Latheefa's Muslimah Collections

Thursday, September 8, 2011

sayur lodeh goreng


Salam.  Keluar masuk dapur dah banyak kali tapi entah kenapa mood nak ambil gambar belum mari. Bila tak ada gambar, tak adalah n3 baru. Mana boleh buat cerita masak-masak kalau tak ada gambar kan. Gambar sayur lodeh ni pun diambil masa sedara datang haritu.

Sayur lodeh goreng ni tak berkuah. Yang ni makan dengan nasi. Tapi kalau nak makan dengan nasi impit atau ketupat pun boleh juga. Bundo ratah macam tu saja.

1 batang carrrot dipotong jejari
10 batang kacang panjang dipotong menyerong nipis
beberapa keping kelopak kobis di potong kecil
3 keping tahu kering direndam
1 bungkus suun direndam. kalau suka lebih, bubuh lebih
1 bungkus tempe dipotong kecil, bubuh kunyit dan garam, digoreng
2 keping tahu, dipotong kecil dan digoreng
5 tangkai cili merah, dipotong menyerong
1 biji bawang besar*
4 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
2 batang serai*
20 ekor udang sederhana besar
1/2 cawan santan pekat
2 sudu besar air asam jawa
garam secukupnya

Blender bahan bertanda*.  Panaskan  minyak dan tumis bahan blender hingga naik bau.  Masukkan udang, kacau sebentar.  Masukkan kacang panjang dan carrot. Masak sehingga 1/2 lembut. Kemudian masukkan santan, air asam jawa dan garam. Masukkan bahan-bahan lain. Gaul hingga sebati dan masak.

Foto tu diambil bawah cahaya yang tak cukup.  Sebab tu warna semacam.

ibundo

8 comments:

Sheila Shafeareen said...

salams elamat beraya
suka kat manu sayur loder grg ni/sambal grg jawa..meratah mmg sdp...fv tau

Kakzakie said...

Tengah puasa ni kakpah kalau masuk rumah kakpah yg ini memang menggoda betul...:)

Cendana Kasih said...

dah abis raya ni teringin la plak nk makan sayur lodeh lagik...ingat nk buat masa sambut raya 6 nanti

Gee® said...

ermmmm...tak pernah mkn lodeh camnih... nmpk best jer...

Juwita Jamaludin said...

Sedap.. Suka sayur ni nak buat bhn2 tak cukup

MamaFaMi said...

Selamat Hari Raya buat Ibundo sekeluarga.

Sayur tu, nampak macam sayur campur Jawa je... mulalah teringat kat arwah nenek..

takanang juo said...

sheila,
selamat hari raya.

kakzakie,
hehe

cendana,
raya sebulan..

gee,
sedap gee.. cubalah.

juwita,
tunggu sampai bahan cukup

mamafami,
masakan asal jawa punya tapi bundo punya dah tak ori. selamat hari raya.

Diana @ Melley Mey said...

ermmm.. diana x perna lg buat sayur lodeh goreng... nanti nak cuba cara ibundo nie... terliur tgk.. biasanya buat yg ada kuah tu jer... mcm nie lg tgk sedap yer..

selamat hari raya buat ibundo sekeluarga..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...