Latheefa's Muslimah Collections

Wednesday, September 14, 2011

Ayam Masak Merah Mentega Kacang

Majalah rasa bulan Oktober banyak resepi hasil chef-chef terkenal. Kalau boleh bundo nak cuba semua dan kongsi di sini rasanya bersama geng-geng masak.

Petang tadi bundo cuba resepi chef muluk ini dan memang rasanya ada kelainan.  Kebetulan pula kirin bawa balik bawa lemang. Bundo makan dengan lemang.  Boleh tahan juga makan dengan lemang ni. Nak tau sedap ke tidak, cubalah buat sendiri. 


500 gm isi dada ayam dipotong kecil (bundo guna 5 ketul dada ayam dan potong kecil)
2 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu makan maggi Cukup Rasa ( bundo tak bubuh. Ganti dengan sedikit garam)
Minyak untuk menggoreng

Bahan A(dikisar halus)
1 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
3 cm halia
5 ulas cili api (bundo tambah)

Bahan B
500 ml air (bundo guna 300)
2 sudu makan mentega kacang
1 bungkus perencah masak merah Maggi

BahanC
Kismis secukupnya (bundo terlupa nak bubuh)
Daun sup secukupnya
1 biji tomato dipotong berbaji (bundo guna beberapa  biji tomato ceri)



 - Perap isi ayam dengan kunyit dan Maggi Cukup Rasa (garam)
- Goreng dalam minyak panas sehingga masak.  Angkat dan toskan.
- Tumis bahan A sehingga kekuningan
- Masukkan bahan B dan masak sehingga kuah menjadi pekat
- Akhir sekali masukkan ayam dan sebatikan
- Sebelum diangkat, masukkan bahan C. Gaul rata dan padamkan api.


Sedia untuk dimakan panas dengan nasi panas. Lupa pulak.  Bundo tambah dengan beberapa batang kacang peas.  Nak bagi penambah rasa dan penambah warna.
Cubalah....

ibundo

9 comments:

Kak Sam said...

Bundo, saya ni kalau masak ikut resepi dari majalah mesti macam ada yang tak kena je. Tak tahu le kenapa

Juwita Jamaludin said...

nampak menarik.. suka tgk hasilnya rasa nak ambil roti je cicah dengan ayam tu

cikmanggis said...

nampak sedap ,merah menyala ni Bundo:)sekali sekala cuba kelainan dari resepi biasa dapat mengubah selera:)

izahdaut said...

k pahh...nmpk sedap ayam tu. ada rasa lemak2 kcg tu ye. menarik lain dri yg lain

Cheq Sue said...

wahhhh bagus jugak idea ni...mesti lagi lemak kan kak... sedap ni makan dengan roti

Mas said...

sedappnya tengok.....

aroha mizwa said...

menyelerakan aje..nnt boleh try nie mentega kacang pon kat umah lg nie...

Diana @ Melley Mey said...

yg nie agak menarik ckit ler resipi nie ibundo... x perna lg masak mcm nie... nampak sedap

Ummi said...

Sangat menyelerakan lah tengok ayam masak mentega kacang Ibundo nih! Ummi bookmark eh.. thanks for sharing ya Ibundo :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...