Latheefa's Muslimah Collections

Thursday, September 29, 2011

Chicken Meatballs Spaghetti

Selalu macam tu. Mula-mula rasa macam tak cukup. Tapi bila dah di depan mata, tak terabis.
Tengahari tadi bundo ada hal di PJ.  Habis urusan, bundo dan usen anak bundo singgah jumpa uncle Kenny di Amcorp Mall. Kami oder quater sorang satu.  Lepas tu bundo tambah dengan kek choc indulgance seketul.
Makan muffin sebiji dan minum satu mug capucino dan terasa perut terisi. Ditambah pula dengan ayam dan sampingan. Adei..

Pandang kek macam dah tak larat. Tapi sebab dah oder, bundo makan jugaklah.  Sedap.  Cair terus bila masuk mulut. Paksa-paksa lama-lama habis juga tapi I tell you sampai sekarang menyesal tak habis sebab melanggar pantang larang.

Uncle Kenny ada jual spageti juga tapi lidah kami ni suka spageti yang ada rasa melayu.  Sebab tu jarang yang amat sangat oder spageti bila makan di luar. Kalau buat sendiri di rumah, dah tentu tahu dan buat apa yang kita nak dan apa yang kita suka.  Kan gitu?



Bahan:
1 bungkus spageti di rembus lembut
500 gm daging kisar
3 sudu besar cili kering yang sudah diblender
1 sudu kecil lada hitam kasar
1/2 tin kecil tomato sos
1 botol sos spageti kimball perisa mushroom
1 tin mushroom soup kimball
10 biji cendawan butang dihiris
20 biji chicken balls
2 biji bawang merah didadu
1/2 biji capsicum merah didadu
1/2 biji capsicum  hijau didadu
1 biji tomato didadu
2 ulas bawang putih dicincang halus.
Air secukupnya


-Panaskan minyak.  Tumis bawang putih sehingga naik bau.  Masukkan cili dan goreng sehingga masak. -Masukkan pula bawang merah.  Masak hingga layu.
-Masukkan pula daging kisar dan masak sehingga airnya kering.
-Masukkan sos tomato, lada hitam, sos spageti dan sup cendawan. Tambah air secukupnya.
-Biarkan mendidih dan masukkan chicken balls, cendawan dan capsicum.
-Masak sehingga kuah pekat.


ibundo

10 comments:

Gee® said...

nakkkk!!

cikmanggis said...

anak bongsu Cm mmg suka makan pasta.Hari-hari pun boleh telan.Tekak Cm ni kakpah, suka nasi je:)tekak melayu ori.Insyallah nnt nak cuba resepi kakpah ni bila anak anak balik cuti.

cahya indah said...

Bundo, kalau masuk mushroom soup dalam kuah spaghetti ni lagi pekat ke? ada tu tengok orang letak baked beans diblender la, mushroom soup la..

cahya masak letak tomato puree dengan cili blender je.

Kak Sam said...

Sedapnya. last buat bulan puasa hari tu. kena pi buat ni.

Ena said...

bertakung air liur ena tengok ni.. glurpppp... :)

Deliah's Deli said...

cantik presentation :) pagi-pagi dah teringin pasta pulak nie :)

ady said...

as-salam ibundo

tengok je dah berselera chicken meatballs spaghetti tu..sedapnye pagi2 mkn spaghetti..

ibundo said...

gee,
jom.. tukar dengan apam dotdot..

cm,
buat pasta sos sambal belacan sodap ni cm..

cahya,
bundo suka bubuh sup mushroom sebab boeh pekatkan kuah dan rasa pun sedap.

kaksam,
dah lama tak buat. Boleh buat lagi tu..

del,
kpah baru makan egg benedict. dua bijik telur yang penuh kolesterol..

ady,
hehe.. sedap dimakan bila bila masa.

Juwita Jamaludin said...

menariknya.. dah siap2 letak kat garfu terus rasa nak ngap je

ibundo said...

juwita,
haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...