Tengahari tadi ramai orang tak ambil lunch. Sebabnya, lepas balik dari tesco, bundo, imah dan kirin pergi minum-minum di old timer. Masa tu dah pukul sebelas. Perut memang tengah kebulur sebab breakfast pukul 6.30. Makan mee rebus semangkuk memang rasanya terlebih muatan.
Sampai rumah bibik dah siap masak. Angkat tudung saji tengok dah terhidang ayam masak asam pedas dan sayur goreng. So, yang makan cuma anak-anak yang lelaki dan abah bundo. Hasben pun tak makan sebab ada open house yang dia kena pergi.
Petang tadi bila jenguk dalam periuk, nasi tengahari masih ada setengah periuk. Buat menu simpel je petang ni. Bundo teringat yang satu hari haritu semasa bundo melawat ke dapur kengkawan, bundo ternampak menu nasi goreng sardin. Tapi bundo masa tu tak ambil note tentang menu tu. Memang bundo terlupa dapur siapa. Puas bundo cari sana sini tapi tak terjumpa. Jadi, berbekalkan idea kawan itu (tolong sesiapa yang berkenaan dan sesiapa yang tahu bagitahu bundo ya), bundo buat nasi goreng sardin gaya bundo sendiri.
(tambahan kemudian: Tadi semasa menyelak-nyelak helaian buku resepi, bundo terjumpa resepi nasi goreng sardin ni. Rupanya yang bundo jumpa haritu tu ialah resepi shila rusli dari buku masakannya.. hehe..)
6 cawan nasi sejuk
1/2 biji bawang besar didadu
3 ulas bawang putih dicincang halus
1 tin kecil sardin di lenyek halus bersama kuahnya
6 batang sosej ayam dipotong menyerong
5 ulas cili padi dihiris kasar
2 sudu besar paste tomyam
8 batang kacang buncis dipotong
segenggam mix veges
garam secukupnya
Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih, bawang besar dan cili api. Kacau sehingga wangi.
Masukkan sardin. Biar sehingga masak.
Masukkan paste tomyam. Gaul. Masukkan kacang buncis dan sosej. Tambah garam secukupnya.
Kemudian masukkan nasi dan gaul rata.
Sebelum dimatikan api, masukkan mix veges.
Sekian.
ibundo
7 comments:
Salam ibundo ,kita dah buat cekodok bangi pagi tadi.Sedap dan kita suka..thank you for sharing the recipe ya.
mewahnya nasi goreng ni:)Cm pernah buat nasi goreng sardin tapi tak bubuh sosej...lagi pedas lagi sedap:)
sedap pulak nasi goreng sardin ni.. adeihhh.. tp dah makan kan bundo? telan liur je la glurp glurp..
bundo ni masak apa pon nmpk sodapp... adoyaiiii....leleh air liur den...
salam bundo... kalau jual ni baper ler harganya.?
puan ros,
sejuk pun lembut lagi tu..
cm,
oo yeke. tapi sardin ni kena goreng garing2. Kpah bubuh paste tomyam untuk hilangkan hanyir sardin.
ena,
hmm.. ko dah masak ke belum ni
gee,
adakah ia satu ilusi? haha..
nazrah,
tengok jual kat mana. Kalau kat gerai tepi jalan harga lain. kalau kat restoren siap ada aircond lain harga pulak hehe..
x perna lg buat nasi goreng campur sardin.. menarik n nampak menyelerakan... kena buat suatu hari nnt nie.. sedap
Post a Comment