Bahan:
Dua biji timun dibuang kulit dan diparut kasar
3 sudu makan tempoyak
2 ekor ikan kembung, dibakar dan diambil isinya
5 biji cili api ditumbuk
2 biji bawang merah di hiris
1 sudu teh garam
Campurkan tempoyak, cili api, garam dan isi ikan kembung. Gaul sebati. Masukkan timun dan bawang. Gaul rata.
Siap untuk dihidang.
Kalau semasa proses mengaul kelihatan kering, jangan dibubuh air kerana timun itu sendiri akan mengeluarkan air.
Selamat mencuba.
ibundo
14 comments:
dah sudah cuci tgn pun bau masih lekat di tgn...sah2 sedap la tu! :)
sedapnya tempoyak.. tapi tak reti nak makan macam ni.. tahu makan gulai tempoyak je.. tentu sedap ni
Salam syawal ibundo, menyelerakan nampaknya.Boleh hilangkan muak rendang hari raya ni.
kak,sori..komen kaklong ni tak do kono mengono ngn n3 ni...sbb ari tu klong tgk resepi bakso..ak buek..tapi tak tau apo tu 'pentol'...apo tu kak?
oo..boto la tu..kaklong ari tu boli kek serdang la..sodap bebola ea,bebanding dgn kek pasar kajang tu...tq kak...
Saya memang suka tempoyak. tapi tak pernah le buat cam gini
del,
tangan tak bau sebab makan dengan sudu hehe..
juwita,
ikut taste orang gak ni. Kena makan cepat lepas buat sebab timun cepat lembik.
puan ros,
lari dari rendang. Open house banyak lagi ni..
kaklong,
poi boli kek pasar borong tu.
kak sam,
haha.. bundo pun baru pertama kali buat sebab baru terjumpa resipi ni.
pertaim tengok ni kak pah macam best aje
chik mimi,
kpah pun pestaim buat.
kakpah..nasib tempoyak dah habis kat rumah saya nih..kalau dak hari ni jugak saya buat..kekekke..mee ladna dah selamat dah saya buat semalam...kekkeke....terima kasih kak atas resepi mee tu..sedap..;)
MasyaAllah Ibundo...ngencess habis Ummi tengok jelatah timun tempoyak ni taaauu..mesti buat punyer...dah la pose ni ha...huhuuuu...
Q, durian murah-murah banyak kat pasar malam. boleh buat tempoyak.
ummi,
uhuu.. tapi buat masa dah dekat-dekat nak makan.
Post a Comment