Latheefa's Muslimah Collections

Wednesday, February 20, 2013

ikan lomak pokat masak daun kunyit

Di hujung sawah bertepikan tali air ('bonda' kata orang kampung) , emak membuat satu lubuk memerangkap ikan. Emak menebuk satu saluran kecil supaya ikan ikan dari tali air masuk ke dalam lubuk. Emak mencampakkan kelapa busuk ke dalam lubuk sebagai umpan.

Apabila tiba masa untuk menangkap ikan tersebut, emak akan menutup lubang air dengan lumpur dan
menimba keluar air di dalam lubuk itu. Ikan ikan akan menggelupur, meloncat dan menjadi tidak tentu arah bila air berkurangan. Emak menggunakan tangguk untuk menangkap ikan. Kebanyakannya ikan puyu, ikan sepat, ikan haruan dan juga ikan sembilang.

Ada kalanya bundo turut sama menangkap ikan.  Itupun bila bundo sudah agak besar bersekolah rendah dan awal sekolah menengah. Amat seronok sekali. Ikan yang ditangkap terlalu banyak sehingga penuh satu baldi.  Selalunya emak tidak menangkap semua.  Emak akan membuka semula lubang yang ditutup sebelumnya supaya air kembali memenuhi lubuk itu. Umpan akan dimasukkan semula.

Pada masa itu letrik belum lagi masuk ke kampung kami.  Lampu petik tepi tengah menyala belum ada lagi.  Cuma ada lampu gasolin. Tv dan peti ais memang jauh sekali.  Ikan yang emak tangkap emak bersihkan dan salai di atas bara api kayu. Tahan untuk  tiga empat hari makan.

Masih terasa-rasa di lidah bundo akan masakan ikan sawah yang dibuat emak setiap kali lepas menangkapnya. Ikan yang masih segar itu emak masak di dalam kuali berlapiskan daun pisang dan daun kunyit. Santannya pekat dan ia dimasak sehingga kuahnya hampir kering. Kadang-kadang emak mencampurkannya dengan daun pucuk gelugur yang dihiris halus seperti bunga rampai.  Kadang-kadang emak mencampurkannya dengan buah bacang muda. Sedap sungguh.

Bundo cuba untuk merealisasikannya kembali dengan ikan tenggiri dan belimbing buluh ini.




3 keping ikan tenggiri
200 gm santan pekat (beli siap)
1 keping daun pisang bersaiz lebar
3 helai daun kunyit saiz lebar
3 ulas bawang putih diketuk
1 inci lengkuas diketuk
6 helai daun limau purut dibuang tulang
15 ulas cili api kampung ditumbuk halus
1 sudu kecil serbuk  kunyit (kunyit hidup lagi sedap)
secekak kacang buncis dibuang tempulur
8 biji belimbing buluh dibelah dua


Letak daun pisang di dalam kuali (wok).
Susun daun kunyit di atasnya
Masukkan bahan-bahan (melainkan kacang dan belimbing) dan juga santan.
Gaul rata.
Bila mendidih, masukkan kacang buncis dan belimbing buluh.
Masak sehingga kuah pekat.



Bundo makan ikan sawah masakan emak sambil jilat-jilat jari. Ada sesuatu yang hilang dalam masakan bundo ini.
Ia hanya ikan tenggiri.....
Kalaulah ada bacang atau daun pucuk gelugur....


ibundo

20 comments:

hazila said...

Saya suka makan ikan sawah. Kalau balik Perlis memang tak lepas peluang menikmati ikan sawah atau sungai.

hazila said...

Saya suka makan ikan sawah. Kalau balik Perlis memang tak lepas peluang menikmati ikan sawah atau sungai.

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Salam Bundo..masak lomak sodap eh....

Acik Erna said...

assalam kaka pah..adui ai..teringat lah pulak..belumpur menimbo lubuk..ikan puyu....ikan haruan..ikan sembilang tak berani nak pogang..takut kono biso..sekarang ni dah tak do kak pah kan..kenanagn indah kito kocik2 maghin

Nooriah Abdullah said...

sedapnya Bundo yg pokat dan lomak tu malam2 tengok ni boleh perut menyanyi ni huaaaa

Shamsiah Abdul Rahman said...

Umang aiiii.. sodap eh Bundo..
Kek kampung buleh la masak macam ni. Kek sini mano pulak la Sham nak cari belimbing buloh ni. Ganti-an ngan manggo.. aci tak?

cikmanggis said...

kakpah..sob sob terkenang....ceritamu cerita ku jua kakpah..sebijik....

Marsita yahya said...

Bundo ni teruk tau...dah lama tak makan macam ni...hu hu tokonang kek arwah mak den..

norhanim md zain said...

belimbing buluh di buat ulam emmm sahih habis seperiuk nasi ada pulak tengiri masam peeee sedapnyaaaa

Amie said...

Cerita tentang sawah... tiba2 rindu nak makan ikan sepat, ikan haruan & keli... alahai bundo, mana nak cari tu semua sekarang ni ye... ikan keli ternak,pun rasanya lain...

rahel said...

Uwaa...betul2 kaw2 punya ikan masak lomak...leh tambah lemak...ahaksss..

Gee® said...

Gee tak pernah mkn ikan sawah tp resipi Bundo ini betul2 buat gee tergoda... harus buat!

Rohah said...

menambat selera, kak...

Aziela said...

Ikan tenggiri dengan ikan yang disalai, memang lain raso eh kan Bundo.

ibundo said...

hazila,
dah lama tak makan ikan sungai/sawah. Sesekali memang tringin.

ros,
sodap..

erna,
sumo to tingga konangan yo. Sawah pun dah koring kontang.

noor,
huwaaa..

ibundo said...

sham,
apo pun jadik sham. nak buaek camano kan?

cm,
Oooo.. iye ke.

Marsita,
orang tuo dulu macam2 kepandaian e. Osah sodap e kan?

norhanim,
buat ulam? Uish.. masam tu

amie,
kat kampung bundo dah tak ada dah. Sawah dah tak ada. Kena caru nun kat kedah kot..

ibundo said...

rahel.
haha.. tang tambah lemak tu yang tak boleh tahan tu

gee,
rugi ko gee tak penah makan ikan sawah hehe

rohah,
apa lagi..hehe

aziela,
ikan salai atas bara ..fuh.. memang sedap.

zila norazila said...

Memory terindh kan kak..x mgkin dlupa..nmpak sedap ikn dimasak camne kn..dh trasa2 kt tekak la..

lulus utami said...

Heemm,, menunya sangat menarik jadi kepingin mencoba nih.

aji nugraha said...

hmmm nikmat.... mudah di buat pula..







Obat Jelly Gamat Gold G

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...