Latheefa's Muslimah Collections

Friday, August 12, 2011

Tako

Bila sebut tako ni, bundo teringat pada mexican taco. Dulu dulu, puluh tahun dulu, masa duduk negara orang, bundo suka makan taco.  Bila makan, rangup berderap-derap.  Kena pula dengan inti yang sedap. Bila teringat-ingat ni, teringin juga rasanya nak buat sendiri. Tengoklah nanti lepas-lepas raya kalau rajin.

Semalam bundo buat tako melayu ni. Tako melayu ni lembut dan tak berderap-derap.  Rupanya pun saling tak tumpah macam  tepung pelita.  Ni yang buat orang konfius kadang-kadang. Rasanya pun lain daripada tepung pelita.


Resepinya?
Bahan bawah:
85 gm tepung hon kwee hijau
1100 ml air
130 gm gula
1/2 biji kecil sengkuang dipotong dadu
sedikit pewarna hijau
daun pandan untuk dibuat bekas taco kalaau suka.  Bundo taruk dalam gelas je.  Senang cerita.

Masukkan tepung, air, gula dan sedikit pewarna hijau ke dalam kuali. Masak di atas api perlahan sehingga jernih. Masukkan sengkuang. Kacau rata.  Masukkan ke dalam bekas.



Bahan atas:
4 cawan santan pekat
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu teh garam

Masak semua bahan hingga berkilat. Tuang ke atas bahagian yang hijau.
Sejukkan.

Sekian.

ibundo

9 comments:

ejaMaria said...

tako kat PaRam takde isi sengkuang... tipu... :(

quinnie said...

salam kakpah....saya teringin gak nak buat kuih tako ni alang2 dah ada sengkuang kat rumah...tapi tulah dia...lain yg nak dibuat lain kuih yg kuar..hehehhe

anymz said...

guno sengkuang cino kak.sodap boto.rapuh yo kan?

kaklong said...

teringat kek arwah makcik..dio punyo tako memang sodap...lom ponah jumpo yg sodap mcm tu..terkial-kial la kaklong belajar buek bokeh ea dr daun pandan tu..tapi tu semuo kenangan...alfatihah untuk arwah...!

Gee® said...

sedapnya tako... nk cuba buat laa...mekacih bundo bg idea

ibundo said...

maria,
waa.. tipu lah tu

Q,
haha.. tu dah perkara biasa terjadi.

Anim,
iyo.. sengkuang cino. Tapi somalam kan, songkuang takdo. akak bubuh epal hijau kehkeh..

kaklong,
alfatihah untuk arwah. Sekarng ni kan kaklong, takyahlah nak nyusah2 buek bolehtu haha..

gee,
kalau takde sengkuang gee taruk jelah epal hijau. sedap gak

ain (sweet thots) said...

sodap e kak. favorite gak ni. bilo la nk meghajin kan diri nak buek ni.

~ Cik Azz ~ said...

Dah lamo boto sey tak buek kuih tako ni kak.. Kalau tak, asal abeh yo, buek lagi..

Budak2 kek ghumah ni tak suko yg ado santan tu.. Kalau makanpun dorang makan yg ateh hijau tu yoo..

Nak kono carik balik resepi sey tu.. Nak simpan kek dlm blog, sonang nak cari.. hehe..

Acik Erna said...

kak pah saya mmemang goma boto kuih ni..tapi tunngu bulan poso yo..ado oarang jual..ponah sekali buek sendiri..jadi pahit..serik dah nak buek lai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...