang phool ni lama tak buat,akak kalau nak kacang parang dalam tin cari brand Kimball kalau tak salah,boleh juga guna kacang kudang juga brand yg sama

Gee® said...

tak pernah makan menu cam nih... nak try laa... kreatip bundo nih...!!

ady said...

as-salam ibundo
sedap ni pagi2mkn macam ni..sukan kacang pool yg ada daging..sedap!!!!

ibundo said...

cahya,
korang ada masa ke nak masak2 ni. Meh datang rumah bundo lah.

cik mimi,
Nanti nak gi cari lah. Orang kata ada kat ekonsave.

Gee,
hehe gee.. ni bukan hasil kekreatifan bundo ni. Memang dah ada resepi ni. Kalau dah muak makan nasi, boleh ganti makan roti cicah kacang pul ni.

ibundo said...

ady,
apa lagi ady. Sesekali tukar selera.

Yat Maria said...

Aduhmakkk!! leh pengsan tgk arab dlm pool tu arr!!

Nurul said...

Bondo...
Sedappp tu.. nurul pernah makan sekali kat restoran kacang pool haji...

Acik Erna said...

kak pah..tak ponah makan ni kak pah..dah tontu sodap ni..
tapi nak buek e maleh kok dah susah nak cari bahan tu..he he

ibundo said...

yat,
kalau pakai bikini lagi pengsan

nurul,
kat mana tu nurul

erna,
nak makan, meh datang sini..

Deliah's Deli said...

hehehe! best posting yang nie :)arabs in the pool :)

Emily said...
This comment has been removed by the author.
Emily said...

Thank you for posting this recipe. I used it and am very happy with the results.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...