Latheefa's Muslimah Collections

Thursday, September 15, 2011

Sosej Sos Cili Thai

Masak sosej lagi. Kalau masak sosej ni bundo cuit-cuit sikit je.  Tak berapa gemar makan.  Tapi anak-anak suka makan.  Lagipun masak sosej ni kira macam lauk emejensi.  Dah tak tau apa nak masak, kalau ada sosej, masak je la sosej. Kalau dipelbagaikan rasa, tambah warna warni pada masakan, tentu nampak menyelerakan.



 Bahan:
1 bungkus sosej lada hitam, dipotong ikut citarasa
3 biji ubi kentang dipotong dadu besar 
5 sudu besar sos cili thai
1 biji bawang besar dipotong bulat
2 ulas bawang putih dicincang halus
2 ulas bawang merah dicincang halus
10 batang kacang peas
1 biji tomato dipotong dadu besar
3 sudu besar jagung adabi
1 sudu kecil lada hitam yang ditumbuk kasar
sedikit daun ketumbar dipotong kasar sebagai hiasan



-  Ubi kentang digoreng sehingga masak.  Ketepikan.
-  Gunakan minyak menggoreng kentang tapi keluarkan sehingga cukup-cukup untuk menumis bawang merah dan bawang putih.
-  Apabila wangi masukkan sosej.
-  Masukkan kacang peas dan bawang besar
-  Masukkan ubi kentang, sos cili thai, lada hitam dan jagung. Agak-agaklah banyak mana nak bubuh sos cili.
-  Gaul rata, padamkan api dan masukkan tomato dan daun ketumbar. Gaul dan hidang.




Sekian

ibundo

6 comments:

ckLah said...

Tengok bahan-bahannya, pasti anak ckLah suka ni. Nak buat...nak buat....



Terima kasih kakPah...dahlah gambarnya cantik! Tergoda!

cikmanggis said...

anak anak suka sosej apa lagi jika dimasak seperti ini.selalunya makan sosej "bodo" je:)

Qhaifa Nur said...

salam

kalau sya masak begini anak2 padti suka...

dah follow...

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum ibundo...
wah meleleh air liur tgk sosej tu ibundo... sedapnya

Gee® said...

waaa.... menarik laa n pasti sedap nih....

ibundo said...

cklah,
mesti cuba cklah

cm,
hehe sosej bodo pun sedap gak

qaifa,
salam. memang kesukaan anak2 ni

diana,
wkslm.. boleh tahan kot sebab anak2 makan habis.

gee,
apa lagi gee..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...