Latheefa's Muslimah Collections

Friday, September 9, 2011

Mee kari

Walaupun namanya satu, rasa adalah berbeza-beza.  Kalau makan mee kari de kedai yang ini, rasanya tak sama dengan mee kari di kedai yang itu. Namun yang jelas, rasa karinya mesti terasa.

Mee kari yang bundo buat juga ada dua jenis.  Satu yang berkuah pekat dan satu lagi yang kurang pekat. Bahannya sama cuma yang pekat itu, bundo bubuh kentang ataupun keledek. Mee kari yang bundo tunjuk ini yang berkuah pekat.


Masalah besar bila kita makan mee ini adalah rasa mee yang terlebih kapur.  Susah nak dapatkan mee yang benar-benar sedap dan memenuhi citarasa kita.  Kita ni kalau boleh mesti nak cari mee yang orang kita hasilkan tapi kadang-kadang mee mereka ini juga tak berapa menjadi. Bila kita curah kuah, selalu mee berubah warna menjadi merah menandakan terlebih bahan pengawet.  Takut nak makan. Yang kurang bahan pengawet pula, meenya lembik dan tak tahan lama. Susah kan. Pada bundo lah.  Dulu rajin juga bundo buat mee sendiri. Tapi lama dah mesen buat mee tu terperok dalam stor.



Bahan:
A
2 bungkus mee kuning dibasuh dan di siram air panas sebentar.

B (kuah)
1 biji kelapa diambil santan
1 biji bawang besar *
3 ulas bawang putih *
1 cm halia *
beberapa helai daun kari
5 sudu besar rempah kari dibancuh dengan sedikit air
2 sudu besar cili kering yang sudah diblender
1/2 kilo kerang direbus dan diambil isinya
beberapa ketul ayam dipotong kecil
10 ekor udang sederhana besar
1 peket bebola ikan
2 keping fish cake di hiris
6 keping tauhu  pok dipotong 2 setiap keping
1 ketul keledek sederhana besar direbus empuk dan diblender halus.
(kalau tak ada keledek, gantikan dengan 3 atau 4 ketul kentang)
1 sudu kecil serbuk stok ayam
air asam jawa

C
5 biji telur rebus dibelah dua
taugeh dicelur sebentar
sawi dipotong dan dicelur
daun sup dan daun bawang dihiris nipis
cili merah dihiris
bawang goreng
limau kasturi dbelah dua



Blender bahan bertanda *. Panaskan minyak di dalam periuk dan tumis bahan yang diblender dan daun kari.  Apabila harum, masukkan rempah kari dan cili. Biarkan masak.
Masukkan ayam. Gaul rata.  Kemudian masukkan santan dan keledek. Apabila mendidih, masukkan pula bahan-bahan lain. Rasakan garam, asam jawa dan biar kuah pekat.

Makan dengan bahan pelengkap.

Kalau dah habis idea nak masak apa untuk tetamu yang datang berjalan raya, bolehlah buat mee kari.

ibundo

10 comments:

Kak Sam said...

dalam kepala memang nak makan mee kari weekend ni, tapi tak tau le boleh jadi nyata @ tak

quinnie said...

salam kakpah....fav saya nih mee kari..memang tengah teringin nak makan mee kari nih..adeehhhh.....terliur tengok....

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum ibundo...
sedapnya tgk mee kari tu ibundo... memang suka sgt makan mee kari... x kan jemu d buatnya... mcm terasa plak kat tekak nie .. hehehe... sedaapnya...

Chik Mimi said...

sedapnya mee kari ni,nak buat kena pikir banyak kali macam kak pah cakap ler bila curah kuah meenya jadi merah tu yg takut kang anak2 tak mau makan

Acik Erna said...

kak pah yang ni lain dari yang dulu nampak e ni..yang dulu pun dah sodap..yang ni tentu lobeh sodap ni.

Deliah's Deli said...

teringin jg buat mee sendiri tp dalam mimpi agaknya. :))

kak, maman tu kawan bg masa dia balik penang nk raya hari tu.katanya beli kat bazaar ramadhan..mungkin ada jual di pasar tani..sedap kak,saya pun dah lama betul tak makan. :)

Gee® said...

wah..!! sedapnyamee kari bundo... boleh buat esok jamu sedara mara nk datang beraya...

ibundo said...

kak sam,
dah hujung minggu dah ni. jadi buat tak haha

Q,
kalau malas buat, beli jer

diana,
wkslam. bundo ni sebulan sekali mesti buat mee kari. feveret.

cik mimi,
kat sini ada jual satu mee melayu yang memang takde banyak pengawet. Tapi tak tahan lama. Beli, mesti terus buat. Kpah kalau takde mee ni, tak jadi masak/goreng mee.

ibundo said...

erna,
yang tu sodap, yang ni pun sodap hehe

del,
buat sendiri memang lebih okay tapi tulah.. malas. senang beli je.
harini ada pasar tani. nak cuba cari maman kalau ada.

gee,
iyo lah gee..

Nuridah said...

Assalamualaikum Kak Pah,

mee kari semangkuk..nk kerang lebih2...hehe...sedap!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...