Friday, September 30, 2011

Ayam Lemak Merah

Adik anak bongsu bundo smbil spm tahun ni. Malam tadi pihak sekolah anjurkan solat hajat di surau al Khautsar. InsyaAllah berkat usaha dan doa ibu bapa anak-anak yang mengambil peperiksaan tahun ini akan mencapai kejayaan cemerlang.

Selesai solat isya' dan tazkirah pendek, kami dijamu dengan nasi minyak yang disediakan oleh pibg. Kami ambil bawak balik makan di rumah. Bundo tengok lauk yang dikawankan dengan nasi minyak itu adalah lauk ayam masak merah. Cara kebetulan juga pagi ni bundo nak letak resepi ayam masak merah tetapi bezanya masak merah bundo ni 'lemak merah'

 A
Santan dari 1 biji kelapa
1 senduk gulai cili giling (cili kering). Kalau mahu pedas, lebihkan.
1 tin kecil kacang peas
3/4  tin kecil tomato puree

B
1 ekor ayam digaul sedikit kunyit dan garam *
3 biji ubi kentang dibelah enam setiap satu bentuk wedges*
1 batang carrot dipotong anggaran 2 inci kemudian dibelah kasar memanjang *
(Goreng bahan di atas yang bertanda * itu)

C Bahan kisar
1 biji bawang besar
3 ulas bawang kecil
1 cm halia


- Goreng ayam (jangan garing), kentang dan carrot.  Ketepikan.
- Keluarkan minyak menggoreng tadi dan tinggalkan sedikit untuk menumis bahan kisar. Apabila bahan tumis sudah berbau wangi, masukkan cili. Masak sehingga garing.  Lepas itu masukkan tomato puree.  Gaul rata.
- Masukkan pula santan dan biar mendidih.
- Masukkan ayam dan apabila kuah hampir pekat, masukkan kentang, carrot dan kacang peas.
- Padamkan api bila kuah sudah pekat.


Ayam lemak merah ini sedap dimakan dengan nasi briyani juga.

Sekian.

ibundo

11 comments:

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

bundo nampak sedap tu.

Nazrah said...

merah menyala tu bundo...memang kalau makan bertambah nasi...

Kak Sam said...

tengok kuah dia memang mengancam

Sheery Dream Cakes said...

Assalamualaikum ibundo...
sama ngan daughter diana gak.. thn nie ambil spm gak... Moga mereka akan dapat menjawab semua soalan ngan tenang dan tepat.. beroleh kejayaan yang cemerlang.. Amin..

tgk ayam tu menyelerakan sungguh ler ibundo... sedapnya tgk pagi2 lg nie..

Anna Qawina said...

salam ibundo..menyelerakan nampak kuahnya tu..sedap gaul dgn nasik panas..hehe

Nurul said...

As salam bundo..
Nurul suka masak merah camni.. ader buh santan ckit... Mak nurul yang suka buat cam ni... alahai sedapppnya... :)

Cik Ina Do Do Cheng said...

seleronya , nengok tengahari lauk cam ni. lapar perut.

Ayu said...

wahhh!!!! kecur betul kita tengok ayam bundo ni..

Mas said...

kak pah..rasa nak cari nasi jerk nengok lauk ayam tu..
sedappnyaaaa...

ibundo said...

Puan ros,
nampak sedap. rasa boleh tahan.

nazrah,
tapi buat yang berdiet, makan seciput je pun dah cukup hehe.

kak sam, boleh cicah nngan roti gak.

diana,
o ye ke.. anak yang tua? Semuga mereka beroleh kejayaan.

ibundo said...

anna,
nak tau sedap ke tidak, cuba buat sendiri ye anna.

nurul,
salam. mak nurul takde blog ke haha.. boleh kongsi2 masakan dengan bundo ni ha.

cik ina,
tak bawak nugget ke datang ni..

Ayu,
boleh cuba ngan dengan selera ayu ke tak.

Mas,
rumah kita pun ada nasi. Nak? tapi nasi sejuk hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...